Berikut berita muka hadapan Utusan Malaysia hari ini.
KUALA LUMPUR 25 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
KUALA LUMPUR 25 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Pendedahan identiti tersebut dibuat oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Pengesahan identiti itu juga membuatkan kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh yang berada di galeri awam kelihatan diam seketika.
Mohd. Yusof menyatakan, perbandingan hasil ujian DNA yang dibuat oleh saksi pendakwa kelima, Dr. Seah Lay Hong dan saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon mengesahkan profil DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari dengan DNA yang terdapat pada tuala Good Morning, botol minuman 'Cactus' dan berus gigi adalah sepadan.
Ketiga-tiga barang tersebut diambil dari lokap yang menempatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalaman pada 16 Julai 2008 selepas beliau ditangkap, sebagai bahan bukti.
''Dengan padanan tersebut, tanpa sebarang ragu, ia mengesahkan bahawa penyumbang air mani Lelaki Y yang tidak dikenali dan dijumpai di dalam dubur mangsa adalah milik tertuduh,'' tegas Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu.
Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut dan tertuduh perlu dipanggil membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya.
Selain itu, beliau menyatakan, barisan pembelaan tidak pernah mencabar secara serius keterangan terperinci Mohd. Saiful Bukhari berhubung kejadian liwat tersebut yang diberitahu dalam prosiding tertutup sebelum ini.
Niat tertuduh untuk melakukan perbuatan tersebut juga jelas kelihatan pada beberapa insiden yang berlaku sebelum dan pada hari kejadian.
Mohd. Yusof menyatakan, tertuduh berulang kali meminta Mohd. Saiful Bukhari untuk datang ke Kondominium Desa Damansara malah pada hari kejadian, Anwar sekali lagi mengingatkan pengadu agar ke tempat kejadian dengan membawa gel pelincir, KY Jelly.
''Tertuduh boleh berbincang mengenai jadual kerjanya dengan mangsa sewaktu masih berada di pejabat tetapi dia tidak berbuat demikian malah turut meminta Mohd. Saiful Bukhari membawa KY Jelly. Apa perlunya diminta membawa pelincir tersebut sekiranya hanya ingin berbincang mengenai jadual kerja?'' katanya.
Sepanjang perbicaraan selama 57 hari, sebanyak 26 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dengan saksi pertama dan utamanya ialah Mohd. Saiful Bukhari.
Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok.
heh. anwar anwar..
BalasPadamMakin lama makin tak faham.
BalasPadamAlang-alang dah dimulakan, kenalah diselesaikan juga tu.
encik mazidul, sy pinjam kata2 kamu yer.. i will credit u too :)
BalasPadamHukuman di dunia, saya pun bukan baik sgt.
BalasPadamTapi zaman ini, zaman jaga periuk nasi, risau kena buang.ikut arahan.
Nanti tak dapat bayar kereta.
Astagagfirullah al azimmmmmmmm..... sumhanallahhhhhhh.. allah huakhbarrrrr....
BalasPadamhuh..kes vip ni..no komen..silap komen nanti kena tangkap plak..bahaya..
BalasPadamPelik, kalau betul dia homoseksual, kenapa orang kaitkan dia dengan video seks pulak. Anwar ni orang yang paling sensasi dalam negara ni, banyak betul isu yang muncul pasal dia. Betul ke tidak Allah je yang tau.
BalasPadamemmm mcm2 tul... tak terkata kalu memikirkan nyer
BalasPadamtak suka campurtangan politik...tak semua mempunyai sependapat yang sama...kian lama kian keruh takkan jadi yang jernih..heharap abang mazidul faham maksud saya..
BalasPadambanyak lagi perjuangan yang belum di selesaikan
Amin, jika tidak suka dengan tampalan ini, just skip it.
BalasPadamSaya paparkan kerana keputusan ini adalah national interest.
Itu sahaja, lagi pun saya tidak bergiat dalam politik.
Hi, honestly, I have alot of Indian and Chinese friends. all are peace no war for us, why? reason we do not have politic talk.
BalasPadambut politician always brain wash us, want us fight each others races. like in our home town all our neighbours have chinese, malay, indian , they live peacefully and friendly, but once politic join in. they breaking all relationship.
i hate politic. politic want money and powers that is why they want and need the ticket from us and breaking us! we need to wakeup!
itu hujah pendakwaan... kenapalah akhbar tak siarkan hujah pembelaan? akhbar dah letakkan anwar bersalah. janaganlah kita turut sama sebagai penyumbang berita .... lebih-lebih lagi ini semua membabitkan politik. Macam Nelson Mandella zaman dia terpenjara dulu.
BalasPadamdi padang mahsyar nanti tahulah sapa yg benar & sapa yg batil ..
BalasPadamdunia ni sementara sahaja ...
kerana dia adalah anwar ibrahim..semua boleh jadi ;)
BalasPadamberundur je lah... kalau dah ramai sgt yg x suka dia nih...
BalasPadam1) As a Biotechnology student who works in Molecular biology field, I believe that DNA never lied. I work with DNA almost everyday.
BalasPadam2) To Mr. Vin Petrol, please google the word 'Bisexual'. Learn something new.
3) May Allah SWT reveals the truth as soon as possible.
Hanya Allah yg maha mengetahui...
