Deretan kedai dan kawasan perumahan di SS2/3 Petaling Jaya, Selangor bergelap sejak jam 7 malam tadi.
Mengapa? Peti agihan 415 volt dilanggar kenderaan diparkir di tepi jalan.
Jika rakyat Amerika diganggu hantu, mereka menghubungi Ghost Busters. Jika kita di Semenanjung Malaysia terputus bekalan elektrik, tahu nombor telefon harus dihubungi? Ha! Ha! Ha! Mesti tidak ramai ingat.
Kakitangan Tenaga Nasional Berhad, TNB tiba di lokasi termasuk beberapa juruteknik bertugas 24 jam bagi memastikan orang ramai terus menikmati bekalan elektrik. Dalam kes terbabit, bekalan elektrik dari tiang utama disalurkan terus untuk menerangi kawasan sama buat sementara waktu sebelum kotak agihan diperbaiki.
"Wow! Kuat sungguh kereta melanggar kotak ni sampai tumbang," komen saya.
"Kereta tu langgar dari sisi," balas kakitangan TNB.
Kita lihat gambar mereka bertugas, saya rakamkan.
"Ini Honda CRV, pukul 6 petang itu macam langgar sama itu kotak," ujar lelaki cina berseluar pendek kepada kakitangan TNB di lokasi.
Pantas saya merakamkan semula gambar kenderaan terbabit dari skrin telefon bimbit lelaki sama.
mak aihh..naya2...habih tumbang camtu sekali...
BalasPadamHikayat Lubang Najis: Orang Melayu Mesti Baca!!!!
lady driver ker?
BalasPadamLinda, dilaporkan lelaki Melayu berusia lingkungan 40 an.
BalasPadam415V busbar terdedah macam tu utk beberapa jam memang bahaya... mungkin orang ramai lambat buat laporan ke TNB... jadi, apa nasib pemandu yg melanggar distribution box tu bro Mazidul? langgar lari?
BalasPadammungkin lepas nih kotak TNB nih kene letak penhadang besi untuk mengelakkan dr dilanggar sbb boleh menyusahkan org ramai kalo dilanggar...rakyat malaysia nih ader jugak yg tak paham atau buat-buat tak paham tanda dilarang parking dekat utilities mcm nih
BalasPadambukan x ingat..rasanya ramai yg xtahu atau buat xtahu ttg talian careline TNB
BalasPadam