Selasa, April 19, 2011

Ops Gagak Siber (Eksklusif)

Lelaki Melayu dikatakan kuat menipu.

Lelaki Melayu didakwa kurang romantik.

Lelaki Melayu kurang penyayang.

Lelaki Melayu ...

Lelaki Melayu ...

dan ...

Lelaki Melayu!

Berikutan pelbagai dakwaan berhubung sikap lelaki Melayu, sebilangan wanita  sebangsa nampaknya beralih arah dalam memilih pasangan.

Mereka lebih gemar bertemankan lelaki warga Nigeria.

Seorang daripada lelaki terbabit diberkas pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK Bukit Aman pada jam 2.30 petang tadi di sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur.


Biarpun tubuhnya agak kecil, 5 anggota polis diperlukan untuk menenangkannya sebelum berjaya ditahan.

Barangkali dia romantik dan penyayang tetapi tidak jujur. Saspek, 22 tahun mendakwa pelajar institusi pengajian tinggi swasta dalam jurusan pemasaran.

Dia kemudian dibawa ke rumah kedai Taman Puncak Desa, Kepong, Selangor.

 
3 kenalan saspek kemudian diberkas pihak polis.


Biar saya kongsikan bersama pembaca kegiatan sebenar mereka. Sebaik memasuki rumah pada jam 3.30 petang, saya dimaklumkan mereka sedang berborak, chatting menggunakan Yahoo Messenger dan Facebook. 


Lihat gambar skrin komputer di bawah. Saspek menggunakan ikon wanita berpakaian seksi sedangkan dia lelaki. 


Lihat tubuh sasa menggambarkan kelakian mereka.


Mereka dipercayai melakukan pishing, memancing sekaligus menjaja cinta  dan pujuk rayu kepada lelaki dan wanita tempatan dan asing. 

Ya, mereka sweet talker, penyayang dan didakwa tidak seperti sebilangan lelaki Melayu. Mengapa? Kerana mereka hanya ingin menjadikan wanita sebagai mangsa kepada Nigerian scam.

Tidak lebih daripada itu.

Modus operandi kumpulan, lebih kurang sama. Taburkan wanita dengan kata-kata mampu mengusik jiwa rapuh mereka.


Jika kata-kata terbabit tidak mampu menggamit perhatian bakal mangsa, gunakan buku panduan 'Love text messages' sebagai rujukan sebelum berkomunikasi di dunia siber.


'I asked God for a rose and He gave me a garden. I asked God for a drop of water and He gave me an ocean. I asked God for an angel and He gave me you!'

Pasti ramai wanita 'cair' membaca mesej sebegitu di skrin komputer mereka.

Masih tidak menyakinkan bakal mangsa? Hantarkan kepada mereka gambar wang dipercayai palsu untuk menunjukkan saspek bukan calang-calang kekasih. Mereka lelaki berada dan hidup mewah. 


Majoriti mereka mendakwa menetap di luar negara, antaranya di United Kingdom dan Amerika Syarikat, sedangkan mereka menggunakan sistem komunikasi internet tempatan.


Berikut dipercayai senarai emel, bakal mangsa mereka.


Dilaporkan pada tahun 2010, rakyat negara ini kerugian lebih 100 juta ringgit akibat diperdaya warga Nigeria.

"Bila dah dapat sasaran mereka akan meminta saspek pertama diberkas tadi untuk mencari account holder, lelaki atau wanita tempatan. Pelbagai modus operandi mereka gunakan. Antaranya, cakap mereka dah tiba di lapangan terbang antarabangsa, KLIA ke atau Pulau Pinang dan kononnya ditahan pihak kastam kerana membawa barang berharga atau wang tunai berjuta Euro. Untuk menambahkan keyakinan mangsa, sebilangan kes sebelum ini menunjukkan mereka mendapatkan kerjasama warga tempatan untuk pengesahan berhubung masalah didepani saspek," ujar ASP Hazri.


ASP Hazri Mohamad, Pegawai Risikan, JSJK Bukit Aman mengetui serbuan dibantu 7 anggota. 

"Lepas itu?," soal saya.

"Warga tempatan bersekongkol itu akan menelefon mangsa dan mengatakan dia harus mendepositkan sejumlah wang ke akaun milik account holder untuk menyelesaikan masalah itu," sambung ASP Hazri. 

Kerana sayang dan atas dasar cinta dan kepecayaan berikutan 'perhubungan' selama ini terjalin bersama saspek, mangsa lazimnya bersetuju mendepositkan wang diperlukan. Sebilangan mangsa dilaporkan kerugian di antara 400 dan 500 ribu ringgit. 

Wang terbabit kemudian dikeluarkan saspek dan sejumlah kecil, upah diberikan kepada account holder. 

