Sejak bersiaran lebih 10 tahun lalu, program 999 memaparkan ribuan liputan berhubung kes jenayah, antaranya bunuh, rompak, rogol dan pelacuran.
Pun begitu berikutan kemajuan teknologi maklumat, kes penipuan siber menggunakan internet didapati semakin berleluasa. Kerugian ditaksir membabitkan jutaan ringgit.
Jam 2 petang tadi saya dan kru bertemu Ketua Penolong Pengarah Siasatan II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, JSJK, Datuk Hasnan Hassan dan pegawai beliau di pejabatnya.
"Sekarang, penjenayah, majoriti pak hitam (warga berkulit hitam) terbabit dalam kes penipuan parcel (bungkusan). Dia menghubungi mangsa, wanita melalui laman sosial, mereka berkenalan lalu terbina kepercayaan. Suspek kemudian memaklumkan mangsa dia menghantar parcel mengandungi barang berharga dan kononnya parcel tersangkut di airport terdekat kerana ada masalah. Sindiket sekarang turut membabitkan kerjasama warga tempatan," ujar Datuk Hasnan.
"Maksudnya Datuk?," soal saya.
"Lepas itu, ada pegawai kastam palsu, geng dia orang juga akan menghubungi mangsa untuk menyakinkan dia berhubung msalah parcel sama. Suspek awal kemudian akan memujuk sekaligus meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya untuk menyelesaikan masalah itu. Berikuan kepercayaan terbina sekian lama, mangsa akan mengikut kehendak dan arahan suspek," sambung beliau.
Sebelum itu, lazimnya, suspek akan menghantar butiran dirinya melalui emel termasuk gambar. Gambar lelaki kacak, berkulit putih, kelihatan bekerjaya dan hidup mewah. Hakikatnya, dia warga Afrika berkulit gelap menetap di Malaysia, bukan di luar negara.
"Majoriti suspek, pak hitam, pelajar kolej swasta. Dia orang registered dengan kolej tetapi tak pernah pergi kelas pun, kerja menipu," celah Datuk Hasnan.
Setelah wang dimasukkan ke dalam akaun suspek, dia akan menghilangkan diri, mangsa kerugian ratusan ribuan ringgit.
Dilaporlan, majoriti mangsa, anak dara lanjut usia, andalusia dan janda. Mereka dikatakan kelompok dianggap sering kesunyian dan secara semberono mudah mempercayai lelaki biarpun tidak pernah bersua muka.
Dua minggu lagi, InsyaAllah, 999 buat julung kali akan bekerjasama dengan JSJK membongkar kes penipuan membabitkan internet.
(Shahnun Hanif, Hazlin Hussain, Datuk Hasnan Hassan, ACP Rohaimi Md Isa dan Mazidul Akmal Sidik)
Ya, banyak betul kes yang bermula dan digiatkan melalui laman siber.
BalasPadamTerkini hari ini saya baca kisah lelaki pesara tentera rugi lebih RM300K kerana konon bisnes permata dari luar negara.
Tak kenal pun orang yang dia berurusan. Pelik mereka boleh sebodoh itu.
Saya tetap kata mereka bodoh, sebab tu dia dapat email, “Awak bodoh sebab itu awak terkena.” Memang betul.
Jika statistik menunjukkan ramai duda/janda, saya rasa mereka ini golongan yang kesepian, kesunyian, dan kerinduan.
Bila dipujuk rayu, cair.
Mungkin juga komitment kurang, tapi duit banyak, mampu.
Orang lain pun mungkin mampu, tapi komitment nak menyara anak-anak dan isteri ada yang buat mereka berfikir panjang.
*Pendapat saya.
pak itam ,pak arab pak putih , pak kuning ....wtever ....
BalasPadammuka mereka terlalu hodoh sehingga terpaksa nak pinjam muka orang lain .
kasihan juga mak dara dan mak janda yg kesepian ....sudah la sepi dan skg kena tipo lagi ..
pandai pandai la
Pelik tapi benar..
BalasPadamAda diantara mereka sengaja merelakan diri ditipu walaupun telah dinasihati oleh ibubapa, rakan sekerja, kawan2 sekolah, kawan2 internet/chat/forum/fb, jiran sebelah rumah, pihak berkuasa, notis kat ATM, paper cutting kat ATM, etc ~ dengan alasan tersirat "peneman" dikala sunyi.
Kebayakan mangsa bukanlah buta IT, buta huruf buta warna & buta mata. Mereka terdiri drpd golongan berpendidikan & professional.
Mereka sedar & acting kengkonon naive utk mendapatkan perhatian masyarakat dgn menceritakan pengalaman tersebut utk meraih rasa simpati.
Diakhir perhubungan, mereka amat synonym dgn ayat "Takpe la.. dah nasib aku..."
Kawan2 yg sebelum ini bersimpati terus malas nak layan (bukan skali dua kena tipu ngan MO yg lebih kurang sama). Ramai lagi anak yatim, OKU, sekolah2 pendalaman & susah org memerlukan bantuan. Bagi kat makbapak lagi bagus.
