Jam 9.50 saya dan kru menghadiri sesi taklimat bersama penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM dan Jabatan Imigresen Pulau Pinang.
Jam 12.41 malam, saya rakamkan gambar kasut Camel, terasa basah dan tidak selesa dipakai.
Berikut gambar denai berlumpur dan dikelilingi semak samun terpaksa direntas pada awal pagi.
Lokasi, kawasan penempatan haram pendatang tanpa izin warga Bangladesh berhampiran Stadium Batu Kawan, Seberang Prai.
"Siap baca ayat Qursi tadi bang, dia orang ingat kita hantu," ujar penguatkuasa Jabatan Imigresen kepada saya.
Ketika saya lalu berhampiran mereka, dua lelaki berikut masih menggeletar. Wajah mereka pucat lesi.
Pendatang asing sedang nyenyak tidur diberkas pasukan Jabatan Imigresen manakala penguatkuasa APMM mengawal kawasan tebing sungai berhampiran penempatan sama menggunakan 3 bot.
Mereka dipercayai pekerja kilang pengeluar cerucuk besi terletak kurang 100 meter dari penempatan diserbu.
Lelaki di belakang sekali diberkas ketika memanjat pokok berhampiran khemah tempat mereka tinggal.
"Saya passport tarak, saya takut, itu sebab pokok ada panjat," ujarnya ketika saya temubual.
"Berapa hari sudah duduk dalam hutan?," soal saya.
"Sepuluh hari," jawabnya.
Menurut lelaki berusia 30 tahun itu, dia dan semua rakannya memasak makanan di dalam hutan terbabit dan hanya keluar pada waktu bekerja.
"Malaysia punya orang baik, awak datang sini, ada dokumen, ada permit kerja, dia orang tak ada tangkap. Awak tak ada passport, dia orang tangkap," jelas saya kepadanya.
3 warga Myanmar tinggal di kongsi kilang juga ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap.
"Satu hari kerja, gaji RM50," kata lelaki berbaju putih.
Manakala lelaki warga Bangladesh di bawah diberkas penguatkuasa APMM ketika terjun ke dalam sungai.
Untuk rekod, operasi bersepadu di antara Jabatan Imigresen dan APMM terbabit dibuat kali pertama dan berhasil.
Sekalung penghargaan kepada semua pegawai dan anggota terbabit melaksanakan tugas terbabit. Rakaman operasi akan disiarkan di dalam program 999.
Gambar terakhir, 3 penguatkuasa Jabatan Imigresen, berstatus bujang. Jom kita perhatikan keadaan kasut mereka secara close up.
Ini gambar kasut saya, sekali lagi.
Teringin benar rasanya memiliki 'kasut kalis lumpur' seperti dipakai mereka.
Hakikatnya, mereka tidak seberat saya, semasa berjalan melalui lorong kecil dan licin kasut tidak terpelosok ke dalam lumpur.
Saya? Di awal operasi terjatuh. Mujur penguatkuasa berhati mulia sudi menghulurkan tangan dan menarik saya bangun semula dalam kegelapan malam.
Hakikatnya, mereka tidak seberat saya, semasa berjalan melalui lorong kecil dan licin kasut tidak terpelosok ke dalam lumpur.
Saya? Di awal operasi terjatuh. Mujur penguatkuasa berhati mulia sudi menghulurkan tangan dan menarik saya bangun semula dalam kegelapan malam.
Sebelum ini saya terbaca berhubung kisah artis wanita tempatan, setiap kali menyatakan hasratnya untuk memiliki sesuatu barang di Facebook maka akan ada insan bermurah hati menunaikan permintaannya.
Sepasang kasut baru bersaiz 12?
Teringin nak tengok muka diorang masa baca ayat kursi tu...mesti menggigil gigil...
BalasPadamAda ek kasut kalis lumpur? Berapa agak2 harganya? :)
BalasPadamsukarnya nk bendung kedtgn PATI yg xde pasport ni kan...
BalasPadamtahniah atas usaha & kerjasama en. mazidul bersama anggota polis yg bertugas...
ramai org awam xtau tugas sebenar anggota polis ketika di lokasi...
sekurang2nya diorg ade kesedaran bukan senang nk membendung jenayah PATI ni...
Tahniah sekali lg :)
Assalam, sian jugak nengok muka Mat Bangla tu.. tengah sedap tidur kena ngap :(
BalasPadamNew Entry "Anugerah Artis Berpakaian Paling Sopan | Anugerah Bintang Popular Berita Harian."
Ic, kasihan nampak muka bangla dan myanmar tu . sama2 manusia tapi nasib berbeza.
BalasPadamBanyak sungguh pendatang2 haram negara asing dinegara kita, hampir setiap hari ada sahaja yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa.
BalasPadamItu yang dapat ditangkap, tetapi masih banyak lagi yang tidak dapat dikesan - yang masih berkeliaran.
Berkemungkinan besar masih terdapat 5 hingga 6 kali ganda lagi daripada pendatang2 haram ini belum lagi dapat ditangkap.
Senario ini akan berterusan sampai bila-bila kerana masih ramai lagi yang akan masuk kenegara kita ini hasil daripada 'iklan melalui mulut' tentang peluang mencari duit (rezeki) yang mudah di Malaysia. Jika tidak dikawal, akan memeningkan kepala pihak yang menjaga keselamatan awam, pihak imigresen dan merisaukan rakyat marhain dinegara kita.
Bro Dul
BalasPadamkoh koh koh 'Kasut kalis lumpur' koh koh koh
Dalam maksud ayat tu....:D
Salam, memang apa yang dilakukan oleh pendatang tanpa izin ini adalah salah, dari segi undang-undang, mereka memang patut ditangkap dan dihantar pulang atau dihukum. Tetapi bagaimana dengan pihak yang membawa mereka masuk ke negara kita ini ataupun pihak yang melindungi mereka selama ini?
BalasPadamtahirnisa@blogspot.com
Keberanian mereka memasuki negara orang tanpa dokumen yang sah satu isu; orang macam kitaini beranikah?.
BalasPadamMelihat betapa sukarnya tinggal di semak samun semata-mata nak mencari rezeki buat keluarga terusik juga rasa hati ini.
Jika berniat baik & mahu datang cara baik; seharusnya kita terima PATI sebagai rakan seagama. Sempadan dunia ini seharusnya dihormati lantaran itu adalah maruah & martabat negara.
Tahniah! 999, APMM dan Jabatan Imigresen Pulau Pinang. Teruskan usaha murni ini demi melindungi negara kita dari lambakan PATI ini.
Sepatu Camel tu selalunya memang lasak. Emm! alah membeli memang memakai!.
"Sebelum ini saya terbaca berhubung kisah artis wanita tempatan, setiap kali menyatakan hasratnya untuk memiliki sesuatu barang di Facebook maka akan ada insan bermurah hati menunaikan permintaannya.
BalasPadamSepasang kasut baru bersaiz 12?"
ahahahaha.... tergelak saya di pagi hari..... bagaimana kalau ade peminat wanita yg hadiahkan abg mazidul kasut.. ahahha.... jeles tak org rumah... ahahhahhahaha.....
Bro, safety boot is the best for you. kalau dpt hi-cut.
BalasPadammajikan yg mengaajikan pekerja pati cmne plak?ade kene tindakan??
BalasPadam