Sabtu, April 02, 2011

Dia Sanggup Basah

Jam 6.45 semalam lebuhraya sebelum Tol Ipoh Selatan  di Perak, sesak. Selepas menjelaskan bayaran tol, saya rakamkan gambar berikut.


Kereta Perodua MyVi, bukan Smart Car. Dilaporkan kenderaan terbabit dilanggar dari belakang dek kereta sewa jenis Mercedes.


"Kita olang dari Kuala Lumpur mahu pigi Kuala Kangsar," kata wanita Cina penumpang kereta sewa.


Di lokasi sama motosikal Yamaha LC 135 terperosok di celah penghadang jalan.


Hujan turun renyai. Mangsa, berusia 23 tahun, anak kelahiran Kedah, terbaring di tepi jalan ditutupi payung merah.


Mangsa cedera parah? Mari kita lihat dari dekat.


Tidak, cuma dipercayai tangan kirinya patah. Dia juga kelihatan tenang tetapi dalam kesejukan.


Ya! Ya!Jangan betulkan kacamata anda.

Tiba-tiba datang konstabel Unit MPV IPD Ipoh, Faizal Kamaruddin, pantas membuka jaket kalis airnya dan menyelimutkan mangsa tanpa menyedari tindakannya saya rakamkan.


Dia sanggup basah demi memastikan mangsa tidak kesejukan. Sebaik menyedari gambarnya saya rakamkan, dia berkata ...

"Bang, jangan ambil gambar, malu saya," katanya.


Faizal, awak tidak perlu malu apabila melakukan tindakan spontan lagi murni. Sedang sebilangan anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia dicerca kerana terbabit melakukan kegiatan bercanggah dengan undang-undang, awak bertindak bijak, prihatin dan mesra kepada mangsa ditimpa kemalangan.

Sekalung tahniah daripada saya.

I am so proud of you!

22 ulasan:

  1. Pegawai macam nilah yang diharap-harapkan dapat melindungi negara. Polis juga manusia, tak sempurna, namun dalam masyarakat zaman sekarang, satu kesilapan dibuat oleh seorang anggota polis, habis semua polis dibenci, dicerca dan dimaki, tak sedar, tanpa polis, negara boleh jadi huru hara.

    Terima kasih bro Mazidul sebab kongsi situasi ini, sekurang-kurangnya ia boleh memberi pandangan positif kepada anggota polis.

    BalasPadam
  2. nak komen sket,

    macam bersantai pulak mangsa tu kat tepi penbahagi jalan.. siap baring dengan kaki bersilang.. paling tak tahan tengok sempat lagi hisap rokok macam tak de apa2 yang berlaku je... isk isk ..


    pada anggota Polis terbabit, syabas dengan tindakan ikhlas lagi murni tu...

    BalasPadam
  3. Anggota polis macam ni la yang kita harapkan, tapi malangnya payah nak jumpa...

    BalasPadam
  4. Salam Mazidul,

    Syabas kerana beliau menjalankan tugas dengan penuh kasih sayang, baik dan bijaksana.

    He is role model. Good cops are a good influence on the community.

    Semoga Allah memberkati jua mereka yang telah mempertaruhkan nyawa berkhidmat agar komuniti dapat bekerja dan tinggal dengan selamat

    BalasPadam
  5. Terharunya... Tahniah2!!!

    BalasPadam
  6. bila spontan nmpak ikhlasnya..knapa sy naik bulu roma baca entry ni pun tak tau...
    mungkin terharu

    BalasPadam
  7. Wah... Abg Mazidul dah jadi macam Ondscene. Tahniah kepada polis terbabit.

    BalasPadam
  8. Orang kita selalu suka menuding pada yang negatif berbanding memaparkanyang positif. sbb tu selalu sgt keluar paper, ustaz, cikgu, doktor buat bkn2. yang baik kurang ditonjolkan.

    BalasPadam
  9. Alahai.. sampai hisap rokok sebab nak tahan sejuk..

    Bagus polis ni. Harap-harap ramai polis lain ambik teladan.

    BalasPadam
  10. tiba2 rasa tersentuh pula tengok tindakan abg polis tu..
    sweet sgt!
    :)

    BalasPadam
  11. Di sebalik banyak yg negtif yg di tonjolkan, sikap positif anggota ini memberikan imej yg baik kepada anggota polis yg muda!

    BalasPadam
  12. Sikap polis macam nilah yang kita mahu.Syabas.

    BalasPadam
  13. Smue anggota polis, harus ada sikap sedemikian, jangan tunggu nak masuk tv or akbar baru nk menunjuk. Terima kasih byk2 pada mazidul

    BalasPadam
  14. anggota beginilah yg patut dicontohi..
    Tahniah Faizal..nnti sy cari awak di Ipoh ya...

    BalasPadam
  15. tahniah dan rasa terharu dengan tindakan anggota polis tu..Sikap polis macam nilah yang kita mahu.Syabas.

    agak kesal tengok sikap mangsa yang boleh menghisap rokok....

    BalasPadam
  16. Assalam,

    Tahniah. Perkongsian entri yg bagus. Syabas pd Abang Polis dan En Mazidul. Anda berdua sangat dihargai.

    BalasPadam
  17. salam...

    tahniah...so touching... im so proud pada encik polis nie...

    BalasPadam
  18. wah..sangat manis muka abg polis nie..hahaha..

    dia memang baik.. :)

    kepada perempuan nanti cari lelaki macam Labi-Labi & Abg Polis ini ye..hehehe

    BlogSHOP : Frollic Shoe MURAH GILER

    BalasPadam
  19. bangga saya, sambil baca entry2 abg mazidul, terjumpa lak gambar rakan seperjuangan semasa sekolah. faizal ni kawan saya haha ! orang jb ni :D

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.