Pernah melihat papan tanda 'No entry'?
Banyak kali?
Ya?
Jadi, semua pengguna jalanraya tahu, jalan terpampang lambang 'No entry' tidak boleh dimasuki. Pun begitu di SS2, Petaling Jaya, Selangor, senarionya berbeza.
Lihat gambar saya rakamkan di bawah.
Majoriti pemandu barangkali keliru, lalu meredah jalan 'No entry' kerana kedudukan pos pengawal keselamatan membuatkan laluan terbabit kelihatan seperti pintu utama untuk memasuki kawasan perumahan terbabit.
Lihat tong drum dicat merah putih tertulis perkataan 'ROAD CLOSED'. Sepengetahuan saya, jalan terbabit, laluan awam. Pada waktu malam, beberapa lorong kecil ditutup. Persoalannya, adakah penutupan jalan mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya?
That's for me to find out.
Untuk rekod, sebelum ini tiada perkhidmatan pengawal keselamatan di kawasan terbabit. Mungkin kerana kejadian jenayah pecah rumah kerap berlaku, persatuan penduduk membuat keputusan menggajikan pekerja Nepal, menjaga keselamatan harta benda mereka.
Melalui pengamatan saya, bukan semua penduduk melanggan khidmat mereka, hanya golongan berkemampuan sahaja, mungkin.
Hebat sungguh kuasa dimiliki syarikat keselamatan terbabit. Jalan 'No entry' dibuka sebagai laluan.
Mengalahkan kuasa diperuntukkan kepada polis trafik.
pasti warga Nepal berdua ini bangga dapat mengatasi bidang kuasa polis trafik..
BalasPadamAda ketikanya, setengah2 mereka berlagak macam samseng pun ada...
BalasPadamAku benci pekerja asing yang menjadi pengawal keselamatan. Ada ke patut diorang mintak tengok IC, sedangkan diorang ntah ada ntah takde pasport. Cit! terasing di negara sendiri..
BalasPadamMungkin warga asing ( Nepal ) lebih dipercayai daripada rakyat warga kita oleh pihak pemaju berkenaan bagi melindungi keselamatan penduduk dikawasan itu.
BalasPadamSatu fenomena pelik yang tidak sepatutnya berlaku...
kes yang sama berlaku di kawasan perumahan saya ...beberapa bulan lepas semua lorong lorong ditutup dengan tong pada waktu malam. hanya satu laluan di buka . masalah nye ..kami tidak pernah diajak berbincang untuk mengaji pengawal keselamatan tu .. tiba tiba saja " selepas tong dipasang" setiap rumah di arahkan untuk membayar RM30 seorang ..kos untuk mengupah pengawal keselamatan. sepatutnya hal ini dibawa berbincang dengan penduduk terlebih dahulu .Bulan lepas penduduk membuat perjumpaan. majoriti tidak setuju .. tapi mereka masih terus menletakkan tong dan mengawal kawasan perumahan kami ...
BalasPadamMasalah betul, kenapa perlu upah warga asing untuk jadi pengawal keselamatan. Di pejabat saya sebelum ini turut menggunakan syarikat sekuriti yang menggajikan warga asing sbg pengawal kesalamatan. habis kontrak setahun bos saya enggan teruskan sebab banyak sangat masalah yang ditimbulkan dan sekarang kita menggunakan khidmat syarikat sekuriti yang sepenuhnya menggaji bumiputra sebagai pengawal keselamatan.
BalasPadamzmn skrg nih kt mana2 tmpt lah pak guard msti tak nepal bang la lah yg pnting bkn warga mlaysia...
BalasPadampastu belagak cam diaorng berkuasa sgt... nyampah tul
Abang-abang & Kakak-kakak,
BalasPadamBiasanya orang-orang Nepal ini digaji bila rumah-rumah kerap dipecah masuk. Bukannya langsung tidak ada lagi kes pecah rumah selepas ambil khidmat mereka, tapi kuranglah.
Tak mau bayar khidmat mereka? Terpulanglah..
