Isnin, April 25, 2011

Apabila Isteri Marah ...

Wanita marah didorong pelbagai sebab. Tidak perlu dihuraikan faktor penyebab  terbabit kerana saya percaya setiap lelaki pernah dimarahi wanita samada lelaki itu masih bujang atau berumahtangga. 

Jika bujang dimarahi kekasih, jika berkahwin dimarahi isteri.

Namun dalam tampalan ini, biarlah saya fokuskan kepada pasangan sudah bernikah secara sah, suami dan isteri.

Isteri marah, jika tidak dilayan, sekaligus dia berasa tidak dipedulikan.  Lazimnya tindakan itu akan membuat dia menjadi lebih marah.

Andai dilayan, marah isteri semakin meluap sekaligus suami terpaksa menahan telinga mendengar pelbagai tuduhan, tidak tentu kesahihannya.

Ya, itu antara sikap diamalkan majoriti isteri (bukan semua wanita). Mereka  cenderung melontarkan kenyataan biarpun belum dipastikan kebenarannya. 

Dalam keadaan 'diserang', apakah tindakan paling bijak boleh dilakukan suami?

Soalan cepu emas.

Bertenang dan tunjukkan kepada isteri terbabit, kenyataan dia didengar tetapi tidak semestinya dipersetujui. Jangan sesekali memandang ke arah lain, dinding, siling atau televisyen kerana tindakan itu kelihatan mencabarnya. Renung wajah isteri sambil bisikkan ke dalam hati ...

"Masa bercinta dulu, manis dia ni. Masa baru kahwin, tidak pernah hilang seri wajahnya. Bila dia menjadi ibu, senyumannya pengubat kesedihan anak-anak"

Barangkali, ingatan sebegitu sedikit sebanyak mampu mengawal perasaan marah suami sekaligus menenangkan jiwanya.

Apapun, biarkan isteri bercakap dan 'berkhutbah' buat seketika dan kemudian carilah alasan bertujuan mengalihkan pandangannya.

"Abang nak pergi mandi sekejap. Lepas tu kalau awak nak sambung marah lagi, bolehlah"

Kenyataan itu boleh dicuba tetapi saya tidak menjamin kesannya.

Mungkin berkata ...

"Sayang, abang nak mandi dulu, solat dan lepas tu nak keluar minum sekejap"

... lebih baik kedengarannya.

Jika selalu lelaki mandi 15 minit, cuba mandi 30 minit. Lebih lama  tempoh mandi, lebih baik kerana durasi terbabit, ruang masa untuk hati wanita menjadi sejuk biarpun marahnya tidak mungkin terhenti di situ.

Kita semua tahu hakikat sebenar, hati wanita lembut, cuma kekadang mereka melenting apabila berasa tercabar.  Itu lumarah jiwa mereka, lebih sensitif berbanding jiwa lelaki.

Selepas mandi, jika berpeluang, keluar dari rumah.

"Abang keluar dulu, nak pergi minum Milo ais. Jiwa panas kalau dilayan nanti terbakar, bimbing pula awak hangus sekali"

Sekali imbas, ayat itu kedengaran ditujukan untuk lelaki tetapi sebenarnya  mengandungi mesej tersirat kepada isteri.

Jika wanita terlalu taksub melayan amarah, akibatnya pasti tidak molek kepada perhubungan rumahtangga.

Sebaiknya, tunggu isteri tidur terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Ketika dia lena, peluklah dia. Jika ditolak, itu tindakan dijangka, maksudnya perasaan marah masih  menebal di dalam dirinya.

Bersambung ...

17 ulasan:

  1. Kahkahkah,....kata ayah saya,..lebihkurang cam tu jugak...start moto,..pi lepak kedai ,..pekena teh,...lepas tu beli mee goreng ,...bungkus,,,,nasib le...kalau ribut reda,..kira ok le...kalau tak,..tidor luarle jawabnya,..bergantung kpd. apa jenis kes yg dimarahi,...inilah asam garam rumahtangga,....biasalah tu,..lebih2 lagi kalau bendera merah tengah naik!!!

    BalasPadam
  2. masa bebaru kahwin
    sya marah suami, memang geram sesangat, tak peduli dah
    keluarlah segala isi hati
    maklumlah mengikut api kemarahan

    nak tahu apa ensuami buat?
    dia keluar rumah untuk tenangkan keadaan

    bila dah reda
    enaasuami kata
    memang apa yg sya luahkan ada kebenaran,
    tp alangkah baiknya dia tak tahu katanya
    sbb kata2 yg kita luahkan akan terus berbekas di hati

    betul kata orang tua
    terlajak perahu boleh di undur
    terlajak kata....?

    tp semua tu pengajaran
    sedangkan lidah lagi tergigit kan?

    BalasPadam
  3. Hmm..jarang marah..tapi kalau datang marah...bisa jugak laaa...kalau jadi macam tu, suami saya buat bodooohhh jer...dia keluar ngeteh...
    *kalau dia lambat balik lepas kena bom , mulalah cuak..ha ha ha....*

    BalasPadam
  4. Cikgu Nurin, boleh bom tetapi jangan pakai bom nuclear.

    Bahaya kerana banyak mangsa terkorban, tengok apa jadi kepada Nagasaki dan Hiroshima.

    :)

    Glad that you are still blogging.

    BalasPadam
  5. Inyaallah..saya guna bom angin je...ha ha ha...

    Alhamdulillah...saya masih ada, cuma sibuk dengan exam yang baru habis semalam...maklumlah belajar,kerja,surirumah,mak...gila kuasa tu...

