Ahad, April 17, 2011

Merangkak Meniti Dan Melompat

Tepat jam 9.15 pagi tadi saya tiba di Dewan Pangsapuri Puteri Palma, Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Berikut aturcara program.


Hari Sukan Brainy Bunch Islamic Montessori.  Pusat pembelajaran kanak-kanak menggunakan komunikasi Bahasa Inggeris diterapkan dengan elemen keislaman.

Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat peribadi. Sewaktu berusia 5 tahun saya tinggal di Kundang, Selangor. Saya dihantar ke Tadika Cina di Rawang. Di Tadika  sama saya belajar ABC dan mengira bersama 2 pelajar Melayu, pelajar lain berbangsa Cina.

Selain mendapat kedudukan nombor satu pada ujian di akhir persekolahan, satu peristiwa tidak dapat saya lupakan, kejadian tercekik sewaktu makan mi goreng Cina berwarna kuning. Waktu itu, mulut kecil, mi cuba ditelan terlalu panjang. 

Jangan tanya status halal haram mi terbabit kerana waktu itu saya masih kecil dan tiada pilihan untuk ke Tadika lain.

Mujur guru bertugas berjaya menepuk belakang saya berulangkali, memaksa mi masuk secara mengejut ke dalam perut.

Untuk rekod, waktu itu saya yakin perkataan 'montessori' tidak wujud dalam kamus fikiran orang kampung dan majoriti penduduk bandar.


"Montessori biasa tidak diterapkan nilai Islam berbanding  di Brainy Bunch Islamic Montessori. Pelajar  di  sini, they learn through live experiances. Contoh mudah, motor skills, how to use fingers, how to pour water sebelum belajar huruf," ujar Azlim.

Azlim Hamzah, 33 tahun, principal.

Pagi tadi Azlim bertugas sebagai pengacara majlis, MC. 


Acara berlangsung meriah dan berwarna-warni. Anak saudara saya, Aiman Izz Aqeef antara pelajar di Montessori terbabit, mengambil bahagian dalam acara sukan. Berikut antara gelagat pelajar saya rakamkan sewaktu sesi perbarisan dan senaman ringan.


 Caught on candid camera!


Ha! Ha! Ha! Biasalah anak kecil, kenakalan antara pewarna kehidupan dan di situlah ruang dipertanggungjawabkan kepada tenaga pengajar terlatih membimbing mereka menjadi insan lebih bijak dan berdisiplin. 

Commercial break!

Saya sempat meninjau kawasan diluar dewan.

"Saya selalu tinggalkan komen di blog Mazidul," kata peniaga Nasi Arab.

Haji Misai Kontot, itu gelaran peniaga berusia 43 tahun tahun saya temui.


Klik banting di bawah untuk maklumat terperinci. 


"Ini hari pertama saya berniaga gunakan lori. Sebelum ini saya berniaga dekat Masjid di Taman Tun. Hari ini, untuk Mazidul, Nasi Arab is on the house," kata peniaga terbabit.

Huh! Menyesal tidak makan 2 pinggan.

Apapun, terima kasih Haji! Semoga Allah lebih memurahkan rezeki sekeluarga.


Sebelum itu, saya memesan sepinggan Nasi Arab.

"Jom saya temankan makan," ujar Mohd Fazli Hashim.

Fazli, principal Montessori sama dan individu berpengalaman dalam bidang pemasaran dan teknologi maklumat. Beliau, Ketua Pegawai Operasi Black Cube, one stop ICT Center.


"Brainy Bunch sekarang ada 5 cawangan, beroperasi sejak 2 tahun lalu," ujar Fadzil.

Untuk maklumat terperinci, layari Brainy Bunch Islamic Montessori.

Kita kembali ke dewan ...

Acara merangkak ...


Memasang nuts and bolts ...


Meniti ...


Melompat ...


What else do you want to do as a kid, right?

Tanpa dirancang, saya dijemput menyampaikan hadiah kepada kumpulan pelajar meraih tempat kedua dan pertama dalam acara sukan dipertandingkan. 


No! No! I didn't win any seat in Sarawak election. Barangkali kerana kepala saya dan MC sama, botak. Jadi saya diberikan peluang untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar.


Saya kira semua bergembira melihat telatah pelajar selama kira-kira 3 jam.


2 ulasan:

  1. Eh, patut En. Mazidul jd MC!

    Ayam yg tertonggok-terletak-bersimpuh di atas Nasi Arab itu tersangatlah menggiurkan - Chicken Mandy eh?

    BalasPadam
  2. Salam Bro Mazidul,

    Sesungguhnya semalam Alhamdulillah kiranya adalah langkah kanan buat saya kerana selain dapat dipertemukan dengan Saudara, dapat pula "free promotion" melalui blog saudara...

    Terima kasih kami ucapkan... Allah jualah yang dapat membalas budi baik saudara dan semoga dipermudahkan Allah segala tugas saudara sebagai seorang journalist, suami, ayah & ketua keluarga mahupun team leader group wartawan saudara...

    Puan Liza: Ya gambar tu Chicken Mendy dan version kami menggunakan Ayam Mashwy - Grilled Chicken...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.