"Masa kejadian tu sebelas meninggal dunia," kata Ismail Saidin.
Saya ke Kampung Kepala Jalan, Kuala Muda, Kedah, antara 6 kampung dilanda tsunami pada jam 1.45 tengahari, 26 Disember 2004.
"Masa tu ada tiga majlis kenduri kahwin. Saya tengah makan nasi, terlepas pinggan," ujar Abdullah Murad.
Saya menemui Ismail, Abdullah dan beberapa rakan mereka di gerai kampung sama pada jam 3 petang tadi.
"Ombak kali kedua tu, saya tengok masa kena tebing, setinggi tiang telefon," tambah Ismail lagi.
Rakan mereka, Adnan Bakar kemudian mencelah.
"Pagi tu dalam pukul 9, gegaran lama, lebih 10 minit. Saya masa tu tolong masak di rumah kenduri, tiba-tiba pokok nyiok bergoyang. Depa tanya, hantu ke dok tolak? Bila ombak kali kedua tu mai, lekang pintu rumah saya, dua anak lari naik (panjat) pokok mempelam dan seorang lagi, umur dia 17 tahun, lari dalam bendang, dia memang lari ikut kaki. Di rumah sebelah dua cucu penakan mati, kena hanyut dek kelebol (air lumpur)"
Jam 6 petang, lelaki berusia 45 tahun melangkah masuk ke gerai.
"Ha! Itu Nasir, dia bergayut kat pokok masa tu!," celah Ismail.
"Saya sempat bergayut pada pokok nona di belakang rumah, pokok tu tumbang, saya hanyut dan berenang di celah rumah, zink bumbung jamban kena leher," kata Nasir Abdul Rahman.
"Masa tu siapa ada di rumah?," soal saya.
"Abang saya, dia lari dan selamat," jawab Nasir.
"Saya pula bergayut pada pokok jambu, saya beli anak pokok tu di Danok. Pokok tercabut, tetapi Alhamdulillah saya selamat. Lepas tu orang kenduri naik ke rumah, kaki depa berdarah sebab kena kaca," tambah Adnan.
Saya ajukan soalan kepada Abdullah.
"Umur encik berapa?"
"Lima puluh lapan, lahir tahun 1953," jawabnya ringkas.
"Nampak muda,'" usik saya.
"Awet muda, seminggu sekali kena minum air nyiok muda," ujarnya sambil tersenyum.
Majoriti mereka bersembang bersama saya, nelayan.
"Saya kahwin masa umur 25 tahun, lepas tu terus jadi nelayan. Anak enam orang, mati dua, cucu ada tiga," ujar Abdullah.
Abdullah turut dikenali sebagai 'Lah Beruk' di kalangan orang kampung.
Menurut Adnan, harga ikan kembung di kampung mereka hanya 80 sen sekilogram berbanding lebih RM8 di Lembah Klang. Bekalan ikan terbabit dikatakan terlalu banyak.
"Ikan hak mahal, kerapu, bawal dan sembilang. Hari ni sembilang RM20 sekilogram," tambahnya.
"Apa beza ikan keli dengan sembilang?," tanya saya kepada nelayan berpengalaman itu.
"Sembilang ada 3 duri, keli hanya ada 2," balasnya.
Di seberang jalan berhampiran gerai, saya rakamkan gambar monumen memperingati mangsa terkorban sewaktu tsunami melanda.
"Sampan hak atas tu, ada orang mati, hak lain tak ada," jelas Ismail.
Kepada pembaca tidak pernah melihat pokok buah saga, saya kongsikan bersama anda.
Oh! Seperkara lagi, berita penting ingin saya kongsikan. Lihat, teman saya, juga penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zulnazri Ahmad, kaget.
Kenapa? Biasalah, kereta diparkir di bawah pokok rendang. Burung pula tidak bertandas.
Lor...gambar last tu , ingat ke tanda lahir...hehe
BalasPadamsemoga semua tu tak akan jadi lagi kat malaysia..dan menjadi pedoman kepada kita semua, InsyaAllah..
BalasPadamanak penakan? bukan anak menakan ke? hehe
Wah, first time tengok pokok buah saga. Macam sarang tebuan pun ada. meremang bulu tengkok.
BalasPadamteringat kenangan masa kecik bila tengok buah saga tu.....
BalasPadamdulu selalu main kutip2 buah saga ni.....lepad tu main congkak ngan batu serembat...
Duduk dikampung memang santai dan kehidupan tenang...
BalasPadamLepas kerja boleh duduk lepak dibawah pokok atau dikedai-kedai kopi - bersembang dan bergurau dengan rakan dan kenalan untuk menambah kemesraan.
Tiada masalah kesesakan jalanraya dan terburu-buru mengejar masa bagi meneruskan kehidupan seharian.
Segala2 nya begitu damai.....
Sukar diduga bencana ini akan datang; jika bukan tsunami; gempa bumi.
BalasPadamBanjir pun tak kurang bahayanya. Bagi orang berada pula suka buat rumah di lereng bukit pun bahaya juga lantaran tanah runtuh. Semua ini ketentuan Ilahi;
Kita pun tak terlepas dari bahaya memandu di jalan raya...! Asyik bahaya mengejar kita. Waspadalah.
Bro..kg tu dah dekat dengan kg saya. Sedih masa kejadian nampak muka2 yang saya kenai diinterview oleh tv3. Rumah kawan-kawan habis ranap.. tinggal tapak jer.
BalasPadamkesiannya.. tapi yg last tu kesian juga.
BalasPadamAik.....sekali org kampung eden la pulak.....hehhehe
BalasPadam