BalasPadamWallahuA'lam. Kita cuma tumpang baca je berita2 begini sbb dah jadi national isu..
Hanya Allah yang tahu realitinya..
BalasPadamHmmmm...makin kalut dan makin takut...
BalasPadamMakin kalut kerana dah bermacam-macam versi, betul atau tidak, hanya dalam pengetahuan Allah..
Makin takut kerana semua yang terlibat di kedua-dua pihak adalah orang Melayu, Islam...takut kerana pihak lain semakin bersorak.....
korang nak pening2 buat apa.
BalasPadamjust follow the evidenve.
1) anwar ADA ke TAKDE kat kondo tu pada 3.00 hingga 4.30 pm? - jawapannya ADA. CCTV mengesahkan. meeting dia habeh pukul 12. by 2.00pm, semua yg VVIP kengkawan anwar dah kluaq dari kondo. anwar dengan saiful aje tak keluaq.
2) DNA air mani yg berada di dalam rektum pengadu, SEPADAN dengan calitan DNA pada botol air, berus gigi tempat anwar bermalam. ini scientific evidence. macam mana scientific evidence nak bohong? manusia boleh bohong, tetapi TIDAK kalau nak bohong carta DNA. tak percaya? cuba ambek DNA analys chart dan try kelentong. memang mampos tak boleh.
hah, apa jadah air mani anwar dalam dubur saiful? air mani boleh loncat2 ke?
dah bosan dengan cerita ini. yang pertama aku lihat anwar ni bersih dari rasuah sebab tu tiada satu pun tuduhan rasuah. yang kedua pertuduhan pula nampak tidak berapa lengkap. yang ketiga rakyat di dedahkan cerita sebelah pihak saja. yang kelima banyak cerita sensasi dalam kes liwat ni.
BalasPadamAssalamualaikum Mazidul & Rakan2,
BalasPadamPada saya, samaada benar atau pun tidak kes ini, terpulang pada kita semua untuk menilai, munkin betul.. munkin aniaya, hanya Allah yang mengetahui.
Kalau mahkamah sudah mengenal pasti DNA lelaki Y, siapa dia lelaki Y, sekarang ni sudah tak guna kalau Anwar nak ber sumpah laknat.(munkin kita rasa sudah terlambat), tapi pada pandangan saya, ada satu jalan untuk anwar membela diri, anwar kena beri DNA diri dia yang sebenar, suruh Mahkamah keluar arahan untuk buat kajian balik atas DNA dari Anwar sendiri(yang mana sebelum ini Anwar enggan memberi DNA nya untuk di uji)..sebab kita pun tak tahu, DNA yang diorang ambil dari Tuala Good Morning, Berus Gigi adalah betul2 kepunyaan Anwar(diambil pada 2008 semasa Anwar di Tahan). Jika Anwar betul-betul untuk membela diri dia yang dia tidak melakukan LI**T tersebut, Anwar haruslah serahkan DNA dia untuk ujian bagi mengesahkan dia bukanlah si Pelaku kepada Saiful. Jika Anwar masih lagi enggan beri DNA nya... maka kita semua haruslah pikir sebaiknya untuk menilai apa yang telah berlaku dalam dunia Politik kita..BERSATULAH UMAT ISLAM.. orang lain hanya melihat apa yang berlaku pada kaum kita Sediri.....
**Bukan hendak menuding jari menyalahkan sesiapa, tatapi sekadar memberi PANDANGAN untuk menegakkan KEBENARAN**
Maaf bang Mazidul, bercerita panjang...
Semoga di Rahmati ALLAH.
sebenarnya nak skip baca topik ni sebab dah malas nak dengar/baca pasal nii.. benar ke tak suka hati korang lerr.. tp terbaca jugak wakakaka
BalasPadamSalam suadara Mazidul n smua pbaca blog setia ini. Hal ini rasanya tak perlu diperbesarkan,saya sangat takut dgn situasi semasa negara kita skrg.Hari ini sebutan "air mani", krim jelly, liwat sgt berluasa di media cetak dan tv,terpikirkah anda kesannya pada kanak2 dan remaja yg sedang meningkat usia.Ini adalah faktor penyumbang kepada gejala sosial yg terlepas pandang oleh kita semua.Ingatlah apabila kita menjaga aib orang,Allah juga akan mjaga aib kita.
BalasPadamsekadar pengkongsian:
BalasPadamorang-orang jahiliah adalah suatu umat yang suka menegakkan kebatilan dan memerangi
kebenaran. Apa yang mereka warisi itulah pegangan mereka. Apa sahaja bukti yang
dibawa untuk meruntuhkan kepercayaan sesat mereka, tetap mereka sangkal dan
berpegang kepada kepercayaan mereka juga. Ketika orang-orang jahiliah tidak
mempercayai al-Quran, Allah s.w.t. mencabar mereka agar menandingi ciptaan Allah
s.w.t. dengan ciptaan mereka:
Orang-orang jahiliah sengaja menolak kebenaran yang terbentang di hadapan mata mereka, setelah mereka meminta bukti itu dan dibuktikan dengan jayanya oleh Rasulullah (S.A.W)
Sesungguhnya kaum jahiliah wujud ditengah masyarakat kita. Biar diberikan seribu petunjuk dari Allah S.W.T , mereka akan terus menafikannya walau kebenaran sudah berada di depan mata.