    Terima kasih sudi baca blog saya yang merepek tu...:D

    BalasPadam
  6. Saya pernah marah(n memang dia buat tak tau aja) sampai sy bw keluar 3 kotak baju dan masuk dlm bonet kereta.

    Sebelum itu siap salam cium tangan suami dan minta izin dgn dia nak keluar(tp hati panas ,tak terpikir pun nak ke mana).Sy kuar sbb rasa mcm tak diperlukan(lebih kurang sama aja spt entri abang Mazidul)..

    Bila dah malam,suami telefon dan tanya 'dah sejuk?jom makan!' Sy memang kalah dgn ayat dia tu. So pi mkn dan dia sempat tanya 'tak ada rumah ke ?tak mau balik ke?'

    So sy rasa suami2 semua kena beri perhatian lebih bila isteri marah..

    BalasPadam
  7. perempuan kalau bercakap memang hanya ikut emosi.. lebih2 lagi time marah. tak pikir apa yg dikatakan, hanya sebut apa saja yg terkeluar dr mulut~

    BalasPadam
  8. emm pernah ke saya marah yer? normally kalau marah pon saya nangis jer... saya susah nak keluarkan kata2.

    BalasPadam
  9. Bro Maz...kekadang sering terlalai...bersyukur sangat kerana dikurniai seorang isteri yang sentiasa mengingatkan...

    BalasPadam
  10. kadang2 tu bila ditegur dgn cara biasa... teguran kita tu tak berapa terpahat sgt dlm otak dia tu. and so dia akan sentiasa ulang buat perkara yang menyakitkan mata atau hati isteri tu. jadi... bila dah lama2 isteri tu dok simpan je dlm hati... maka terkeluar jugak lah api naga nya tu. bila dah kuar memang si suami pastu dah tak buat dh perkara tersebut sbb dah terpateri kt dlm otak dia dh akhirnya. maka... semuanya slamat!

    BalasPadam
  11. Susah nk merungkai persoalan yg mcm ni. Nak2 isu gender...

    Suami...
    Berilah perhatian kepada si isteri walaupun ego anda smpai ke langit. Tanyalah dia walaupun sepotong ayat. Kalau masa bercinta boleh telefon selalu, kenapa dah kawen x mcmtu lagi? Sesekali urutlah dia, asyik2 awak aje yang nak diurut. Dia pun letih jugak mcm awak kan. Bila anak berjaga malam, apa salahnya bergilir2 kan. Isteri bukan robot untuk berjaga setiap malam. Dia pun perlukan rehat. Alangkah baiknya kalau anda juga ringan2kan tangan cuci tandas dan mop lantai. Cuba kira atau ingat balik, bape kali setahun anda tolong isteri buat kerja2 tu. Kalau banyak yang isteri buat, jgn salahkan dia bila anda balik ke rumah, dia masih blm mandi atau lgsg tak berhias. Tak sempat cik abang oiii, nak kejar anak lagi, kerja rumah lagi... Dan, cuba la fahami dan kenali anak2 anda, jgn serahkn tugas menguruskan anak2 100% kpd isteri...

    Isteri...
    Kalau la byk kurangnya suami, ingatlah kita pun byk jugak kurangnya. Sesekali membebel xpe, jgn selalu. Nnti dia menyampah. Org lelaki ni byk diamnya byk yg dikumpulnya. Takut satu hari nnti dia mengamuk. Dan jgn la cemburu buta, dia kan keluar mencari rezeki. Anggaplah kawan dia kawan kita juga, kawan kita kawan dia juga. Berilah dia sedikit ruang di luar utk memenuhi hobinya. Kita pun ada hobi kan... Bersyukur lah pd Allah kerana mengurniakan dia sebagai suami. dia yg terbaik buat kita. Hmmm.. klu x berani nk berterus terang ttg apa saja tp takut nk bertentang mata, gunalah emel, sms, FB dan macam2 lagi saluran yg anda rasakan terbaik buat anda berdua..

    Byk lagi nk dituliskn tp penat pulak nak menaipnya. Sekadar berkongsi pndangan, maaf klu ada yg terasa hati...

    BalasPadam
  12. ngeh..ngeh.lebih kurang cam angin saya jew...

    BalasPadam
  13. Menarik!
    Tak sabar nak tunggu sambungan. Boleh saya kongsikan kpd suami..

    BalasPadam
  14. Bro Dul

    Kalau dua-dua merajuk, ana kahwin tiga! koh koh koh

    BalasPadam
  15. kes saya macam terbalik dari yg En. Mazidul cerita. Suami saya jenis yg very particular, hal2 yg remeh-temeh pun dia membebel panjang. suka mengarah itu-ini, menyuruh buat itu-ini sedangkan dia duduk je macam maharaja kat rumah tu. saya diamkan aje kalau dia membebel2 sebab kalau disampuk cakapnya, bebelannya akan semakin panjang & off topic. bila dia penat membebel, dia diam sendiri. kalau dia tak nak tolong buat kerja rumah, saya asingkan baju-baju kotor dia, biar dia basuh sendiri, pastu gosok sendiri. Almari asing2, tak jumpa barang sendiri, jangan marah isteri/anak. tandas pun asing2 (ada dua tandas/bilik mandi di rumah saya). siapa punya kotor, cuci sendiri. kena dua-tiga bulan, dia sendiri mengalah. tapi sikap suka membebelnya memang tak dapat ditinggalkan. saya fikir, faktor kesihatan pun memainkan peranan juga. suami saya ada diabetes & darah tinggi. sifatnya memang mudah naik angin terutama bila terlalu penat, stress & cuaca panas, kejap2 tu juga dia start membebel.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.