Mangsa yg dimaksudkan disini mempunyai criteria yg agak unik: kurang bergaul, hanya bercampur dgn org yg berstatus lebih rendah (utk meningkatkan self esteem diri sendiri). suka bersendirian ditempat2 elit/classy, mempunyai citarasa yg mahal & bercerita mengenai barangan/material yg dimiliki (barangan tersebut bukan keperluan ~ most of the time, no one cares)
Pelik tapi benar.. Ini serious!
Seorang kawan kakcik berstatus J sanggup menangis2 merayu dari suami kakcik kerana hendak meminjam RM3K untuk dimasukkan ke akaun 'kekasih hitamnya' konon untuk menebus barangan di Kastam KLIA... akhirnya kami dimusuhi kerana tidak mahu 'membantu'.... :(
BalasPadamsetuju... kerana kesunyian golongan ini mudah termakan pujuk rayu si penipu begini yang biasanya pandai bermain kata-kata
BalasPadamdalam laman sosial, semua boleh berlagak baik, sopan dan boleh juga menggunakan hak orang sebagai dirinya... gambar contohnya
pujuk rayu dan pujian memang mudah mencairkan hati mereka
aku pun kekadang heran dgn org pompuan nih, kekadang tu dah elok-elok ada laki sibuk mintak cerai..bila dh dapat cerai, buat hal..hai dunia.dunia..
BalasPadamkes ni dh banyak berlaku
BalasPadamsaya pun hampir terkena
melalui email di mudah.my
tapi tak pelik ke, nampak sgt tipunya tu, sape pula nk hantar gift kononnya sedangkan kenal pun tidak.
ha²,macam².
masalahnya..ramai lagi yang sanggup ditipu,walaupun dah banyak kes-kes penipuan sebegini dipaparkan...dan tak nak ambil iktibar sebab tak kena lagi,bila dah kena......
BalasPadamjalan penyelesaiannya sudah ada, lelaki dibenarkan kami lebih daripada seorang.
BalasPadamwahai para isteri, redhalah jika suamimu mau kawin satu lagi terutamanya dengan andalusia atau janda. kasihanilah mereka. cuba letakkan diri anda ditempat mereka. hayati kesunyian dan kehampaannya.
jangan risau tak luakpun 'benda'tu.
acu pernah terkena
BalasPadamTuuu diaaaaaaa.. Tak sabar nak tengok lah.. Kes penipuan ni bila banyak terbongkar semakin banyak pulak yang nak buat.. Haish!
BalasPadamEntry Terbaru : Senarai Penuh Calon BN ; Pilihanraya DUN Sarawak Ke10
salam en. mazidul,
BalasPadammaaf lari dari tajuk...
saya sedih sgt ni... bila baca blog en. mazidul yg cub nak membasmi golongan 'songsang'... tp sejak semalam hebat diperkatakan di laman2 blog tentang 1 pertandingan ratu cantik bapok di negeri pahang baru-baru ni... astaghfirullahalazimm.. kalau betul la cerita ni tak tau dah nak ckp apa lg... sedih yg teramat sgt... mgkn en. mazidul ada pendapat atau info yg boleh dikongsikan... mungkinkah apa yg saya baca & tonton di laman2 web tersebut adalah salah-faham sahaja atau benar2 berlaku?...
salam uncle mazidul.
BalasPadamsaya dapati topic ni sgt bagus dan saya mintak izin uncle utk letak di facebook saya. Nama uncle & url nya juga telah saya masukkan.
Terima kasih
Wajib tahu!
BalasPadam1. Hati-hati bukan jatuh hati
2. Jangan mudah percaya
3. Jangan percaya
Ulasan ringkas perkara 1.
Mulai saat ini hormatilah kata hati. Anugerah tuhan, setiap orang ada. Ada kalanya anda rasa macam tak sedap hati. Eh! Mamat yang tanya jalan kat aku ni semacam jerk
Apa nak buat?
Jarakkan diri anda darinya. Jarak komunikasi ideal adalah 2 hingga 4 kaki. Tidak! Bukan sombong. Apatah lagi orang Melayu yg terkenal dengan keramahannya.
Pernah dengar culik! Sebab jarak la. Orang tak dikenali datang tanya jalan, pas tu si manis cantik pun dekat mendekati.
Bila dah dekat maka mudahlah mamat tu tarik tangan dia. Adush! Mangsa culik lagi.
Jadi mangsa dapat glamour 3 hari di dada akhbar. Nak ke gitu?
Bangkitlah! Dengan berbuat baik pada diri sendiri. Prihatin! Pernah dengar kan...
bab no. 2 dan 3 kita sambung. Anak bangun nak buatkan susu dia. Ambil peluang tidur sekali. Cuaca di Shah Alam sejuk nyaman. Nite
bagaimana pula dengan lelaki muda yang kemaruk nak kahwin dengan wanita yang hampir menopause?
BalasPadamataupun wanita hamppir menopause yang kemaruk nak kahwin dengan lelaki yang sebaya anaknya??
ley masuk kategori tu tak??
*my two cent
salam...apa yang patut dibuat jika menjadi mangsa penipuan internet??
BalasPadamnie salah seorg dari penipu yang masih bermaharajalela tanpa tindakan
Kepala Penipu