Sabtu, April 23, 2011

Mengapa Harus Menangis Dan Tertekan?

Lumrah alam, setiap kita kerap berdepan pelbagai masalah. Sebilangan dapat kita selesaikan manakala segelitir tidak.

Itu kelaziman.

Ahli politik berpengaruh dan ahli perniagaan kaya raya juga mempunyai masalah mereka sendiri, cuma kita tidak tahu. Lazimnya kita dimomokkan  dengan berita berhubung kejayaan mereka cipta, bukan kegagalan .

Melalui pengamatan, kita akur, kekadang  lebih berpangkat dan mewah hidup manusia,  lebih besar masalah mereka depani.

Masalah jika dipendam, mampu menjadi api dalam sekam. Membakar jiwa secara perlahan mengakibatkan kesengsaraan. Mungkin kerana itu, sebilangan wanita berkongsi masalah denghan teman, dijalin jujuran airmata mampu mencetuskan sedikit kelegaan.

Itu satu daripada pilihan.

Pembaca dipersilakan untuk berkongsi masalah dengan saya dan pembaca lain. Identiti anda tidak akan didedahkan. Pandangan juga nasihat pembaca lain dari latar belakang berbeza mungkin mampu membantu.

Jadi mengapa harus menangis dan tertekan?


 Gambar: Hiasan sahaja :)

Kongsikan masalah anda di sini.

Selain dijadikan platfom melaporkan pelbagai masalah masyarakat, tidak salah jika blog Journalis Maya digunakan untuk membantu sahabat bermasalah.

2 heads are better than one, ini kan jika beratus dan beribu.

What do you think?

10 ulasan:

  1. "2 heads are better than one, ini kan jika beratus dan beribu."

    Saya setuju ungkapan ini.

    BalasPadam
  2. cmn nk cari duit lbh dgn modal zero?pls help me..

    BalasPadam
  3. Usul yang bagus...kadangkala, bila masalah datang melanda, nak diberitahu pada teman, takut teman pecah amanah, bila pendam, bernanah..jadi tak salah kalau bercerita cara begini, rasa selamat sebab tak ada orang kenal identiti diri dan rahsia tersimpan rapi..dan mungkin dengan pandangan dan nasihat secara maya, akan mengubaqt sedikit sebanyak yang terbeban di hati...

    BalasPadam
  4. sekali tenung macam goreng pisang>>selingan gambar

    BalasPadam
  5. bismillah..
    assalamu'alaikum..
    entri cakna yang baik,, semoga ada redha Allah pada niat yg baik dan ikhlas.. ;)
    "2 heads are better than one"..iye benar, cuma andai dipulangkan masalah kita itu kpd yang menciptakan masalah serta yg menciptakan kita, itu pasti lebih baik...Allah knows better than us! =)

    BalasPadam
  6. Salam Mazidul,

    Terima kasih kerana memulakan perbincangan tentang hal ini.

    Mungkin kita merasa sedih kerana kesulitan, tragedi peribadi, masalah keluarga, gangguan fizikal atau penyakit, atau depresi. Mungkin kita marah. Mungkin kita mengalami hari yang benar-benar buruk.

    Perbezaan utama antara orang yang sangat bahagia dan orang yang kurang-bahagia adalah hubungan baik.

    Kesepian dikaitkan dengan risiko tekanan darah tinggi.

    Apa yang perlukan adalah untuk mencari seseorang untuk mendengar kita dan kita mulai merasa lebih baik.

    BalasPadam
  7. Sy lbh suka menyepi..sbb bila kita meluahkn walau pd teman baik or kuarga kita seolah2 meminta simpati mereka walau niat hati sekadar berkongsi mslh & rasa..

    BalasPadam
  8. ya setiap manusia butuh sharing. minimal hanya menjadi pendengar atau pembicara saja agar dapat mengurangi beban sesama

    BalasPadam
  9. setiap manusia butuh tempat curahan rasa, ada yang menyendiri dan ada yg hanya ingin didengar, ada yang juga ingin sharing. aku adalah salah satunya...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.