Barangkali ramai tidak pernah mendengar nama Kampung Pelet di Sungai Dua, Pulau Pinang.
Kenalan sewaktu di Miami, Florida, Mohd Yusof Muhamad Don, 45 tahun membawa saya dan rakan, Zulnazri Ahmad ke Puncak Mutiara Cafe. Tempat makan terbuka dikunjungi ramai pelanggan di Kampung Pelet.
Indah, bersih dan dihias secara kreatif. Jiwa tenang bersembang bersama kawan lama.Untuk rekod, kami tiba di kafe terbabit pada jam 9.30 malam.
Kami memesan makanan sama, nasi beriani kambing dan minuman memandangkan kekangan waktu kerana harus menyambung kembali perjalanan ke Georgetown. Kata orang, kalau mahu makanan cepat dihidangkan, pesan menu sama, mudah tukang masak menyediakan sekaligus semua.
"Bawa ais kosong sekali," pesan saya.
Ais kosong dan makanan tiba dan dihidangkan di meja pada jam 10.10 malam. Agak malang, servis di kafe itu lambat.
40 minit menunggu untuk membasahkan tekak dengan ais kosong.
Oh! Penghantar air, warga Bangladesh.
"Sebab apa kena tunggu 40 minit mahu dapat ais kosong?," tanya saya.
Seperti biasa, dia tiada jawabannya. Lagipun, barangkali pekerja warga asing terbabit tidak memahami budaya kita. Lazimnya jika terlewat menghantar makanan atau minuman, pekerja warga tempatan memiliki kaedah perhubungan awam terlatih akan berkata ...
"Maaf encik, terlambat sedikit"
At least.
"Permit ada ke?," usik saya.
"Mesti ada, sini karja, parmit tarak, tak boleh," balasnya.
Jika benar dakwaannya, saya puji tindakan pemilik premis berstatus datuk itu.
Gambar berikut dirakamkan sebelum makanan dipesan disajikan. Bukan sakit perut atau berhasrat menunjukkan otot bak ahli bina badan, perut kosong.
Selepas makan, saya bertemu pengurus kafe.
"Tadi ada masalah sikit, order semua tak boleh masuk," katanya.
Terus terang, saya tidak memahami maksud kenyataannya.
"Beginilah, tempat ini cantik, ramai pelanggan, kalau ada masalah di belakang, apa perlu you buat?," soal saya.
Dia terdiam.
"You sepatutnya cuba berjumpa customers, jalan dari meja ke meja. Just to say sorry sebab servis lambat, bukan lambat 15 minit, lambat 40 minit. As a manager, bila kita buat begitu, sekurang-kurangnya majoriti customers akan berasa selesa dan senang hati. Bayangkan, apa dia orang kata? Oh! Servis lambat sebab ada masalah, manager datang minta maaf. Pada masa sama customers boleh membuat keputusan samada nak terus menunggu atau beredar, pergi makan ke tempat lain," jelas saya.
Bukan khutbah, sekadar perkongsian maklumat.
Di tepi meja kami, 2 gadis berusia 18 tahun sabar menunggu.
"Beli chicken chop untuk makan dengan family," kata mereka.
Beberapa minit kemudian, makanan dipesan tiba untuk dibawa pulang.
"Lama menunggu?," tanya saya.
"Tak," kata gadis di sebelah kiri.
"Datang tadi pukul berapa?," soal saya lagi.
Lebih kurang 9.30 (malam)," balasnya.
"Sekarang pukul berapa?," tanya saya sambil tersenyum.
"10.30 (malam)," sampuk rakannya.
Spontan kami bertiga tersenyum bersama.
Mereka masih muda, banyak masa untuk menunggu.
Apapun, terima kasih Yusof kerana sudi membelanja kami. I really appreciate that. Kami bertemu pada summer 1989 dan kini tahun 2011.
Banyak tahun berlalu, Allah mempertemukan kami semula, so wonderful.
