Rabu, April 27, 2011

Peringatan Untuk Janda dan Andartu

Saya difahamkan kerugian akibat penipuan menggunakan internet kini mencecah 1 billion ringgit.

Terbaru, guru wanita, berasal dari Perak kehilangan RM182,000 diperdaya sindiket membabitkan warga Nigeria. Mangsa berusia lewat 40 an dan bujang.

Kepada wanita kesunyiaan, berstatus janda atau andartu (anak dara lanjut usia), berhati-hati sewaktu bersembang di laman sosial seperti Facebook atau Yahoo Messenger.

Usah percayakan kata-kata manis lelaki warga asing, bakal membawa bahana.

"Pak hitam (warga Afrika) ni, dia tak berminat sangat dengan perempuan jenis badan kecil molek, they are more interested in ladies badan berisi dan tembun"

Itu kenyataan saya dengar dan nampaknya setakat ini senario itu benar.

20 ulasan:

  1. Banyak sangat kes2 mcm ni pernah berlaku.Mereka yg tertipu ni tak baca ke berita tersebut.Nak kata buta IT,pandai la pula ber'Facebook' Chatting.Sekali ditipu berpuluh ribu nilainya.Dunia...dunia......

    BalasPadam
  2. Dlm kes ni,melibat seorang yg status guru.Kerugian beratus ribu.mmmm.....banyak juga duit cikgu ni yerr.Apa la yg difikirkan oleh cikgu tu gamaknya.Sampaikan boleh percaya dgn 'percintaan alam cyber'

    BalasPadam
  3. salam
    hairan jugak sebab selalu sangat terjadi padahal dalam berita tv dan akhbar dah banyak kali siar berita-berita penipuan semacam nih, tapi tetap jugak terjadi. moga pihak berkuasa dan masyarakat kita peka terhadap kes kes macam nih, bukan saje pada pak-pak hitam,pak pak puteh tapi semua sekali yang bersikap sedemikian rupa

    BalasPadam
  4. sy pun kekadang naik heran dgn SESETENGAH wanita nih, kekadang tu dh elok2 ada suami,sibuk mintak cerai...suami tak bagus la..,suami ada perempuan lain la..bla bla..bila dh dapat yang diminta merenyam pulak ..dan kekadang tu pun dgn laki orang juga...x faham..x pahamm

    BalasPadam
  5. Yang bab tembun tu saya agak kejap lagi Kak Cik Seroja Azie datang dengan sepanduk 'kami sokong'

    ps..ajak Vic sekali ! hehe

    Dah bertahun² hidup dalam dunia internet, belajar²lah pasang filter untuk diri sendiri.

    BalasPadam
  6. itam2 gitu pun ade org leh tangkap cintan... haiyohhhh.
    love is NOT blind. people who are in love are BLIND. betol tak?

    BalasPadam
  7. Nak kata diorg ni ketinggalan zaman.. dah pandai pakai FB, YM etc etc... tapi masih belum terbaca kut pasal kes2 penipuan camni.. itu yang tertipu

    BalasPadam
  8. Hairan, senang-senang orang kita kena tipu, mungkin kerana terlalu sunyi, terlalu berharap dan mudah percaya. Warga tempatan ramai lagi yang bujang tapi tak dipandang, apa sebabnya, adakah ayat-ayat cinta orang kita dah tak power...

    BalasPadam
  9. hairan, mcm mana dia org boleh percaya bulat2 nih....

    BalasPadam
  10. Mereka yg tertipu, elok ceritakan tip umpan yg telah mereka makan..kongsi2.

    -Berapa jam borak
    -hadiah apa
    -ayat apa,
    -apa yang ditanya.
    -Apa janji2

    BalasPadam
  11. Sy 28thn dan bujang, penah je chat dgn mamat2 nigeria, br chat xsmpi 10min dh bgtau ada big crush! aiyoyo..menakotkn la..2nd time chat dh rindu2, siap bgtau sy soulmate dia gitu..tp lupa nama sy, umur sy, status sy! haha..nmpk sgt temberangnye!tp sy xde la ratus2 ribu dlm account!

    BalasPadam
  12. Bro Dul, dia orang suka yang besar besar je ye.