Tiga saspek dibawa ke JSJK Bukit Aman untuk siasatan terperinci.


Manakala saspek pertama membawa pasukan sama dan kru 999 ke rumahnya di Banar Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"For love people are willing to do so many things," ujarnya.


Setelah membaca pendedahan bakal disiarkan di 999 minggu hadapan, saya berharap tiada lagi khususnya wanita dan lelaki Melayu terjebak sekaligus terpedaya dengan tipu helah warga Nigeria bermastautin di negara kita.

Diakui, majoriti mereka terbabit dalam sindiket penipuan ini bersikap romantik,  bijak menanam tebu di bibir mulut, kelihatan dan kedengaran amat penyayang tetapi di sebalik sikap terbabit tersirat niat membawa bahana.

Diceritakan kepada saya, dalam kes sebelum ini, wanita Melayu berasal dari Negeri Sembilan bersekedudukan bersama warga Nigeria dan berikutan itu wanita sama melahirkan anak.

Anak mereka berambut kerinting, berkulit gelap dan petah berkomunikasi dalam loghat Negeri Sembilan.

"Omak, mengapo rambut den berbezo bonar dengan rambut orang lain?"

Barangkali begitu soalannya.

Ha! Jawablah ...

33 ulasan:

  1. "bapak engkau oghang negro nak, obersea mak jumpo bapak engkau", jawab mak die.

    hakikatnye anaknye hasil kene tipu dek mat negro.

    yang untung nye mat negro, duit dapat, mak dapat, anak pon dapat :P

    BalasPadam
  2. begitulah nasib melayu yang mudah tertipu dan mudah ditipu

    alahai orang nogori den, buek malu yo.. kan ramai lagi ujang2 yang masih bujang tu, kenapalah mat golap tu yang dicari

    BalasPadam
  3. boleh tahan terancang modus operandi merka ini.

    BalasPadam
  4. Oleh dari itu lelaki2 Malaya, berubahlah menjadi romantik tapi bukan penipu..


    Akhirnya tertangkap juga mat mat Negro tu

    BalasPadam
  5. berita tentang penipuan bagini selalu ja terjadi. Tapi ramai lagi yang terkena masih.

    rasa2nya akan wujud lagikah taktik begini?

    dan akan terbuka matakah wanita Melayu?

    BalasPadam
  6. kan den dah kobarkan...
    lelaki melayu xde kualiti.. kahkahkahkah !!!

    BalasPadam
  7. pembongkaran eksklusif abg mazidul....syabas!!!

    BalasPadam
  8. Harap mereka tak masuk industri Agama, pakai kopiah dan purak2 baik..tapi kena hati2 juga.

    BalasPadam
  9. saya pernah perangkap mereka. bila dapat nombor telefon mereka, saya serahkan pada pihak SB. Alhamdulillah, geng2 gagak hitam dah dibanteras. Tetapi masih ramai lagi gagak hitam yg masih bebas melakukan jenayah di negara kita.

    BalasPadam
  10. Wow 100 juta mereka dapat dlm tahun 2010! Itu yg kita tahu, yg kita tak tahu mcm mana pula. Dah la rakyat asyik kena tipu, apa yg kerajaan buat? Takkan nak biarkan berterusan. Halang saja afrikaan dari dtg sini utk belajar kerana mereka ini sudah dipastikan mempunyai agenda tertentu.

    Gagak yg banyak berterbangan satu masa dulu ditembak oleh penguatkuasa....apa kata gagak hitam pun kita buat mcm tu..hehe

    BalasPadam
  11. Aku x boleh bayang mcm mana perempuan melayu boleh bergomol dgn lelaki berkulit hitam sprt ini. Ha ha ha aduyai...

    Because love all the things can be done. Ha ha ha

    BalasPadam
  12. tak tau lah apa yg best sgt jth cinta ngn niger nih... agaknyer pmpuan m`sia yg terpikat tuh ada masalah rabun kaler kot...
    ramai lg warga m`sia yg available... ish2

    BalasPadam
  13. Bro Dul

    Lelaki Melayu hitam ( Aku), depa LEBIH HITAM
    Lelaki Melayu tak romantik , depa lebih romantik dan taktik.
    Amekaw...kaw kaw! koh koh koh


    "Omak, kenapa rambut den...."

    Jawab - "Bapak kau orang Afrika, tapi dah kena tangkap pasal jenayah pishing...masuk penjaro"

    koh koh koh

    Dulu di US, tak ingat negeri mana, lepas party liar, pompuan Us tu beranak kembar 3, satu Negro, Satu Caucasion dan satu lagi rupa Korea. koh koh koh... 3 vs 1 or 3 in 1? Cerita betul ni.