Khususnya kepada remaja di Pulau Mutiara, jika ingin bekerja, peluang terbuka.
bro mazidul mohon link kan blog kami kat sini.tq blog bro already link here
BalasPadamhttp://malaysiandotcom.blogspot.com
Kata orang, order menu sama, cepat boleh gunapakai..
BalasPadamOrang muda byk masa menunggu? Lambtpenuaian
Warga asing lagi, ke mana semua rakyat kita? Pelayan kedai makan, tukang masak, pengawal keselamatan, pekerja stesen minyak, operatif pembersihan, tukang kebun dan profesion2 lain, semua warga asing kalau ada rakyat kita pun amat-amat minoriti. Kalau semua sektor pekerjaan macam ni dipenuhi mereka, agaknya rakyat kita semua kerja profesional. Tapi yang peliknya bila saya tonton Bersamamu masih ada rakyat kita yang dibelenggu kesempitan hidup, kerja kutip sampah.
BalasPadameh?encik mazidul datang kampung pelet?saya duduk area situ juga..tapi di taman guar perahu..^_^
BalasPadamservis di situ memang sangat-sangat-sangat lambat..dah banyak orang komplen..tapi tetap takde perubahan..ntah la..managing skill takde kot..T_T
Apa yang selalu praktik bila terasa terlalu lama menerima pesanan yang dibuat, saya akan jerit "Kak, dah 2 hari saya duduk sini air tak sampai lagi".. hehehe. Kelam kabut dorang akan hantar kita punya order.
BalasPadamkelambatan mendapat order..faktor utama untuk tidak datang bt kali kedua~
BalasPadamtak cukup pekerja kot, tu pasal lambat. tapi mmg boleh mendatangkan marah kalau perut terlalu lapar, atau tiba2 order gadis2 di sebelah tu yang sampai dulu. :)
BalasPadamSalam mau tercekik kalau makanan dulu samapai :) tak minat juga kalau servis macam siput baby :)
BalasPadamNew Entry "Miera Leyana Seksi - tetap menjadi pujaan."
saya kini ikut stail adik ipar..
BalasPadamkalau makan di luar, tanya dulu pada pelayan yg ambil order.. boleh tak makanan siap dalam masa setengah jam.. kalau katanya boleh .. kami order kalau tak angkat punggung cari tempat lain
Kalau tokey nak untung byk, pekerja kurang...
BalasPadamSalam Tuan mazidul, Saya ambil gamnbar kedai yang tuan tangkap tu sekeping dan masukkan dalam blog saya. Harap diizinkan. Terima kasih. (x ITM sekali dengan U)
BalasPadamKalau saya, saya tanya - ada kerja kosong tak? Sebab saya order lambat sangat, mesti tak cukup kakitangan. hahaha
BalasPadamnasib baik xh pe pi untuk berbuka puasa...Saya dan keluarga kali pertama pergi bulan puasa tahun lepas...kedua org anak saya excited sangat...belum apa2 lg waiter dah cakap...buffet fully booked....dtg jam 9 mlm untuk ala cart.....spoiled..langsung tak pi sampai sekarang
BalasPadamsalam... kali pertama sy post kat wall abg mazidul...
BalasPadamcite kat kedai tu, mmg hampeh. sy anak dan isteri dah pnh gi, itu kali pertama dan terakhir :
1. mahal, tak padan, tak bervalue dgn apa kita dpt
2. kotor. kami duduk kat wakaf. ada kesan nasi tumpah. klu nasi baru xpe, ni nasi dan tulang ayam yg dah kering. nmpak sgt dah lama x cuci
3. tak sedap mana pun, indah khabar dari rupa
4. kotor, abis baju putih baby kotor bila kena lantai
5. try tgk kat bwh wakaf, tisu merata-rata
ntah.... sy mmg x suka kedai tu. dan sy akan boikot...
sy duk penang tapi tak pergi pun lagi..hehehe
BalasPadamPendedahan Exclusive : Penyanyi Islam Membidas Mufti
Tutorial : How To Pay Using Maybank2U
BlogSHOP : Frollic Shoe MURAH GILER