Rabu, April 06, 2011

Rakan Bestari

Jam 4.30 petang semalam, saya dan kru 999 ke pejabat Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri, KDN di Shah Alam, Selangor.

Menurut Ketua Cawanganya, Omar Mohd Bahari, setakat 8 individu menjadi Rakan Bestari, 6 daripada mereka membuat permohonan manakala saya dan penerbit 999, Shahnun Hanif Suhaimi dilantik mereka.

"Maksudnya Mazidul dan Shahnun akan membantu kami untuk menyalurkan maklumat berhubung kegiatan memasarkan cakera optik cetak rompak dan lucah di Selangor. Setiap negeri akan mempunyai Rakan Bestari sendiri," jelas Omar


Sijil terbabit ditandatangani Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami.

6 ulasan:

  1. tahniah... memang Bestari

    moga berkurangan kegiatan mereka2 yang mengaut keuntungan secara tidak bermoral ini

    BalasPadam
  2. Seperti cincin dengan permata.

    Pilihan yg bijak.

    Bukan semua orang ada "Value Added" ke atas kerjayanya - Saudara berdua memang sudah terang lagi bersuluh.

    Tahniah!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.