Sabtu, April 02, 2011

Minyak Cap Kapak

Jam 7.30 pagi tadi saya dan kru menaiki Bot Penyelamat bersama pegawai dan penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM di Jeti Marina, Georgetown, Pulau Pinang.


Operasi diketui Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal dibantu pegawai dan 18 anggota. Mujur Laut Selat Melaka tidak bergelora, saya sempat melelapkan mata kira-kira 2 jam sebelum tiba di perairan berhampiran Pulau Sayak.

Operasi turut dibantu kru Bot Kilat berfungsi menahan bot nelayan sebelum pekerja bot penangkap ikan kelas B diperiksa.


Sebelum ini ujian saringan air kencing hanya dijalankan polis narkotik Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM. 

Hari ini sejarah tercipta, buat julung kali Cawangan Operasi APMM melaksanakan tugas sama di tengah laut. 

Jam 11.05 pagi tadi, remaja berusia 26 tahun berasal dair Kampung Tanjung Dawai, Kuala Muda, Pulau Pinang didapati positif 3 jenis dadah. Dia mengaku menagih heroin sejak 3 tahun lalu.


9 minit kemudian, rakan sekampungnya, anak ke 7 daripada 8 beradik, berusia 25 tahun diberkas kerana positif syabu.


Manakala rakan mereka berusia 31 tahun, pada awalnya sukar untuk memberikan sampel air kencing akhirnya didapati positif syabu.


"Saya pernah kena penjara 2 tahun sebelum ini," katanya.

Dia meringkuk di penjara kerana gagal menjelaskan denda kerana terbabit kegiatan sama.

STOP! Commercial break sekejap!

Mana jurukamera?


Dia pening, mabuk laut dan dilaporkan muntah 4 kali biarpun saya telah memberikannya ini ...


Ya! Minyak Cap Kapak, minyak angin digunakan secara turun-temurun pelbagai bangsa di Malaysia.

Minyak Cap Kapak, saya kira lebih terkenal berbanding sebilangan artis di negara kita.

Sewaktu operasi, bukan jurukamera sahaja mabuk, ada lagi mereka selagu dan seirama dengannya.


3 gambar terakhir itu hanya gelagat pegawai dan anggota APMM saya rakamkan. Mereka  sekadar bergurau di perairan Selat Melaka.

Saya? I was enjoying every moment of it. 


Bayangkan, operasi diberhentikan pada jam 2.30 petang sebelum disambung semula dan 38 nelayan warga tempatan dan asing diarahkan menjalani ujian saringan air kencing. Masalahnya sebilangan daripada mereka mendakwa sukar hendak kencing dan terpaksa diminta meminum beberapa botol air mineral.

Penat menunggu orang kencing tetapi lebih menyakitkan sekiranya kita 'dikencing' orang.

Saya kongsikan bersama pembaca beberapa gambar aksi penguatkuasa APMM sewaktu melaksanakan tugas mereka di laut siang tadi.


Semasa tampalan ini ditulis kru saya masih bersama penguatkuasa APMM merakamkan operasi mereka melakukan ujian saringan air kencing ke atas nelayan warga asing.

9 berusia di antara 17 dan 33 tahun dilaporkan positif dadah jenis ganja, heroin dan syabu.


"Kami collect duit, share beli barang (dadah), sahaja hendak suka suka di laut," itu komen warga Thailand terbabit.

4 ulasan:

  1. dulu selalu saya dengaq kawan habaq org kola (nelayan) banyak yg gian...nila jawapan dia

    BalasPadam
  2. Gambar mereka yang mabuk laut selagu seirama tu menarik perhatian saya. Serasi bersama.

    BalasPadam
  3. mabuk laut xpa jgn mabuk arak..bro mazidul.jgn lupa gempur aktiviti nelayan kola kedah sama ye

    BalasPadam
  4. kadang-kadang, teringin nak bekerja sebagai wartawan, seperti Mazidul.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.