9 Mac lalu saya dan penerbit 999, Shahnun Hanif Suhaimi berada di Sandakan, Sabah. Kami menetap di Swiss Inn Hotel.
Jam 8 malam, tiba-tiba ...
Black out!
Bilik penginapan gelap-gelita biarpun pada ketika itu saya sedang sibuk memeriksa skrip 999 dihantar wartawan untuk siaran 10 Mac 2011. Mujur beberapa kakitangan hotel datang menghantar lilin untuk menerangi kamar.
"Sabah Electric Sendirian Berhad bilang ada power over load, generator hotel tak cukup untuk bekalkan elektrik kepada semua bilik, maaf encik Mazidul," ujar mereka sopan.
Best kan? Saya menaip di dalam gelap, mujur ada broadband untuk menghantar kembali semua skrip telah diperiksa melalui emel.
Kami dipanggil sebagai saksi awam, membantu perbicaraan kes pemerdagangan orang, dibongkar di Sandakan pada Mei tahun lalu.
Sebelum ini, berulang kali kami berdua dipanggil ke mahkamah tetapi kaedah digunakan tidak mengikut prosedur.
Masakah saksi awam dipanggil menggunakan semboyan polis? Adakah itu kaedah pemanggilan saksi ke mahkamah? Pelik.
"Tuan, kami saksi awam, bukan polis. Mana sapina?," soalan saya kepada pegawai penyiasat kes.
Tanpa sapina, tiada dokumen untuk dikemukakan kepada majikan sebagai bukti untuk kami memenuhi tanggungjawab memberikan keterangan di mahkamah. Jelasnya, kami berdua bertugas dengan TV3 bukan pasukan Polis Diraja Malaysia.
Lebih tidak selesa, anggota polis menguruskan waran tiket hanya menghubungi saya pada jam 11.30 pagi, 9 Mac lalu, hari kami berangkat ke Sandakan.
Sebelum ini, berulang kali kami berdua dipanggil ke mahkamah tetapi kaedah digunakan tidak mengikut prosedur.
Masakah saksi awam dipanggil menggunakan semboyan polis? Adakah itu kaedah pemanggilan saksi ke mahkamah? Pelik.
"Tuan, kami saksi awam, bukan polis. Mana sapina?," soalan saya kepada pegawai penyiasat kes.
Tanpa sapina, tiada dokumen untuk dikemukakan kepada majikan sebagai bukti untuk kami memenuhi tanggungjawab memberikan keterangan di mahkamah. Jelasnya, kami berdua bertugas dengan TV3 bukan pasukan Polis Diraja Malaysia.
Lebih tidak selesa, anggota polis menguruskan waran tiket hanya menghubungi saya pada jam 11.30 pagi, 9 Mac lalu, hari kami berangkat ke Sandakan.
"Encik Mazidul, waran tiket sudah siap, boleh ambil," katanya.
"Flight jam 3 petang, mana sempat. Kami guna tiket TV3 sahaja," ujar saya.
Hemat saya, pihak polis wajar menyediakan tiket terbabit lebih awal bagi memudahkan perjalanan kami.
Lebih malang lagi, sewaktu tiba di Sandakan pada jam 6 petang, semua pegawai polis termasuk pegawai penyiasat, IO kes kami hubungi tidak mengangkat panggilan. Saya kemudian menghubungi Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib melalui pesanan ringkas, SMS.
'Sekejap Yob, nanti ada pegawai datang bawa pergi makan'
Itu SMS dihantar beliau.
Sebenarnya keresahan saya dan Shahnun lebih tertumpu kepada keselamatan sebagai saksi. Untuk rekod, kami bukan terbabit membongkar kes curi ayam tetapi kes pemerdagangan 8 warga Filipina, 6 perempuan dan 2 lelaki berusia di antara 14 dan 27 tahun.
Hairan, tiada langsung pihak mengambil kira berhubung isu keselamatan kami. Maklumlah, di tanah asing, pelbagai kejadian tidak dijangka boleh berlaku.
Mujur Shahnun bertindak menghubungi pegawai dan penguatkuasa Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM di Sandakan, kumpulan sama membantu kami membawa mangsa dari Telupid ke Sandakan pada 21 Mei 2010.
8.30 pagi, 10 Mac, kami dijemput 2 penguatkuasa APMM di lobi hotel dan membawa kami ke mahkamah.
Kopral Rozaimi Ab Halim (kiri), 32, dan Leftenan Sahrih Samsudin (kanan), 31 tahun, sabar menunggu, sewaktu kami memberikan keterangan di Mahkamah Majestrit Sandakan. Jasa mereka kami kenang, terima kasih.
