Main tepi longkang pada jam hampir 1.30 pagi?
Eh! Memancing ke? Atau main gelongsor di tepi tebing?
Maaf, gambar dirakamkan agak kurang jelas. Apapun, mungkin dapat diperhatikan sebilangan daripada 7 remaja terbabit basuh kuyup, kesejukan barangkali.
Eh! Eh! Kalau setakat bermain gelongsor di tepi longkang atau memancing, kenapa ada polis?
Haaaaaa! Mesti remaja terbabit terjumpa mayat! Mereka kemudian mengubungi polis dan gambar terbabit dirakamkan ketika mereka menunjukkan lokasi mayat ditemui, di dalam longkang.
Lazimnya begitu, pemancing menemui mayat dan melaporkan kepada polis dan pihak berkuasa menyusul ke lokasi.
Namun kejadian berlaku pada jam 1 pagi tadi tidak seperti catatan saya di atas. Perhatikan gambar berikut secara teliti, saya rakamkan mengikut aturan.
Tolong-menolong dan semangat setia kawan, memang budaya kita, samada di kalangan masyarakat Melayu, Cina mahupun India.
Perhatikan baju 2 daripada remaja terbabit, basah dan kotor.
"Siapa punya motosikal?," tanya saya.
"Tak tau, itu olang sudah lari," balas remaja berbaju putih.
Baguskan? Motosikal milik individu didakwa tidak dikenali sanggup mereka angkat dari longkang kotor
Untuk rekod, motosikal itu, satu daripada 4 kenderaan terjongkang ke dalam longkang.
Ada lagi motosikal lain?
Ada!
Gambar motosikal terbabit saya kongsikan bersama pembaca. Saya tidak berpeluang mengira bilangan tepat tetapi dianggarkan lebih 80 semuanya.
Saya tahu, melihat gambar motosikal ditongkat sempurna agak membosankan. Bagaimana dengan gambar ini?
Pelik tetapi benar.
Lihat, motosikal ditolak di atas rumput manakala lebuhraya Besraya di bahagian belakang dan di lokasi saya berdiri merakamkan gambar.
Mesti 2 remaja terbabit bergurau, main tolak tolak motosikal pada jam 1.17 pagi, kan?
"Engkau tolaklah kuat sikit, macam tak makan saja"
Barangkali itu kenyataan diungkapkan remaja berkasut putih kepada rakannya.
Kasihan motosikal, basah.
Mungkin cuma saya berasa kasihan, tidak penunggang motosikal kerana dia dilapor melarikan diri. Ada lagi! Ada lagi! Penunggang motosikal di bawah juga memboloskan diri, 3 remaja terbabit hanya membantu mengangkat motosikal 'hebat' kerana mampu melompat penghadang lebuhraya.
See, siapa kata motosikal tidak mampu 'melompat' pagar? Lazimnya, saya mengkaburkan gambar nombor pendaftaran kenderaan ditahan pihak berkuasa dimuatkan di blog ini but this is a very special case. It is WTS 5605. Saya percaya, dalam tempoh beberapa saat, polis atau penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan mampu mengenalpasti identiti pemilik motosikal memboloskan diri.
Saya menulis tampalan 'Pertukaran gelaran tidak bermakna' pada jam 9.45 malam sebelum menyertai operasi Unit Khas Trafik Bukit Aman membanteras kegiatan Mat Rempit di Lebuhraya Besraya pada jam 1 pagi tadi.
Di ruang komen tampalan terbabit, saya muatkan komen pembaca mengatakan kes Mat Rempit membosankan.
Bosan ke?
Jika bosan, sila berhenti membaca tampalan ini, sekarang.
1 ...
2 ...
3 ...
4 ...
5 ...
6 ...
7 ...
8 ...
9 ...
...
...
...
...
...
999!
Ha'ah!
Masih membaca? Terima kasih, silakan. Anda mungkin berada di rumah bersama keluarga dalam keadaan selesa, barangkali sedang tidur nyenyak sewaktu gambar di tampalan ini saya rakamkan.
Jika masih menganggap kes Mat Rempit membosankan, saya tidak mampu berbuat apa kerana sebagai wartawan, tugas saya melaporkan fakta untuk semua pembaca.
Jam 11 malam, saya bertemu ketua operasi, ASP Khuzir Abd. Majit berhampiran Tol Sungai Ramal, Kajang, Selangor.
ASP Khuzir, anak kelahiran Kuala Ketil, Kedah, di sebelah kiri.
Sebelum operasi dilaksana, doa selamat dibacakan, memohon kepada Allah agar tugasan dapat disempurnakan dengan selamat.
Maklumlah, dalam operasi sebelum ini, pelbagai kejadian tidak diingini pernah berlaku. Antara bahana ditempuh, anggota dan pegawai polis dirempuh Mat Rempit mengakibatkan kecederaan parah.
Tidak lupa, terima kasih kepada sahabat saya sejak 11 tahun lalu, Hanizam Hamzah, 38 tahun kerana sudi memandu ke lokasi sejaligus menemankan saya di sepanjang operasi. Untuk rekod, nama timangannya 'Loyai', dia kini antara drifter mula dikenali di negara kita.
Jam 12.45 malam, saya rakamkan gambar di bawah, aksi cemas sebilangan remaja dipercayai menunggang secara melulu dan berbahaya bertempiran melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis trafik di lebuhraya dijadikan litar berlumba.
Malangnya bagi mereka, kedua hala lebuhraya telah dikepung puluhan anggota dan pegawai polis menggunakan kereta peronda.
Semua Mat Rempit sebelum itu menunggang bak raja di jalanraya sama, terperangkap. Mereka panik dan barangkali hampir pecah kepala memikirkan kaedah terbaik untuk meloloskan diri.
