Rabu, Mac 16, 2011

Kami Tidak Sempat Bertanya ...

Jam 5 petang semalam, saya dan kru meninjau 2 premis menjual cakera optik di Jalan PJU 5/10, Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Lihat usaha gigih wartawan pelatih, Muhammad Arashy Mohd Azim, duduk di belakang kereta sambil merakamkan visual kru memasuki premis untuk membeli cakera optik.


Berikut pandangan dari sisi.

 
Kami ke lokasi berikutan maklumat disalurkan penonton 999.

DVD berharga RM10 dibeli penerbit, Shahnun Hanif Suhaimi.

Dia kemudian pantas berjalan keluar ke arah kereta dan memaklumkan saya ...

"Rasanya, dia orang (pekerja kedai) dah nampak awak duduk di dalam kereta," ujar Shahnun.

Hairan, bagaimana mungkin dalam keadaan hujan lebat dan cermin kereta kabur, diselaputi wap air, kehadiran saya boleh dikesan?

Pelik.

"Jomlah, kita masuk ke kedai dan tanya betul ke dia orang menjual bahan cetak rompak," kata saya kepada kru terbabit.

Sewaktu melangkah masuk, saya terlihat lelaki di bawah.


"Mana satu pekerja kedai ni?," tanya saya kepada jurukamera.

"Itulah dia," ujarnya sambil merakamkan visual lelaki terbabit.

Lelaki sama kemudian membelek beberapa cakera optik, berpura-pura menjadi pelanggan.

"Taukeh! Taukeh!," panggil saya.

Pantas dia beredar meninggalkan kedai. Pada ketika itu 3 pelanggan remaja terpinga-pinga melihat gelagat pekerja terbabit.

Kedua kedai terletak berhampiran, kosong.


STOP!

Kru 999 bukan polis atau pun penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Kami hanya wartawan, ke lokasi untuk memastikan kesahihan laporan disalurkan penonton. Andai kata mereka bersalah melanggar undang-undang, kami tidak diperuntukkan kuasa untuk memberkas mereka.

Justeru, mengapa harus melarikan diri?

Lalu kami tidak berpeluang bertanya mengenai kesahihan dakwaan pengadu.

Letih.

Kami terpaksa berdiri lebih 1 jam berhampiran kedua premis, memastikan kedai tidak diceroboh. Penat menunggu, saya membuat keputusan menghubungi Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.


"Assalamualaikum tuan! Mazidul ni. Kami membuat tinjauan di Kota Damansara sebab ada penonton mengadu fasal kedai menjual cakera optik cetak rompak. Sampai di sini,  semua pekerja pakat cabut lari. Boleh saya contact pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersil?," soal saya.

"Boleh," balas beliau ringkas.

Gerak-geri kami diperhatikan dari jauh 4 pekerja premis namun sebaik visual dirakamkan, mereka melarikan diri.


Sewaktu diperiksa, berikuta antara gambar kulit cakera optik ditemui.


Malangnya, hanya sejumlah kecil cakera optik dan beberapa perlatan komunikasi dirampas polis, selebihnya hanya pembalut cakera sahaja.

Hari ini pekerja terbabit pasti akan berniaga kembali seperti biasa. Mereka juga barangkali berfikir, jarang pihak berkuasa melakukan serbuan dua kali berturut-turut dalam tempoh terdekat.

Ahah! *blink! blink!

:)

Kalau tidak dicuba, bagaimana kita tahu hasilnya.

17 ulasan:

  1. Macam itu bisnes, byk untung ..tanpa cukai

    BalasPadam
  2. Dorang lari sebab takut nanti muka keluar kat 999... hehe..

    **Ehh, betul laa... si ibnu marzuki tu dah masuk kat page komen blog saya... huhuhu...

    BalasPadam
  3. Salam Tuan.
    Suatu hari saya di pasar malam Cahaya, Ampang. Terkejut saya, banyak peniaga VCD cetak rompak berleluasa. Tambah memalukan VCD lucah turut dijual terbuka dan dilihat oleh kanak-kanak. Tiba-tiba, kesemua penjual VCD cetak rompak lari lintang pukang. Angkat barang jualan mereka, masuk dalam kereta buruk. Rupa-rupanya MPAJ datang. Tapi masalahnya, MPAJ belum sampai dorang dah hilang macam tu je. Macam maklumat bocor je.

    Sekarang ni penjualan VCD cetak rompak makin menjadi-jadi. Yang tambah teruk, boleh pula VCD lucah dijual terbuka macam jual pisang goreng sahaja. Adoiii.

    BalasPadam
  4. Itu pasal remaja tau macamana nak bercengkerama sebelum waktunya.

    Kerana itulah kebejatan sosial menjadi-jadi.

    Disebabkan itulah bersekedudukan tanpa nikah menjadi biasa.

    Hasilnya = Bayi a.k.a Manusia a.k.a Nyawa dibuang spt sampah.

    Biarkan... biarkan... biarkan...?

    BalasPadam
  5. Sesekali patut buat serbuan berturut-turut nih. Pernah lihat sendiri, sebaik sahaja pegawai penguatkuasa balik mereka ini akan mula berniaga semula.

    BalasPadam
  6. maknanya imformer mereka ada di mana-mana, hari ni pergi lagilah ..

    tutup ke tidak kedai tu hari ni

    BalasPadam
  7. Berniaga VCD / DVD haram cepat berkembang kerana untung nya terlalu banyak - diantara 500 % hingga 800 % untuk sekeping!

    Diorang langsung tak kisah kalau pihak berkuasa rampas semua CD tersebut kerana selama ini telah membuat banyak keuntungan, asalkan jangan diorang yang kena tangkap cukuplah. Esok hari diorang boleh cari tempat lain / taktik lain untuk terus berniaga cara haram itu.

    BalasPadam
  8. Polis....VCD cetak rompak....Polis....VCD cetak rompak...Polis.....VCD cetak rompak....emmm...macam ada yang tak kena je....iyeke!!!!!!

    tahirnisa@blogspot.com

    BalasPadam
  9. Cik Azz,
    adaku kisah? SO what, biarkan Ia dgn dunianya.

    BalasPadam
  10. yg untung berniaga,orang depa... yg rosak, kangkang sana sini..buang sana sini.. orang kita lah...hmm..

    BalasPadam
  11. rasanya penat abg Mazidul tunggu depan kedai tu..

    dorang betul2 takut tu

    BalasPadam
  12. dorang berani sebab dorang cekal meniaga kan.. walaupun meniaga haram ek..

    http://see-if-i-really-care.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. hati diorang cekal.
    itu fasal berapa kali kena ambush pun no hal.
    cuma tak mahu jadi terkenal sebagai pembekal.

    BalasPadam
  14. "cetak rompak adalah kerja org dlm"..pi tgk pilem Kembara Seniman jalanan

    BalasPadam
  15. Kebejatan akan terusan berkembang... bayangkan semua VCD cetak rompak tak ada lagi; masih ada juga kebejatan... mungkin melalui dunia maya pula... pokok pangkalnya adalah iman!...

    Jika tanpa pelanggan pastinya akan mudahlah masalah cetak rompak ini akan terkubur.. selalu amat kita bahaskan masalah ini!.. ianya masih ditaraf sukar dihapuskan.

    Kebelakangan ini saya sekeluarga amat jarang beli VCD lagi sebab semuanya boleh dimuat turun di internet; saya pula lebih terkesima pergi menonton wayang dari menonton VCD.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.