Isnin, April 04, 2011

Teguran

Jam 2.30 petang tadi saya singgah di restoran terkenal di Georgetown, Pulau Pinang, Restoran Kassim Mustafa.

Saya yakin, setiap anak jati Pulau Mutiara tahu restoran di Lebuh Chulia terbabit.

Sebaik tiba, saya memesan nasi kosong, ayam kari, telur sotong dan sayur. Berikut gambar bil diserahkan pekerja warga India kepada saya.


Barangkali harga ayam, telur sotong dan kobis mahal, jadi harga RM10.70 is not really a big deal. Saya membawa wang mencukupi.

Sewaktu menyuap nasi, saya terpandang lantai restoran terbabit, bersepah dengan puntung rokok dan kertas tisu. Pada masa sama, lantai juga kelihatan tidak bersih, bertompok hitam di pelbagai tempat.


Spontan, saya berhenti makan. 


Pantas saya mencapai kamera digital dan berjalan terus ke dapur. Kata orang, jika ingin mengetahui tahap sebenar kebersihan premis menjual makanan, lihat  ruang di belakangnya. Berikut gambar berhampiran tempat mencuci pinggan saya rakamkan. 


Saya kemudian memanggil dan bertemu pengurus restoran bertugas (kiri).


"Kita pekerja kurang, tak cukup. Gaji depa pun ok, RM50 sehari tetapi bila kita tegur sikit, esok depa tak mahu datang kerja. Habaq sakit kaki, tak sihat," jelasnya.

"Kassim Mustafa bukan baru buka 3 bulan, restoran terkenal. Bila buka restoran, kita mesti sudah bersedia. Customers datang makan sini, harga pun bukan murah, apa salahnya kalau restoran ini dibersihkan," kata saya.

Bimbang mata saya tersilap pandang berhubung kebersihan premis terbabit, lalu saya dekati pelanggan berikut.


"Saya makan ayam, sayur sikit dan nasi, RM7.50. Kedai pun nampak tak bersih," ujarnya.


Untuk rekod, seketul kari ayam berharga RM4.50, telur sotong, RM4, sayur dan nasi, RM2.20. Pelanggan kakitangan kerajaan saya temui juga kurang berpuas hati.

"Elok abang ambil gambar. Dia orang ni kalau tidak ditegur, tak sedar. Makanan bukan murah, lepas tu kotor," katanya.


Dia hanya minum teh 'o' ais.

Pada waktu itu, restoran sama dikunjungi pelancong dari Perancis dan Hong Kong.


Kurang 15 minit selepas isu kebersihan saya bangkitkan, pekerja restoran membuang sampah. 


Manakala kerusi diangkat dan diletakkan di atas meja sebelum lantai dibersihkan.


"Kaki kerusi itu kotor, kalau letak atas meja macam itu, meja tempat pelanggan makan, kotor," tegur saya.

Saya kemudian meminta pekerja terbabit menterbalikkan kedudukan kerusi, begini.


Pekerja menyediakan rojak, tidak memakai apron. Saya percaya pemakaian apron, satu daripada tuntutan sebelum menyediakan makanan.


Ditegur, biarpun wajahnya masam, dia kemudian memakai apron.


Di sebelahnya, pekerja menyendukkan lauk dan nasi untuk pelanggan tiba-tiba kelihatan rajin membersihkan dinding menggunakan kain buruk. 


... tanpa membasuh tangan, dia kemudian melayan pelanggan.


Sebelum ini, saya pernah berkunjung ke restoran sama, dibawa kenalan. Saya juga  menegur status kebersihan premis terbabit, nampaknya teguran saya bak mencurah air ke daun keladi.

"Saya datang ke sini tak ada kena mengena dengan 999, saya tegur sebagai pelanggan," ujar saya sebelum beredar.

Pengurus restoran faham maksud saya.

27 ulasan:

  1. ...alamak,loya lah tekak tenguk gambar2 yang dipost!!!!!
    Good job,bro!

