Pagi tadi saya berselisih dengannya ketika dia menunggang motosikal di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
"Hoi! Mazidul!," jeritnya dalam loghat Kelantan.
Saya memberhentikan kereta dan memanggilnya dengan baik.
"Awak muda lagi, cuba hormat sedikit bila memanggil orang lebih tua," ujar saya.
Berwajah garang tanpa senyuman, dia menjeling saya sekaligus pantas memulas minyak motorsikal, bunyi membingkitkan suasana di kawasan perumahan.
Kira-kira jam 6.25 petang sekali lagi saya berselisih dengan pemuda saya anggarkan berusia lingkungan awal 20 an terbabit.
Kali ini dia pantas memintas kereta saya, membuat pusingan balik dan berhenti. Sebaik saya melintasi motosikal ditunggangnya, dia memulas minyak sekuat-kuat hati di khalayak ramai. Pembonceng motosikal, remaja saya anggarkan berusia belasan tahun.
Untuk rekod, memulas minyak motosikal sehingga enjin mati sekalipun bukan kesalahan jenayah.
Tidak berpuas hati, dia bertindak mengekori kenderaan saya hingga ke jalan utama.
Hati saya tergerak mencapai kamera digital di kerusi penumpang. Seperti saya jangka, menggunakan cermin pandang belakang, terlihat kelibatnya menunggang motosikal tanpa topi keledar.
Sebaik dia memintas kenderaan saya pandu, saya rakamkan aksi 2 remaja terbabit.
Menyedari gambarnya saya rakamkan, dia kemudian menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari hantu tangan kanannya sebelum menunggang laju.
Saya difahamkan, motosikal terbabit didaftarkan atas nama pemilik berasal dari Felda Perasu, Gua Musang, Kelantan. Pemiliknya berusia 48 tahun.
Awal malam tadi, dia sekali lagi menunjukkan isyarat lucah sama ketika saya minum bersama beberapa rakan di restoran berhampiran kawasan sama.
Memulas minyak bukan kesalahan jenayah tetapi menunjukkan isyarat lucah, dia boleh disiasat mengikut Kanun Keseksaan.
Saya maklumkan kepada kenalan remaja terbabit, laporan polis akan saya buat dalam tempoh 48 jam jika dia tidak datang menemui saya untuk berbincang.
Barangkali dia sakit hati, justeru saya ingin mengetahui faktor penyebab jiwanya tersentuh sekaligus menimbulkan kemarahannya.
Jika hanya ditegur kerana kurang beradab, tindakan susulannya, saya kira melampau. Barangkali dia masih tidak mengetahui tinggi rendahnya bumi.
Laporkan saja bro Mazidul, biar diorang tahu langit tinggi rendah, kadangkala perkara-perkara macam ni yang akan mendidik mereka supaya lebih menjadi manusia beradab, bukan manusia kurang ajar.
BalasPadamdie cuak la tu kot bang sampai dah buat isyarat lucah. dengan xde helmetnye, ntah2 xde lesen. sia2 je kalau eksiden, mati katak.. huhuh
BalasPadamBudak tengah nak naik. Begitulah kekdahnya. Tapi cara mereka skrg sangat jauh berbeza hinggakan mereka rasa merekalah raja dimana jua berada.
BalasPadamDah boring dok luar agaknya, mungkn nak cuba dlm lokap pulak..
BalasPadamSalam TM...
BalasPadamSaya tidak pernah alami situasi begini tapi ada banyak baca dan dengar serta lihat.
Terkadang saya terfikir...kalau ada banyak masa terluang...ingin saja cari dan jumpa siapa emak bapak anak2 muda ni dan tanyakan ayat-ayat luka : anak2 ni sah taraf ker? dulu masa bersenggama ikut tak peradaban dan tata susilanya...bayangkan waktu anak2 tu baby lagi...tentu ditatang disayang, tp bila dah besar kenapa dilepaskan bak layang2 putus ikatan...mungkin dah tak kuasa kerana anak2 akhirnya lebih berkuasa...
Kalau saya temui jawapan2 yang menepati sepertimana apa yang saya fikirkan...ingin saja saya sarankan ayat-ayat luka ni..."kalau tak pandai jaga anak janganlah buat anak dan janganlah beranak pinak...
Sebab 15-20 tahun akan datang cuma menyusahkan dunia...masyarakat susah...polis susah...masjid dibina melambak-lambak, penuhnya mungkin setahun sekali...penjara dan pusat serenti...sampai tak muat-muat....contohnya budak tu, antara yang mungkin akan berbaris menanti...
Saya pulak?...takder peranan... asyik sibuk dengan hal sendiri- sendiri...sekejap lagi nak masuk dapur lagi....
budak tu jiwa kacau tu.....kasihannyaaaa....dah la biadap, tak tahu hormat org tua. macam mana agaknya layanan dia terhadap org tua nya sendiri!
BalasPadamnak ikut kepala sendiri mungkin. berlum terkena, belum dapat lah pengajarannya tu..