    BalasPadam
  14. Bila pulak pihak berkuasa nak serbu di Mentari Court Pj. Mana tau dapat selori tamat tempoh pelancongan.

    BalasPadam
  15. iklan maggi kata-" besar punya "
    iklan beras kata-" panjannng "
    yg tengok kata tu negro punya lah...sapa lg.

    BalasPadam
  16. Apa nak dikatakan lagi. Melayu mudah lupa.Bila diberi ingat...dikatakan sibuk jaga tepi kain orang. Bila dah terhantuk baru nak tergadah....

    BalasPadam
  17. apelah yg ada pada kata2 romantis, sampaikan ada yg benar2 jatuh cinta-dlm email/messenger plak tuh... uihh pelik pelik. kalau saya, ckp depan2 pon tak percaya, apatah lg through email

    BalasPadam
  18. Lelaki melayu memang la tak romantik tapi sekurang2nya penyayang...

    BalasPadam
  19. Perlu berhati-hati dlm penggunaan internet. jenayah siber perlu dibasmi dengan bijak.
    Gaji Safee Sali

    BalasPadam
  20. Kat Putrajaya banyak jugak saya nampak, gadis tempatan berdua-duaan dengan mat hitam ni. Hairan, ramai lelaki Melayu dipilih mamat hitam jugak. Agaknya ramai sangat lelaki Melayu jadi gay kut.

    BalasPadam
  21. hope pendedahan camni
    jadi iktibar kpd semua

    lebih baik beringat
    drpd menyesal dikemudian hari

    BalasPadam
  22. Nak kata hensem mat Niger ni, manis ade kut... ha3, sbb kata2 jer. Ishh, mohon Allah lindungi kita semua daripada terperangkap dgn2 gagak2 ni...

    Cinta tak buta tp kita yg buta dek kerana akal tlh ditutup oleh nafsu dan hasutan syaitan. Berbaliklah kpda agama..

    Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada kita...

    BalasPadam
  23. Suruh kerajaan mereka hantar Mat Romeo tu balik ke negara mereka - at their own cost.

    Tak payah nak penjara kat Malaysia - buat habis duit Kerajaan yakni duit kami yg bayar Cukai ni bagi mereka makan & minum buat apa?

    Baik sara Ibu tunggal, anak yatim & warga tua yg berkelayakan.

    BalasPadam
  24. Salam semua..
    awesome entry. Kalau tidak diberitahu, memang saya tak tahu modus operandi jahat diorang.
    Mat-mat negro nie bukan je berlambak kat Kepong, Bdr Sri Damansara tapi dah berkampung kat Damansara Damai jugak..ya amatnye ramai..siap bukak bisnes..dan yang gelinya, ada jugak orang kita yang tertawan dengan diorang..terpedaya dengan kata-kata "hitam itu menawan" kut..huhuhu

    BalasPadam
  25. tangkap pun abis duit biar mcm tu pun habis duit. kita bakor je. ehehe. isk2 bakor pun nak pakai duit jgak.

    BalasPadam
  26. x selere pn tgk mat mat crow nih...tp mmg ade ppuan bangge kalau dpt jalan2 ngn diorg ni..yela nk dpt mat salleh kene jd artis dlu..hok yg ni pn jadila...obersi jugok kn...speakang jugok..hahahaha...

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum,
    Tahniah kepada pihak berkuasa yang cekap tangani isu ini. Bukan mudah nak bongkar benda yang berlaku dalam dunia maya ni...

    BalasPadam
  28. salam abang mas,

    minta izin untuk copy bahan cerita dan foto ke blog saya, boleh? rasanya ini perkongsian hebat untuk peminat fb, dan yg suka berkenalan secara membabi-buta

    BalasPadam
  29. Abg Dul,

    Acu salah sorang perempuan yg pernah kena tipu macam nie..ada masa nanti acu cerita kan dalam blog acu...kerugian acu 3.2k...bodoh kan??

    BalasPadam
  30. aku penah tulis bab ni di blog

    bergaul dengan mat mat hitam ni di kolej dan ada kawan yang 'tinggal bersama' dan sama-sama buat kerja ni, so aku dah arif dengan aktiviti depa..

    aktiviti ni depa panggil

    MAGA

    ada scriptnya, dan ada cd installer untuk sign in chatting account sekali online 5-6 account boleh log-in!

    bukan cuma mat negro buat kerja ni, minah pilipina tadak visa pun bercambah!

    BalasPadam
  31. Untuk mereka yang sedang bercinta di siber dengan org yg tak di kenali barangkali nukilan ini agak mengguriskan hati dan sanubari hehee... Selamat bercinta kawan-kawan. Jangan sampai berciciran yang di mahukan itewww

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.