    BalasPadam
  2. Hahahahaha bagus bagus. Terus depa buat gotong royong. Itu tak tengok kuku depa lagi. Hahahaha. Itu yang berselera tu.

    BalasPadam
  3. Saya mmg tak akan jejak lagi kaki ke Restoran yang tak munasabah mahalnya; kecuali juadahnya sedap pun tempatnya santai lagi bersih.

    Jika telah bersara begini sekadar makan RM5 itu mampulah; sekitar Kajang ini baik Restoran Mamak & Restoran Melayu masih sekitar RM4.50 minum air kosong tak sampai RM5 jika teringin nak minum air sedap kenalah ada sekitar RM6 di poket jika tidak jangan cuba-cuba nak berjuadah di luar.

    RM10.70 saya telah boleh makan dua beranak.

    BalasPadam
  4. nasib baik saya tak suka makan dekat mamak...:p

    good job bro..

    BalasPadam
  5. sejak tahun lepas lagi kedai ni memang selalu naik harga . setakat beli telur sotong tak sampai suku plastik pun dah caj 5 ringgit . kecik2 plak tu . hurm .... selalunya saya bungkus balik jer . tak lalu nak makan kat restoran .

    BalasPadam
  6. Banyak gambar kaki dalam n3 nie..Siapa empunya kaki gambar ke lima...hehehehe

    BalasPadam
  7. perhhhh...mahal dan keadaan kedai tidak memuaskan....

    nampak sangat pekerja tu sekali ketuk sekali jalan..
    compom lepas ni klu en mazidul datang lagi ke kedai tu, keadaan masih sama...

    kelakar juga tetiba jerk pekedai tu tetiba rajin....

    moga2 pengurus restoran tu ambil berat atas teguran en mazidul tu..

    BalasPadam
  8. PERGH... terbaik... tak ramai yang berani sound. ramai yang pilih makan tempat lain dari cakap kat tokey kedai dia kotor

    BalasPadam
  9. SubhanAllah,,,, uncle mazidul, bila tengok gambar2 kat dapur tu, nak termuntah pun ada. Dulu saya keje pikul ais masa cuti semester. Kebanyakan tokey kedai makan cukup pantang kalau kita masuk dapur dia tanpa tujuan. Tapi sebab saya pikul ais masa tu, nak x nak kena gak diorg bagi saya masuk sebab tong ais memang disimpan kat dapur. Tapi yg paling worse, susu tin yg dah kemek & berkarat pun diorang guna buat bancuh air.

    BalasPadam
  10. restoran ni mmg terkenal pu kt penang, malah terkenal jugak sebab harga yg saya kira tak berpatutan..

    saya tak pernah makan kat sini walaupun tinggal di penang, harganya yg sgt mahal,

    kebanyakkan restoran macam ni kurang mengambil berat hal kebersihan, cuma ambil tahu hal jualan jer.. sebenarnya banyak lagi restoran2 yg macam ni kat penang,... geli pun ada bila nk makan kt tempat yg macam ni, tpi yg herannya, masih ramai yg datang makan juga..

    BalasPadam
  11. Bro, kalau boleh ushar jugak satu lagi famous mamak kat sana, LINECLEAR..aritu pi penang, ajak member (orang jati p.pinang) dia kata toksah dok makan la kedai tu... orang penang tau la kedai tu macam mana...

    bila search di internet, ada yang komplen pasal kebersihan kat LINECLEAR..

    BalasPadam
  12. Bro,

    sungguhpun teruk, kotor dan jijiknya pun restoran mamak ni.... tapi pelanggan tetap ramai kan? Paling meramaikan restoran orang melayu plak tu.. tul tak? Apa rahsianya ye?

    BalasPadam
  13. Abg Mazidul dtg jd lagi sibuk kedai ni..lagi satu dah la tak pakai apron,sarung tangan tak pkai masa potong2 bahan rojak tu.