Benar kata pepatah Melayu, kawan ketika senang, ramai. Ketika susah? Belum tentu.
Leftenan Sahrih Samsudin
Kepada pembaca belum berpeluang melihat bagaimana rupa sapina, gambar berikut saya kongsikan.
Berikut pula sapina Shahnun dieja dengan nama salah. Siapa 'Shnun Nin Hanif'?
Sesi perbicaraan bermula pada jam 9.30 pagi, Shahnun memberikan keterangan. Sebelum itu kami bersembang di ruang legar mahkamah.
Shahnun bertemu Timbalan Pendakwa Raya sebelum masuk ke mahkamah.
Ya! Ya! Di mahkamah pun ada sebilangan sudi bergambar. Gadis di tengah, juru jual kereta Proton, mencari pelanggan di kawasan mahkamah, barangkali.
Sewaktu bersarapan pagi di kantin mahkamah, kami terserempak IO (kanan) berpangkat Inspektor tetapi mungkin beliau sudah tidak mengenali kami lagi.
Mahkamah Sesyen 1, kamar perbicaraan. Hakim bertugas, Ummu Kalthom Abdul Samad. Beliau dikatakan hakim bersikap tegas tetapi berkomunikasi dengan kami secara baik dan mesra di sepanjang sesi perbicaraan.
Shahnun memberikan keterangan selama lebih 6 jam.
Manakala saya menunggu sehari suntuk di bilik saksi.
Tertuduh, Lainee Ong John, warga Filipina dan lelaki Cina dipercayai teman lelakinya turut berada di dalam kandang tertuduh mahkamah. Lainee dipenjara, tidak dibenarkan diikat jamin sejak ditahan Mei lalu.
Manakala lelaki di bawah diberikan jaminan polis. Lalu dia bebas bergerak selepas setiap kali sesi perbicaraan.
11 Mac, hari kedua perbicaraan, wanita, jiran tertuduh turut hadir di mahkamah sebagai saksi. Shahnun bertemu wanita beranak 2 tinggal di Taman Mawar itu, sejurus dia selesai memberikan keterangan.
Dia juga meluahkan kebimbangan berhubung keselamatannya sebagai saksi.
Pada jam 12 tengahari kami dibawa kenalan, Kopral Anuar Muda, makan seafood di restoran berhampiran pantai. Semua hidangan segar membuka selera biarpun pada waktu petang, giliran saya memberikan keterangan.
Saya mula memberikan keterangan sebagai saksi pada jam 3 petang dan berakhir 90 minit kemudian.
Sekiranya tertuduh disabitkan kesalahan, dia pesalah kes pemerdagangan orang pertama di Sandakan.
Apapun, saya masih keliru, adakah isu keselamatan kami sebagai saksi awam harus dipandang remeh? Sedangkan tujuan kami, membantu pendakwaan untuk mensabitkan kesalahan tertuduh kes pemerdagangan orang?
Barangkali, sebilangan pembaca bekerjaya sebagai peguam atau polis mampu menjelaskan?
Nampaknya, rakyat yg tada wang, kais pagi, kena fikir nak jadi saksi.
BalasPadamBila ketawa, ramai yang ingin turut serta. Kala menangis, sendirianlah di sudut sepi...
BalasPadamsy setuju....bila senang raaamai kawan yg mengaku kawan taaapi bila susah suruh ngaku je pun dia xnak....
BalasPadamSetuju dengan ZZ,agaknya sebab tu lah, walau ada yang tahu dengan terperinci tentang sesuatu kes, mendiamkan diri. Tambahan pula ke mahkamah tanpa ada kawalan keselamatan yang rapi. Kalaulah ada konco-konco kes terbabit yang tau akan kehadiran saksi-saksi ni, silap-silap nyawa jadi taruhan, kena ambush...
BalasPadamDari dulu sampai sekarang tak pernah berubah,layanan terhadap orang yang jadi saksi polis.Bahaya kalau kes jenayah besar.
BalasPadamTidak semudah yang sangka, tidak setenang yang kita amati, tugasan wartawan dalam kes jenayah sebegini seharusnya pihak keselamatan dapat memikir sesuatu langkah bagi menghindari sebarang kemungkinan ancaman yang tidak terduga.
BalasPadamJangan sekadar kita leka melihat drama di skrin TV atau filem di layar perak sahaja bagaimana bahayanya kerja wartawan seperti Bro Maz.
