Ahad, April 03, 2011

Tonton Blue Film Di Parlimen?

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan ketulenan rakaman video seks kini terus hangat diperkatakan.

Untuk rekod, video lucah mudah diperolehi di negara kita samada di pasar malam, premis jualan tetap ataupun dari penjual cakera optik mobile, bergerak dari meja ke meja di banyak tempat makan. Pelakon filem tulen itu membabitkan antaranya warga Amerika Syarikat, Jepun, Russia, Vietnam dan Perancis.

Malah rakaman video lucah dilakonkan remaja tempatan juga  didapati bersepah dimuatkan di dalam blog, boleh ditonton secara terbuka. Lokasi rakaman, pelbagai, di dalam bilik hotel, atas motosikal mahupun di tangga bangunan.

"Local punya ada?"

Itu antara soalan favourite dikemukakan sebilangan pelanggan kepada penjual cakera optik lucah. Barangkali mereka sudah bosan menonton filem lucah terbitan negara barat dan  negara Asia lain mula membanjiri negara kita sejak awal tahun 80 an dalam bentuk VHS.

Biarpun harga sewaan video lucah tempatan dilaporkan lebih mahal pada waktu itu,  pelanggan tidak begitu kisah, asalkan dapat menonton.

Jelasnya mereka lebih tertarik ingin menonton filem lucah lakonan bangsa tempatan mungkin kerana dianggap lebih 'dekat' dengan penonton.

Hari ini, akhbar tempatan memaparkan cadangan rakaman video lucah dikata membabitkan pemimpin parti politik terbabit dipertontonkan di parlimen.

Mesti ramai berminat untuk menilai dan mengenalpasti identiti pelakon sebenar rakaman video seks terbabit.

24 ulasan:

  1. bilalah nak habis cerita ni..

    dah tak ada kerja lain ke sekarang ni?

    banyak lagi hal rakyat yang sepatutnya diutamakan

    BalasPadam
  2. Kat Parlimen tu ok lagi kot. Sebab tertutup. Tapi aksi kencing tgh jalan aduhai... naik pelik kita dibuatnya. Jom baca di entri terbaru saya siap bergambar bagaimana Orang kencing tengah jalan

    BalasPadam
  3. memang bodoh la kalau buat macam tu...lepas ni kat mana2 pun boleh tayang...orang ramai akan persoalkan benda nie..

    BalasPadam
  4. Otak terbalik nampaknya,
    kan elok tontonkan di Parlimen dulu kemudian Corcosa, lepas itu ke Pawagam.

    BalasPadam
  5. Zeq, pawagam? Ada ke sesiapa nak tengok cerita Melayu?

    BalasPadam
  6. Tak perlu kot rasanya tayang kt parlimen, klu nk tayang pn tempat lain lah, parlimen kena jaga, jgn sampai nanti orang ramai akan pertikaikan perkara macam ni... kena pk panjang...tak sokong dgn idea tu!

    BalasPadam
  7. Sekarang ini memang berlambaklah cd lucah.. Serius.. Kat Miri kan, boleh je kedai jual cd/dvd cetak rompak kat shopping complex.. Pelik~

    Entry Terbaru 1 : Akademi Fantasia Minggu Pertama ; Amir AF9 Gay?
    Entry Terbaru 2 : Persoalan Tentang Maharaja Lawak

    BalasPadam
  8. Sdr Maz n semua, saran gomen luluskan tayangan di PWTC, tiket Rm10 seorang.
    Ada 5 partai di Malaysia, Umno dah ada 3 unit(pemuda putri dan Umno bahagian), 3 buah bas wakil dari sebuah negeri.. Pkr 3 Buah bas (kaya kaya)

    BalasPadam
  9. Ops..Budak2 remaja tak Hingin tonton video tersebut alasan Hitam putih, bg orang2 tua je tengok.

    BalasPadam
  10. Muahahahaaaaaa...!!!

