Khamis, April 14, 2011

Terima Kasih Puan Aniza!

Bersikap kasar, berbahasa kesat dan enggan menggunakan meter antara sikap buruk seringkali dikaitkan dengan pemandu teksi.

Ya! Kita tahu, bukan semua pemandu teksi bersikap sebegitu.

"Saya memang suka bawa teksi, enjoy," katanya.

Saya bertemu pemandu teksi, Aniza Jamil, 40 tahun, anak kelahiran Alor Gajah, Melaka sewaktu menaiki teksinya tengahari semalam.


Menurutnya, dia bekerja di antara jam 5 pagi dan 8 malam setiap hari. 

"Suami saya pun bawa teksi juga. Bukan apa encik Mazidul, duit bawa teksi boleh juga buat belanja anak sekolah, bantu suami," ujarnya.

Dia mula memandu teksi sejak lebih 10 tahun lalu.

"Kalau pemandu teksi, rajin dan jujur bekerja, berapa purata pendapatan sebulan?," soal saya.

"Seribu, dua ribu boleh dapat. Macam saya, target sehari RM170. RM50 bayar sewa teksi, RM20 simpan untuk maintainance, kita bawa teksi tak menentu, kekadang rosak," tambahnya.

Dia mesra berkongsi antara pengalaman hidup dilalui.

"Sebenarnya saya dah dapat permit sendiri, saya pergi minta. Masa tu suami saya pun tak tahu," ujar ibu kepada 5 anak itu.

Anaknya berusia di antara 8 dan 20 tahun.

"Saya pernah kena tipu, bawa penumpang Cina ke Kepong, bila sampai di kawasan tempat tinggal, dia keluar dari teksi, lari macam itu sahaja. Kita nak ikut, tak berani," katanya.

"Berapa tambang sepatutnya dia bayar?," tanya saya.

"Tujuh ringgit setengah tetapi saya percaya, rezeki manusia ada di mana mana. Masa itu kita rugi, mungkin tuhan nak bagi rezeki di tempat lain," balasnya.

Kurang 15 minit bersembang, saya tiba di lokasi tujuan. 

"Ha! Itulah, saya sibuk sangat bersembang, sampai terlupa nak tekan meter," keluhnya.

"Tak apa puan, saya tahu berapa tambang," balas saya.

Saya hulurkan duit tambang kepadanya, ditambah jumlah wang tidak dibayar penumpang melarikan diri sebelum ini.


Terima kasih puan Aniza!

30 ulasan:

  1. Pastinya Pn Aniza juga berterima kasih dengan Sdr.

    Kerja apa pun, risikonya tetap ada.

    BalasPadam
  2. Baiknya dia, aman .nama baik pemandu.
    Baguz kalau anggap rezeki 10sen atau 2juta, siapa yang bagi pinjam.

    "Saya makan gaji"

    BalasPadam
  3. Syabas! Tahniah Puan Aniza.
    Tak ramai wanita berani mcm dia nak bawa teksi di tengah bandar kota yang mencabar ini.

    Semoga beliau terus bersemangat, dimurahkan rezeki, dijauhi dari perkara tidak elok...

    mencari rezeki utk keluarga.

    Tingin nak jumpa dia kalu tahan teksi kat mana-mana nanti...:)

    BalasPadam
  4. "Ha! Itulah, saya sibuk sangat bersembang, sampai terlupa nak tekan meter," keluhnya.

    BalasPadam
  5. kalo la semua pemandu teksi camni, takla seram tiap kali naik teksi~~~

    BalasPadam
  6. cukup salute ngn driver teksi wanita... sbb tak ramai org blh bt keje mereka yg mencabar

    BalasPadam
  7. murah rezeki puan aniza..cayalah abg mazidul..:)

    BalasPadam
  8. Saya pun suka dgn pemandu teksi yg peramah... nak bayar tambang pun rasa lapang + ikhlas je.

    BalasPadam
  9. penumpang pon tak kedekut duit kalau ramai pemandu teksi baik dan jujur mcm pn aniza nie..

    well done

    BalasPadam
  10. aduh..tiba2 jer tersentuh dengan posting ini. semoga abg mazidul dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  11. susah nak jumpe pemandu teksi yang jujur skrg.Semoge rezeki pn Aniza makin bertambah....

    BalasPadam
  12. Rezeki kita Allah yang tentukan. Kalau ingat tu, hati jadi tenang tapi kita jangan pula malas untuk berusaha.

    BalasPadam
  13. pengalaman di guanzhou china, pemandu teksi sibuk belajar mengira.. 1..2..3..4..5 apabila tau kami dari malaysia. chong wei no 1, lin dan no 1 katanya.
    bersungguh mahu mengira 1 hingga 10. diulang berkali-kali. kalau dia terlupa, dia bertanya. rasa seronok juga apabila dia bersikap begitu.
    tapi sedar2 dah kena tipu. dia bawa jalan lebih jauh. kami tau ditipu apabila bayaran untuk teksi yang dinaiki oleh sahabat lain lebih murah.

    BalasPadam
  14. moralnya banyank perkara isteri buat tanpa suami tahu..

    sila buat lagi.

    >>>>Pengalaman<<<

    BalasPadam
  15. alhamdulillah...pemandu teksi yang jujur dan berhemah...belum pernah lagi saya dpt menumpang teksi pemandu wanita

    BalasPadam
  16. mencari mrezeki dengan jujur..dan niat mmbesarkan anak2 dgn rezki yang halal...tu yang murah rezki.

    BalasPadam
  17. Saya nak berkenalan dengan Pn. Aniza boleh? :)

    BalasPadam
  18. wanita tabah. en mazidul ada ambil no tepefon dia tak?

    BalasPadam
  19. Tahniah Pn Aniza...bukan senang nk jumpa org perempuan bwk teksi ni...
    Bukan senang nak cari rezeki yg halal...byk dugaannya.
    Semoga tabah selalu.

    BalasPadam
  20. mcm2 perangai manusia.. begitu juga ragam pemandu teksi.. dalam ramai2 ada juga yg baik.. ada juga yg buat onar.. hari2 saya mendengar keluhan dan kisah pemandu teksi ni.. sbb my hubby juga seorang pemandu teksi.. ragam penumpang pun pelbagai warna ada..

    BalasPadam
  21. saya pernah kena tipu dengan pemandu teksi perempuan... tambang yg patutnya hanya dlm 3 ringgit, dia kata lupa nak pasang meter, charge saya RM7, saya minta RM5 jer, dia kata boleh, tp bila bayar, kebetulan plak duit saya agak besar, dia ambik RM7 jugak... hampeh punya kakak teksi...

    BalasPadam
  22. jika tidak silap saya...puan aniza ini sebelum ini bertugas sebagai jurujual/pemandu van dengan syarikat british american tobacco(rokok Dunhill).

    BalasPadam
  23. saya biasa naik teksi dapat pemandu yang jadi peramah sebab saya suka bersembang, pernah terjadi..pemandu tu mcam rasa tak puas bersembang dgn saya walau pun lokasi tujuan saya dah sampai. dia harap dapat berjumpa saya lagi, sembang2. erkk...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.