Berjuang tanpa senjata tak ubah bagaikan ceritera bangsawan zaman dahulu kala; sedangkan taraf keselamatan di zaman kini telah amat canggih & menyakinkan... manfaatkanlah.
setuju dengan zeqzeq. dapat saksi kejadian tapi risau nak bg keterangan sebab keselamatan.
BalasPadamkes macam nilah yang menyebabkan orang awam malas nak terlibat dalam memberi maklumat kepada pihak berkuasa kerana takut keselamatan terancam..
BalasPadamtu sebab ada yang mendiamkan diri sebab takut menjadi saksi kerana keselamatn kita tidak terjamin
BalasPadamkita tak boleh ke tolak je sapina mahkamah ni? dulu ada ex PM boleh je tolak sapina utk jadi saksi
BalasPadamtp klau sksi trsebut ialah org kenamaan, brduyun2 yg escort wlaupun kes kecil. hairan sgt~
BalasPadamsungguh bahaya! kalau saya ada info pun takut nak bg tau camni.. tiada jaminan keselamatan utk saksi..
BalasPadamApa yang berlaku kepada Mazidul dan Shahnun biarlah menjadi iktibar kepada kita semua, bahawa prestasi dan tindakan PDRM memang belum mencapai tahap memuaskan. Kepada pembaca dan Mazidul sendiri, dijemput untuk membaca pendapat saya melalui penulisan di blog saya tentang apa yang berlaku diSandakan.
BalasPadamtahirnisa@blogspot.com
Jadi saksi memang berisiko besar.. terutama yang melibatkan kes jenayah.. keselamatan saksi mesti diutamakan..kalau saya berada di situasi abg dul.. memang pikir banyak kali gak nak jadi saksi..
BalasPadamKerana longgarnya akta kerahsiaan & keselamatan ke atas saksilah maka ramai yang hanya menyaksikan sesuatu perlakuan jenayah - untuk ke depan menjadi saksi boleh dibilang dgn jari. Walaupun sudah berfikir 100 kali, langkah ke depan semakin mundur, berundur...
BalasPadamSaudara berdua hebat! Syabas!
Untuk saudara..
BalasPadamKebiasaan nyerr sepina dikeluarkan lebih awal dan akan diserahkan sendiri oleh pihak PDRM kepada saksi.. Sekira nyerr enggan memberikan kerjasama.. tindakan undang2 boleh diambil.. Untuk kes saudara berdua.. Rasa nyerr kalau tak datang pun tak menjadi masalah sebab sepina harus diserahkan dalam tempoh 12 minggu sebelum perbicaraan.
Isu keselamatan? Sebenarnya adalah menjadi tanggungjawab PDRM untuk memastikan saksi tersebut berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Sekira nyerr saudara berdua kurang berpuas hati terhadap insiden ini.. Boleh adukan pada pihak tatatertib.. Tindakan akan diambil segera.. Itu guna nyerr kita sebagai mata dan telinga.. Saling bantu membantu untuk memperkukuhkan sistem perundangan di Malaysia.
Benarkah pendapat mengatakan tsunami di Jepun baru2 ini cuba mencari ajal pelakon lucah yang terkenal Jepun yang amat digemari rakyat Indonesia - Maria Ozawa?
BalasPadamUmurnya masih panjang - beliau terselamat dalam tsunami itu dan membolehkan beliau untuk kembali beraksi dalam lebih banyak lagi filem porno - utk merosakkan dunia.
en mazidul...halal ke restoran tu?kat sini kena hati-hati sikit kalau nak carik tempat makan :)
BalasPadamprosedur dia salah tu... mana boleh semboyan kat saksi awam... sapina 12 hari awal... kalau tak cukup syarat tak perlu hadir.. waran tangkap tak keluar,
BalasPadamkalau lambat buat sapina pun, call saksi n serah masa saksi hadir sekurang2nya dapat claim duit perjalanan, sebenaqnya bila ada sapina boleh claim elaun saksi...
dan bab keselamatan, kalau takut keselamatan sebelum datang call IO mintak tolong sediakan pengangkutan,
bab panggilan saksi, terpulang kepada DPP/PO kalau dia minitkan untuk panggil semua saksi yang terlibat maka IO pun terpaksa la buat sapina untuk semua, kalau dia minit sesetengah orang saja, sapina pun untuk sesetengah orang saja, tu ikut skill DPP/po atur saksi untuk beri keterangan... apa2 pun semboyan untuk saksi awam tu tak setuju den
apa apa pun ada tempat untuk adu