Jumaat, April 15, 2011

Pertukaran Gelaran Tidak Bermakna

Masalah remaja merempit bagai tidak berkesudahan.

Menukar gelaran mereka daripada Mat Rempit kepada Samseng Jalanan, tidak memberikan kesan.

Malam hujung minggu masih menjadi waktu tumpuan remaja menunggang secara melulu dan berbahaya. Barangkali nyawa dianggap semurah nyawa ikan.

Sebilangan ibu bapa hanya tersedar berhubung pembabitan anak mereka sewaktu dipanggil polis ke balai. Anak berusia 16 tahun tidak mampu membeli motosikal Honda EX-5. Kenderaan ayah digunakan kerana orang tua tidak pernah ambil pusing mengenai destinasi tujuan anak ketika keluar pada malam minggu.

Remaja lelaki, jika tidak mati, mungkin patah kaki jika terbabit dalam kemalangan. Remaja perempuan, jika mengikut teman lelaki merempit, mungkin boleh hilang dara selain cedera.

Siapa kisah? Andai ibu bapa memantau pergerakan anak dara mereka, masakan pada jam 3 pagi gadis remaja dibiarkan memeluk erat pinggang teman lelaki, menunggang motosikal di sekitar bandaraya.

Published with Blogger-droid v1.6.8

5 ulasan:

  1. remaja sekarang, sgt megah bila buat kesalahan... tambah2 lagi kalau dia rasa bila buat kesalahan itu akan buat kwn2 pandang tggi pada mereka.. alahaii~

    BalasPadam
  2. Betul tu saudara...
    mcm tukar alkohol jadi air kencing setan lah,, mana setan pedulik!!!

    kekadang tukar jd samseng lagi bebudak ni suka kot... lagi ganas!!!

    sepatutnya ibubapa lah tolong jaga sorang dua anak masing2 dari mengharapkan polis jadi beribu-ribu org mereka ni

    BalasPadam
  3. ala..boring kisah rempit ni.ish.boringg.cecite kisah madu 3-4:)

    BalasPadam
  4. Saat ini kakcik sedang berjaga - disamping melayan karenah bapa yang sakit tua, juga menanti waktu untuk ke KLIA bagi menyambut kepulangan anak sulung kakcik. Walaupun tahu dia ke mana dia pergi, selagi tidak melihat wajahnya - hati tetap dilanda risau.

    Apatah lagi memikirkan anak kedua yang tinggal bersama kawan2 di Banting sana. Risaunya berganda. Bagaimana pergaulannya? Merokokkah dia? Membonceng motor kawan2 menyukat jalankah? Berkepit dengan gadis yang kononnya kekasihkah? Oh! sangat galau hati seorang ibu ini...

    BalasPadam
  5. Dan, jangan lupa, apa kejadahnya orang suka organise konvoi mat rempit ni semua bila ada event event ni semua? Itu kan glorify these youngsters. Makin ramaikan gang diaorang.

    Pastu, bila tanya, ohh kita nak mendidik mereka peraturan lalulintas yang betul. Ada ke? Even a siamang kat dalam hutan boleh pikir that is crap.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.