Lihat gambar di bawah, kondom di atas kain putih.
... kain cadar di bilik hotel di Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Maaf, kain cadar sedikit berkedut, akibat manusia 'bergelut' di atasnya. Hasil gelutan dikesan di dalam bakul sampah berhampiran katil.
Tisu masih basah dibuang bersama kondom jenis murah, barangkali buatan China.
Ok! Ok! Sabar.
Gambar di atas dirakamkan di satu daripada 3 bilik disewa sindiket pelacuran.
"Sebelum ini, setiap pelacur disewakan satu bilik seorang. Sekarang modus operandi diubah, semua pelacur duduk di dalam satu bilik. Bapa ayam membawa pelacur untuk dipilih pelanggan di 3 bilik berasingan di tingkat sama. Jadi kos sewaan bilik dijimatkan," ujar DSP Azman sambil tersenyum.
DSP Azman Mohd Isa, Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, IPK Kuala Lumpur.
Kira-kira 140 kondom belum digunakan ditemui beserta KY Jelly, cecair berkumur dan pelincir berbentuk semburan.
"Dua bungkus, ada 200 kondom, saya anggarkan lebih 60 telah digunakan," ujar beliau.
Ok! Ok! Sabar.
Mana gambar pelacur?
Merakamkan gambar pelacur (menggunakan kamera digital Canon G12) seperti di atas, kelaziman bagi saya dan majoriti jurukamera membuat liputan kes jenayah.
Selalunya, kenalan melihat gambar sama akan bertanya soalan favourite kepada saya.
"Cantik ke?"
Terus terang saya katakan, saya juga tidak berpeluang menatap wajah mereka. Kesemua gadis bagaikan telah dilatih secara spontan menundukkan muka sebaik melihat kamera digital atau video.
Apapun, seorang daripada pelacur diberkas berusia 31 tahun menarik perhatian saya.
Dia IT savy, memegang erat komputer riba miliknya sekaligus menggunakan komputer terbabit untuk menutup wajah. Itu kali pertama saya berpeluang merakamkan gambar pelacur warga China ditahan bersama komputer, seriously.
Barangkali dia menggunakan masa terluang di bilik hotel melayari internet sementara menunggu pelanggan. Dia pelacur paling tua kerana majoriti rakannya berusia awal 20 an, jadi dia mungkin jarang dipilih untuk memuaskan nafsu berbanding gadis lain.
Masyarakat selalu merungut, pelacur ditangkap, bapa ayam terlepas.
Tidak kali ini.
Dua lelaki tempatan berjaya diberkas dalam serbuan pada jam 10 malam terbabit.
Saksikan paparan terperinci Ops Noda terbabit di 999, jam 9 malam, esok, 14 April 2011.
mesti 'pelacur blogger' ni... haha
BalasPadammesti dia tgh baca blog aku masa kena tgkp tu hahahhaha
BalasPadamI saran, elok diHALAL JE aktiviti ini,jimat kerja..halal pada negara.
BalasPadamHabis masa wang dgn hukuman rendah sgt..
Pelik, malu pulak nak tunjuk muka, nasib baik ada laptop, sebab tu korang perasan ramai pelacur berambut panjang, maybe untuk cover muka time kena serbu macam ni lah.
BalasPadamsetuju dgn zeqzeq.....
BalasPadamkalau letak hukuman rejam je terus..atau sebatan... mungkin kurang la sikit kot..
ker melacur sambil ber FB carik pelanggan..maklum lah skg ni promo guna FB lebih berkesan dan pantas..
BalasPadamkegiatan pelacuran kat malaysia nie memang sukar di bendung ..
BalasPadammesti pelacur yang pegang lappy tu cari pelanggan melalui online
Patutlah tetiba post something on my FB wall...
BalasPadamRupa-rupanya nak hinggap dekat rumah orang... Tapi tak ajak pun... :(
Wajar dibuka ruang bebas agama lain..tak sekat aktiviti agama selain Islam, kecuali ngaku islam hukuman keras..buat mereka tiada paksaan beragama..
BalasPadamCamne nak add dia? Dia pakai nama apa?
BalasPadamSalam Bro..adakah 2 org tempatan tu je dalang kepada pelacur2 terbabit..atau hanya diorang penjaga pelacur je yg tertangkap, manakala bapak segala bapak ayam terbolos...hehehe
BalasPadamNaqib : istilah yg jadi perdebatan hangat kejap di blogospheresebelum ni..haha
BalasPadamBro Dul, dia contact customer guna social network kot? internet free guna wifi connection kedai sebelah. koh koh koh
BalasPadamdia berFB kot sementara tunggu pelanggan...celik IT juga dorg ni ek..haha
BalasPadamhahah dia iklan khidmat dia kat FB la tuh.. sbb tu dikilik laptopnya!
BalasPadam