    Taukeh kedai : "Saya jual vcd lucah talak salah ma..."
    Halimunan : "Siapa cakap awak jual tdk salah?" (nada marah sambil mata terbeliak).
    Taukeh kedai : "Kalau boleh tengok, mesti boleh jual lorrr..." (nada eksen sambil senyum senget).
    Halimunan : "Siapa kasi tengok hah...?"
    Taukeh kedai : "Haiyaaaa... U x tau meh? Sana Parlimen sudah tengok maaa..., U kena rajin baca paper ka, baca blog ka... U jgn titon manyak wooo..."
    Halimunan : "Errr... ya ka?" (sambil mata terkelip-kelip).
    Parlimen?

    Lps ni jgn anak2 tgk tayangan lucah bagi alasan yg sama, Ibu & Bapa terkedu x tau nak jawab - Watch out our kids

    BalasPadam
  11. Moralnya kalau citer blue hitam putih tak best hehehe...
    New Entry "Gambar erotik Elizabeth Taylor"

    BalasPadam
  12. hahaha... kalau idea ni diterima untuk ditayangkan di parlimen... pastinya YB-YB... full house..tak nak lepas peluang menonton..
    yang nak bercuti pun postphone dulu...

    BalasPadam
  13. Sangat setuju dengan pendapat ibuintan, banyak lagi isu lain yang lebih penting boleh bincang kat parlimen ni terutama hal berkenaan rakyat. Saya baca fungsi Parlimen di laman web mereka tak de pun tulis pasal parlimen tempat untuk tonton video skandal seks ke apa...

    BalasPadam
  14. setahu saya menyimpan dan menonton video lucah adalah satu kesalahan.

    teringat lagi lebih kurang 10tahun yang lalu dimana polis akan membuat pemeriksaan rambang terhadap remaja2 yang memiliki telefon bimbit untuk mengekang penularan video lucah.

    sekarang apa dah jadi pihak kerajaan sendiri yang menyimpan dan menonton video lucah.agaknya tak banyak sangat kot masalah rakyat yang nak diambil berat.

    nota:membuka aib seseorang itu merupakan dosa besar.

    BalasPadam
  15. skrip filem pertama melibatkan budak pejabat dah tak jadi.

    jadi bikin skrip filem lainlah pula.

    apalah mereka ni? dah muntah berlori-lori kita tengok lakonan konspirasi mereka.

    BalasPadam
  16. benci knp org suke sgt tonton benda2 melemahkan akal mcm ni

    BalasPadam
  17. buang masa je...banyak benda lain yang lebih patut diambil kira...

    *tak menyokong mana-mana pihak, cuma menyampah dengan politik yang nak menjatuhkan sesama Islam..sama je semuanya...*

    BalasPadam
  18. Maaf sangat2... Muak dah baca paper balik2 video lucah..liwat, rogol semua berita muka depan terpampang besar2. Itu jugak idea minda org Melayu berpolitik. Haiyaaah malu sama itu Ah Meng dgn Mutu. Melayu terus layuuuu. Ampun.

    BalasPadam
  19. Kenapa pemimpin kita banyak hal dengan massalah moral. Kes di PD dulu pun dengan pemimpin juga. Yang 2 orang polis bunuh Altantuya pun dikatan ada kaitan pemimpin juga. Kes Sex ini pun ada kaitan pemimpimpin juga termasok yang promosi tanyang di Carcosa. Apa nak jadi dgn Malaysia ni.

    BalasPadam
  20. dari pada dok sibok siasat dan tengok pasal video sex tu lebih baik lah siasat pasal kastam yang belasah duit rak yat yang berjuta2 tu...bengap betul lah dia org semua ni...

    BalasPadam
  21. Ha ha ha...Ahli Parlimen pun minat tengok 'blue-film'?
    Filem @ video lucah ada dimana-mana.
    Begitu mudah didapati dan ia amat digemari dan dicari2 terutama oleh golongan muda / lelaki.

    Jangan lah masalah sosial remaja2 menjadi bertambah buruk menambahkan lagi keburukan yang sedia ada, akibat dari berleluasanya kewujudan 'blue-film' dinegara kita....

    BalasPadam
  22. aik penayangan video lucah besar-besaran nampaknya.. sampai ke parlimen plak dah

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.