    BalasPadam
  13. Saya pun dah banyak kali dah dpt message drpd pak itam ni. Drpd Friendster, then Myspace, Hi5, Tagged, and Facebook, semua ada diorg ni.

    Diorg ni suka message or chat ngan kita, pastu cerita pasal diorg ni kaya la, banyak business kat KL ni la, ada 2-3 biji kondo la, konon kita ni habis terpikat la.

    ada tu yg ajak jadi wife no.2 diorg la, katanya sunyi kat malaysia.

    Tindakan terbaik? Block, remove dan ignore saja diorg ni. Tp tu la, dlm pada melambak kes camni, masih ada jgk yg terpengaruh. tak faham betul.

    BalasPadam
  14. hope ambil iktibar benda2 mcm ni
    boleh merugikan dan memalukan diri sendiri
    fikir sebelum bertindak...peace

    BalasPadam
  15. Tepat sekali kenyataan abang dul tu. Masa acu menyewa di area Serdang,acu selalu diganggu gagak hitam nie..
    setiap kali pergi/balik dari kerja mesti ada yang tunggu kat tangga rumah (erk..tangga rumah flat ye..)

    serammmmm...Alhamdulillah sekarang dah pindah ke Kajang dah tak di ganggu dengan gagak hitam lagi tapi kena kacau dengan orang Arab la pulak...uwaaaaaa...kena kurus kan badan la nampak nye nie.. :(

    BalasPadam
  16. negro tu mengaku kaya, byk bisnes,
    tu yang jatuh hati tu.

    wanita di Malaysia pun majoritinya lebih berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, melebihi lelaki. Berbanding negara lain, malah negara maju, nisbah wanita berjaya lebih tinggi di Malaysia. Tu yang jadi target tu.

    klau satu due wanita kene tipu rase kesian, tapi klau dh ramai kene tipu pun, ada lagi yang tertipu, entah la.

    Terdesak sgt kot.

    BalasPadam
  17. saya rasa ada ciri-ciri 'pukau' dalam kes melibatkan pak itam yang menyamar mat saleh handsome. Ini kerana seorang rakan saya yang terkena RM140 ribu bercerita...bila dia dihubungi kononnya pihak imigresen mengatakan ada parcel yang perlu ditebus dengan sekian harga, katanya sejak malam dia tak boleh tidur dan pagi2 buta lagi dia menunggu bank buka di depan bank untuk mengeluarkan duit. Logik nya takkan sampai begitu sekali sanggup menunggu berjam2 sampai bank buka.

    BalasPadam
  18. Salam....(sorry citer panjang sikit...)

    Pernah melalui pengalaman ini... 1st time dulu - by random jer dia anta msg kat fb, tak kenal pun.. tapi cuz dia kata nak jadi geng 'mafia wars' (apps kat FB) on kan jer laa.. tak rugi apa pon.. sambil main apps kat fb sambil on chat.. memula tuh mcm biasa jer.. tapi dorg nieh agak2 bajet byk kot.. anta 'weapon' yang kena beli online... mcm2 cara nak impressed kan kita...
    Walaupun saya nieh single and available.. Insya Allah masih peka gak ngan org mcm nieh... mcm 'Jari Pun Berkata' - jangan kan favourite kita, nama real kita pun dia tak pernah tanya... tapi tetiba kita lah soulmate.. tak pernah jumpa awek sebaik kita laa, awek paling cun selama dia idop laa... nak beli tiket suruh kita jumpa dia.. macham2 laa isk isk isk... pastu terus sound2 kat member2 suruh hati2.. rupa2nya ada sorg member pun dia menabur ayat gak.. kantoi... pastu reti plak dia delete profile dia...

    and jgn tak tahu dorg pak itam nieh kenkdg menyamar jadi pak puteh... bila suruh kol slang british memang lari laa... hahahha... dashyat dorang nieh....

    BalasPadam
  19. Nau'zubillah... Jangan la terjadi kepada saya dan keluarga saya...Risau jugak sebab anak2 buah suka sangat dengan chat2 ni..

    Syukurlah sebab saya dah tak minat nak chat secara sembunyi2 ni.. Ada hikmah di sebalik tiap yang berlaku..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.