"Di tempat lain, Mat Rempit ramai Melayu tetapi di sini India dan Cina," bisik anggota polis kepada saya.
Dalam keadaan kelam-kabut, sebilangan mereka bertindak nekad, merempuh barisan bunga ditanam di tepi jalan, mengheret motosikal ke kawasan berumput dan berusaha mengangkat kenderaan mereka 'melompat' pagar untuk ke jalan bersebelahan.
Ternyata, tidak semua mereka berjaya. Majoriti penunggang motosikal ditahan polis untuk pemeriksaan terperinci.
Anak dara siapakah merayau bersama teman lelaki pada jam 1.45 pagi ini?
saya rasa elok diperbanyakkan tempat berlumba untuk2 anak muda nih..banyakkan GP lagi.. mereka mempunyai tenaga dan keberanian..mana tau anak muda ni dapat mengeggar dunia menjejaki langkah zulfahmi pelumba muda negara...
BalasPadamHahaha lama tak dengar perkataan terjongkang. hahahaha. nice.
BalasPadamaweks gambar last tu beritau: "saya beritau mak saya, saya pergi tuition." hahahahaahahah
Moralnya anak remaja hari kita ini amat berani.. nyawa bagaikan tidak ada nilanya bagi mereka. Saya jugak menyokong jika sekiranya pihak yang berkuasa menyediakan tempat berlumba khas... mudah anak muda ini mengasah bakat mereka disana dalam ertikata lain gasaklah kamu disana :)daripada menyusahkan dan menyesakan pengguna jalan raya yang lainnya.
BalasPadamNew Entry "Pengantin berbogel jimat kos pakaian."
bagi saya, biarpun di beri ruang untuk mereka berlumba di litar yang di bina khas untuk mereka, tapi berlumba di jln lebih thril bg mereka..
BalasPadamMakin lama makin jauh kita dgnNya. Itu yg menyebabkan kita kian diduga dgn masalah sosial yg tdk berkesudahan. Semoga Allah memberikan rahmatNya kepada kita semua...
BalasPadamCdgan utk membina lbh byk litar tu sesuatu yg perlu dipertimbangkan...
En. Mazidul,
BalasPadamMesti orang marah kalau saya katakan anak melayu suka kepada hiburan. Memang lah tak semua tetapi kebanyakan. Adik saya seorang Doktor di HSB, AS. Anak jd mat rempit, accident, terlantar di hospital dan juga penagih dadah. Adik saya kata susah nak cari line utk ambik darah for medical purposes. Yang si bapa pulak dah tua, daif, duduk di Baling, Kedah. Baling kan jauh dari Alor Setar lebih kurang 1 jam lebih naik kereta. Anak orang miskin, bapa terpaksa tidur di lantai tunggu anak lelaki selama 2 minggu. Kalau saya, mau sj hentak budak lelaki yg menyusahkan mak bapak. But sometimes, salah jugak mak bapak yang tak menghiraukan anak2 dan bagi manja sgt pd anak2. Kita boleh manjakan anak2 tapi bukan merosakkannya tetapi mendidik.
Bagi saya buat lah litar macam F1 Sepang di setiap negeri, bagi bdk2 racing malam2, jalan raya jugak yg best bg depa. Wallahu a'lam.
kaya rupanya rakyat Malaysia ni, motosikal buang je merata-rata
BalasPadamni baru kat Besraya. kat felda2, budak2 belum sunat pun dah pandai bwk motor. mak-bapak belikan, tak dapat baru, yg 2nd hand pun jadik. cara bawak usah cerita la, mmg takde peraturan punyer. bila kemalangan, mak-bapak baguz je back-up anak masing2. saya sarankan polis trafik buat operasi besar-besaran di kawasan felda, kampung & estet2. baru la dapat membenteras mat rempit sejak awal pembabitan mereka dalam dunia permotoran.
BalasPadamTidak, tidak, tidak membosankan. Isu merempit tidak menjemukan.
BalasPadamPihak yg berkuasa teruskan usaha membenteras, pihak yg berkaitan sila cari jalan penyelesaian. Tangkap, denda & lepas bkn kaedah terbaik.
Kalau demam, mkn ubat demam.
Kalau badan rasa melekit dengan peluh, mandi.
Kalau dahaga & lapar, makan & minum.
Kalau Mat Rempit merempit di jalan raya, .............?
Cuba baca buku Virus Kehidupan nukilan Mazidul Akmal Sidik m/s 141 hingga 204 - Rasanya ada jawapan kepada permasalahan Mat Rempit - baca & dapatkan jawapannya.
Ingat dialog berupa pesanan Pak Ali Noh di m/s 179 hingga 180 :-
"Pakcik suka tengok TV ke?," soal Mazidul
"Suka, Tapi saya hairan bila tengok Mat Rempit. Suka sangat naik motor laju-laju"
"Orang Muda," balas Mazidul.
"Betul, orang muda. Sebab tak pernah lumpuh macam saya. Buat apa pun tak boleh. Nak pergi ke bilik air kena angkat, nak berjalan jauh sekali"
Dia mengurut kakinya.
"Kadang-kadang kita tak pandai nak menghargai apa kita ada"
Remaja tak serik kalau tiada insiden..jadi jika ada masa cipta insiden, intai dan tabur kacang..
BalasPadamoit zeqzeq, kalau mati anak org sbb 'kacang' ko tu camne?crdik tol lar ko n
BalasPadamSepatutnya Mat rempit/ Samseng jalanan ni ditukar nama kepada Lembu Jalanan.... pastu jika dapat tangkap lembu lembu ni..jgn lupa letak kat bilik mayat hospital untuk uruskan mayat mayat orang kemalnagna jalanraya..baru ada keinsafan sikit...
BalasPadam