BalasPadamSetuju sangat-sangat dengan queenie. macam manalah cara mak bapanya mendidik dirumah, sedari kecil. Perangai bila besar memang dibawa dari rumah. Jangan kata mereka dah besar, bukan lagi tanggungan ibubapa tapi didikan awlnya, bagaimana?
BalasPadamApa2 hal sound aje!!..kita boleh backup... kt Seksyen 7 aje,,..dah lama geram kt bebudak mcm ni...lebih2 lagi yng gedebe..mat kelate,..nih..bila dah kena pil kuda,..lagi kurang ajar...species ni ramai kt Kota D'sara,Sri D'sara dan D'sara Damai...kejutan budaya kot...maklumlah asal negeri serambi mekah.//.....
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSaya sokong sdr Mazidul buah laporan polis.
Ada masa, remaja macam ni tak dapat terima nasihat yang berhemah dan lemah lembut. Apa salahnya bagi dia makan dan tidur percuma sehari dua di lokap.
Orang keciciran macam ni bukan sahaja tak punya kerja yang selesa, motor cabukpun bukannya harta sendiri...salah hari selipar jepun yang dia pakai pun mak yang beli. kalau dah nasihat tak lekat di kepala, basuhlah sehari dua guna klorox jenama berkualiti sikit dalam lokap. Mudah-mudahan pengalaman itu beri peluang untuk dia berfikir.
memang kena ajar orang macam ni, saya orang kelantan, tapi ,memang memalukan orang macam ni, kat kelantan pun orang benci macam ni, ada tu sekali, di pengkalan chepa, seorang mat motor block kawasan parking kereta, seorang pemandu wanita nak masuk parking, boleh dia buat derk je, bangang betul, makan penampar je budak macam ni
BalasPadamBudak kurang ajar ni patut kena ajar.
BalasPadamLapor pada polis biar dia tahu langit itu tinggi ke rendah.
cayalah tuan...laporan segar di pg hari.tp sedih bila baca citer2 benar sebegini - kisah anak muda rosak jiwanya..:(
BalasPadamTukang cop terlampau
budak yg crave for attention. dia suka limelight.
BalasPadam*kalaulah saya boleh check nama pemilik nombor plet yg keje kat ofis belakang yg saya selalu jumpa dulu kan bagus? macam en mazidul buat tu.. :D
saya pun setuju... laporkan saja, jangan biarkan sikap kurang ajarnya menjadi2
BalasPadambagi dia rasa pengajaran yang lain kalau ajaran mak bapaknya masih tak cukup
kepada pengomen di atas, iaitu MAT, sila jgn campurkan sentimen kenegerian dlm hal ini. ia tiada kena mengena dgn negeri. negeri tidak bersalah, budak tu yg slh. kat mekah pun ramai yg wat slh...
BalasPadamanak tok imam pun ada yg isap dadah. anak banduan pun ada yg jadi pensyarah....
budak mcm tu, mmg elok dihukum. motor tarik balik. mak bapak mesti malu...
dulu sy mat rempit, sekarang tidak lagiiiiii... hehehehe
slm ~
BalasPadamsy rs ibubapa tak ptut dpersalahkn ..
ibubapa sudah brusaha mdidik anak dgn cara yg terbaik, penuh tauladan dr kecil .
perkara yg sbegini berlaku mgkin dr faktor teman pergaulan .
ada orang upah kut ?
BalasPadamentah apa yang tidak puas hatinya sangat.. attention seeker agaknya..
BalasPadamdia rasa dia hebat le tu..
BalasPadamDah lame saya tak bagi penampar kat budak2 camni....
BalasPadambaru lepas telan pil kuda kot...
BalasPadamItulah manusia bodoh sombong namanya. Cuba En Mazidul datang ke bandar KT pada petang jumaat, pasti akan ada beratus2 lagi manusia bodoh sombong macam tu kat sini...
BalasPadamJelous dengan En.Mazidul famous dari dia kot.hi3. Biasa la budak2 blum 'akhil.'
BalasPadammischelle..budak tu dah akil baligh kot.... akil baligh buat sendiri atau akil "paksaan" namanya yeyyeye
BalasPadamSokong komen Fansuri kpd MAT...
BalasPadamkadang2 nk komen tu kena pk juga..tak semua macam tu...
kita pun tak perlu tak beradab masa komen dlm blog..nanti org pandang kita mcm mat2 motor tu juga.."gedebe" tak tentu pasal...cuma beza nampak bijak pandai sbb pandai guna internet je...
sekian.
kesian budak2 ni.. tak tau nak cakap apa dah. saya ada adik lelaki, risau jugak walaupun depan kita baik ajer. kadang2 yg baik ni la kat belakangnya, Nau'zubillah...
BalasPadamSemoga Allh memberikan hidayahNya kepada anak2 muda ni. Saya tak dapat nak bayangkan negara kita 10, 20 tahun akan datang...
salam,budak2 sekarang,makin biadap,bawak moto tk pakai helmet 'LAGAK GENGSTER'...tlg read message saya sent kt fB.minggu lepas,(topic 'BANYAK DUIT, BOLEH BELI UNDANG'.perlu komen bro 'MAZIDUL'.
BalasPadam