Jika dapat title n anugerah, saranan Tukar nama Jalan Dato Mazidul. Hehe.
BalasPadamkawasan rumah saya yang jaga bukan local..
BalasPadamSo far memang ok, tak pernah ada masalah waima sekecil sekalipun. Coz derang ni buat kerja atas arahan..kalau boss kata tgk IC maka kenalah mereka minta IC.
Masalahnya selepas warga tempatan diambil alih macam2 hal yang jadi, parking sesuka hati, visitor park boleh parking berhari2 sedangkan sebelum ni cuma 24 kam jer...
Kalau dulu salah parking sure kena claime kalau ada compalain sekarang ikut suka hati..berbaloi ker bayar service mahal2 sedangkan service mereka hancur..????
dh rakyat tempatan xnk jd guard..xleh nk salahkan diorang jgk..
BalasPadamPerabut jalan yang mengelirukan boleh mengakibatkan kemalangan. Kita tidak peka dengan masalah perabut jalan tiba-tiba ada pun ada ketikanya amat perlu ianya ada waima kemalangan maut sering berlaku di sana.
BalasPadamApa peranan Jurutera jalan raya jika perkara ini tidak diambil langkah serius. Perabut jalan boleh ditujar ganti nyawa manusia mana boleh dijual beli.
berbaloi ke ambik khidmat diorang?
BalasPadamSometimes they can't even speak Malay nor English
BalasPadamSaya juga nak berkongsi pengalaman perihal security ni...jika kita prihatin sekarang ini,majoriti pengawal keelamatan ini adalah warga asing..itu satu hal...motorsikal yg digunakan juga untuk rondaan mempunyai flashing light berwarna biru..setahu saya,kebenaran menggunakan flashing light ini adalah atas kebenaran pihak Jabatan Pengangkutan Jalan shj,jika ambulans menggunakan warna merah dan pihak Bomba dan Penyelamat serta JPAM menggunakan kombinasi warna biru dan merah dan kenderaan lain seperti trak tunda dan kenderaan jenazah berwarna kuning...seperkara lagi berkenaan dengan palang besi yang dipasang oleh Syarikat Keselamatan yg memperolehi kontrak kawalan kadang2 menyusahkan pihak tertentu seperti kejadian yg berlaku di Kepong bulan lalu ygmana palang berkunci dan pengawal ehtah kemana,nasib baik ianya boleh dipotong,pernah saya terjumpa palang besi yang besar dipasang utk menghalang kenderaan berat msk ke kawasan perumahan,pernah kah kita terfikir jika kenderaan kecemasan seperti Bomba juga kenderaan berat,bagaimana pula?...Samalah2 kita fikirkan...
BalasPadamaku kalo nepal aku respek..tp agak2 ar sesuke ati ajer nak buat jalan tuh one way ker tak..dpt permission dr sumer penduduk ker????kalo dah bnyk keta yg tak patuh mesti tak sumer setuju..same mcm apartment aku yg menaikkan yuran penyelenggaraan wpon tak smpi 70% yg setuju...naik sekali ganda plak tuh...alasan sbb dah ader org sapu kat koridor....koridor rumah aku pon biase aku yg sapu sendiri kot
BalasPadammasih ada syarikat keselamatan yang menggaji pekerja tempatan.. kenapa pilih warga asing.. kalau nak pilih syrkt keselamatan, tetapkan syarat warga tempatan
BalasPadamjust for info, fenomena biasa ramai VIP Melayu Malaysia pun lebih gemar menggaji pengawal Nepal, amah Indo, tkg masak bangsa asing .. konon tak kena bomoh..
depa ni, cakap melayu tak paham, cakap inggeris pun depa tak paham. abis tu ape kejadahnya diambil bekerja? huh!
BalasPadamDepa Pengawal Nepal cam Bangla gak "Ketibus @ Ketiak Busuk". Setiap kali saya masuk bangunan yg ada pengawal Nepal ni...antena hidung dah kembang kuncup somput bau tengik depa. Im soryyy.
BalasPadam