    BalasPadam
  14. sib baik da x mkn mamak da..kebanyakan mamak pengotor..sbb da terkena..serikk

    BalasPadam
  15. nasib baik saya bukan penggemar menu mamak tapi bila cik abg ajak makan, saya akan tengok dulu keadaan restoran tu baru saya setuju.. dan sebab itu jugak cik abg akan suruh saya je yang pilih tempat makan.. hehehe.. fuh... selamat..

    BalasPadam
  16. 10.70 tu kat mamak tmpat sya leh dpt 2 pinggan nasi campur dan air sekali...
    lengkap pakej diorang ek...mahal dan kotor,huhu

    BalasPadam
  17. Sdr Mazidul,

    Sy pernah mkn di restoran tersbt semasa bercuti hujung tahun lepas. Memang kotor n service tak setara dgn harga makanan. Terdetik dlm hati, knapa restoran mcm ni bleh terkenal n ramai jg pelancong mat salleh yg mkn kt situ. Pakai bomoh ke apa, makanan takdela sedap sgt. lps mkn mcm geli je anak tekak, mcm nk keluar blk makanan yg dimkn.

    BalasPadam
  18. heehehe..padan muka depa. kena buat gotong royong tak pasai-pasai....
    kalau depa ditegur oleh MAS mesti depa ikut sebab takut masuk tv, kalau pelanggan biasa yang tegur mesti depa buat tak heran :(

    BalasPadam
  19. Pemandangan kotor ni sangat biasa di kebanyakan restoran2 di negara kita, terutama di restoran mamak.
    Jangan hanya fikir sedap, layanan mesra dan servis pantas mereka saja, kenalah fikir juga pasal kebersihan - sebahagian daripada iman dalam agama Islam.

    Tapi korang semua patut sedar, ada restoran mamak yang pakai pelayan dan tukang masak dari India - yang bukannya beragama Islam - disuruh baca 'bismillah' atau mengucap kalimah 'syahadah' pun tak tahu!
    Jangan asyik mentekedarah saja tak fikir halal-haram langsung!.

    BalasPadam
  20. Bro..
    memang patut ditegur mamak2 ni..
    sy sendiri pun dah pernah tegur(kebersihan)
    mamak kat tempat sya tapi diorang buat tak tahu jer..bengang betul

    BalasPadam
  21. saya pernah makan di kedai nasi kandar di sungai petani kedah, pekerja dia lap pinggan guna kain yang digunakan untuk lap meja. dah la tu, hembus hingus dan kesat tangan pada kain yang sama
    saya jumpa boss dia kot (sebab nampak smart jer dan duduk di kaunter), bagitau hal tu. mati2 menafikan benda tu.
    sejak hari tu, saya tak masuk kedai tu.
    kesimpulan, kedai nasi kandar kebanyakannya pengotor

    BalasPadam
  22. benda ni bukan isu baru... ianya dah lama... kadang2 pengusaha kedai mamak semalaysia ni mcm pandang rendah tentang isu kebersihan kedai mereka.... Meloyakan je tekak kalau nak makan kedai mamak ni... Aduhai...

    BalasPadam
  23. As-salam,Bro mohon c&p gambaq2 restoran KM drp blog saudara untuk projek saya

    sekian Terima Kasih

    BalasPadam
  24. Salam Bro..baru berkesempatan nak datang sini...Terbaik lah !!!...sejak duduk di Penang lebih 13 tahun lalu...menjadi macam kemestian tuk makan kat kedai mamak ni seminggu sekali...tapi masih tak berani tuk masuk ke bahagian dapur diorang...memang harga mahal nak mampus...tapi masih ada yg makan ( termasuk lah diri sendiri )...

    BalasPadam
  25. Salam.

    Sya pernah beberapa kali juga singgah makan sini sbb suami suka kari. Tapi bila dah baca sini macam tak sanggup nk pi lagi:-)

    BalasPadam
  26. Terima kasih mazidul kerana perihatin tolong p tengok rest kayu pulak di bukit jambul lagi mahal lagi kotor.

    BalasPadam
  27. Pernah beli nasi lemak tepi Jalan? pernah tengok cara dia buat nasi lemak ?
    sila siasat tu pun

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.