Rakan sekerja mendakwa saya selalu meneka secara rambang.
Tidak lebih daripada itu.
Namun mereka akur, majoriti telahan saya berhubung fakta berkaitan individu tidak pernah saya temui sebelum ini, 80% tepat.
Sebentar tadi secara rawak, saya menyapa gadis berusia 19 tahun di ruang chat Facebook. Saya perhatikan gambarnya. Hati kecil saya berbisik, jiwa dia sensitif dan mudah menangis jika dimarahi teman lelakinya.
Benar, kata gadis itu.
Saya teliti pula gambar wajah teman lelakinya, naluri berkata, dia lelaki baik. Maksudnya setiap kali sebelum terbabit melakukan perbuatan bercanggah dengan tuntutan agama, perasaan bersalah terbit di jiwanya.
Saya katakan kepada gadis sama, bilangan adik-beradiknya, 4 orang.
Yeah! Tepat! Itu ujarnya. Sedangkan saya boleh meneka 2, 3, 5, 6 atau 7.
Bear in mind, I don't even know who you are, itu mesej saya taipkan.
Saya sendiri kurang faham, barangkali Allah menganugerahkan saya kelebihan tidak diduga
Sejak mencecah usia 40 tahun, gerak hati semakin kuat dan bertambah tepat. Setiap kali merenung wajah individu tidak pernah saya temui dan kenali, secara automatik otak saya mampu menggambarkan visual reaksi individu sama antaranya apabila dia marah, merajuk dan ketakutan.
Gambaran reaksi itu secara spontan saya terjemahkan ke dalam bentuk luahan kata-kata
Percaya atau tidak, sebelum ini sebilangan mereka saya temui berasa sangsi dan ketakutan apabila banyak fakta berhubung diri mereka saya teka tepat. Walhal saya hanya sekadar melontarkan kenyataan tergambar di fikiran secara bersahaja.
Entah.
Mungkin kerana saya telah bertemu jutaan manusia berbeza rupa dan sikap. Otak kemudian membina database dijadikan rujukan dan perbandingan setiap kali saya bertemu individu tidak pernah saya kenali.
Kekadang terasa pelik.
Amat pelik.
Mungkin kerana itu terlalu sukar untuk saya mempercayai dan menerima manusia mampu saya gelar sebagai sahabat.
Syukurlah dengan kurniaan tuhan itu.
BalasPadamSahabat memang sukar zaman sekarang tetapi kawan memang mudah dan senang dicari.
Pengalaman hidup sesuatu yang mahal dan pastinya ia tidak akan kita pelajari dari mana-mana universiti melainkan universiti kehidupan.
Hargailah kurniaan itu. :)
BalasPadammas pun rasa kemungkinan kerana en mazidul berjumpa entah berapa ramai manusia yang berbeza rupa dan sikap....
BalasPadamjadi en mazidul dengan spontannya
dapat membaca @ meneka seseorang tu walau pun baru jer en mazidul kenal....
Macam cerita Criminal Mind ..
BalasPadamAnyway, saya percaya, setiap insan itu ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Dan inilah kelebihan saudara Mazidul. ;)
syukur dgn kurniaan Ilahi..
BalasPadammungkin dh sampai seru utk jadi bomoh atau pawang yg hebat..hehehehhe
BalasPadamgurau jek.hehhee
hahahah...sama la...
BalasPadamsuka teka umur org..80% kebanyakan nya betol...
Bro
BalasPadamMemang saya akui, Bro dianugerahkan keistimewaan yang agak hebat. Mana tak nya, apa yang Bro cakap pasal aku, semua betul, padahal kita tidak pernah bertemu lagi masa tu. Kira kira 5 tahun dahulu. Hebat. Jarang orang dapat anugerah sedemikian rupa. koh koh koh!
wah, macam ada early premonition
BalasPadamen mazidul dapat menguasai "six sense", tahniah !! macam sy dah pergi kursus pun belum dapat menguasai sepenuhnya deria ke enam.
BalasPadamsemakin ramai yang kita temui makin byk pengalaman yang boleh dikutip.. sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran kita.. itu pandangan saya..
BalasPadamanugerah yang tak semua orang dapat.
BalasPadamWah! The 6th sense tu kalau digunakan dgn baik byk manfaatnya tu.
BalasPadamKalaulah saya dikurniakan kelebihan itu dapatlah saya jadi 'CCTV' - mudah memantau karenah anak2 & keluarga. Eh, lain kali jumpa dgn En. Mazidul saya nak 'menuntut' boleh? Nanti saya tanyakan dgn Isteri saudara yg terchenta bila blh bertemujanji ya. Pengerasnya, Sambal tumis - blh buat cicahan Murtabak Raja...
Tak rugi pun kalu takda sahabat.
BalasPadamSebaiknya, berbuat baik pada semua orang termasuk musuh.
InsyaAllah, yang bukan dinama sahabat pun akan menolong kita suatu hari nanti.
Abang..itu maknanya Allah bagi keistemewaan kepada abang..
BalasPadamso gunakannya dengan sebaik mungkin..
:)
BlogSHOP : Frollic Shoe MURAH GILER
nasib baik kite tak friend kat fb en mazidul hihihi~
BalasPadambang lupa nak tengok saya punya perwatakan rtu.. hehe
BalasPadam