Berikut komen blogger tanpa profil, Alan dilontarkan di ruang komen tampalan Kencing Serentak.
'Salam 1 Malaysia saudara Mazidul.. Mmg benar akan pendedahan saudara itu namun saya kurang sokong pendedahan yang hanya tertumpu di Miri sahaja. Saya sbg warga Miri seakan terhina sedangkan di Kota Kinabalu, Sabah & juga Semenanjung pun sama juga keadaannya. Adakah saudara ini seorang yang berat sebelah??? Ataupun saudara sudah tidak berani dgn gangster2 di Sabah & Semenanjung dan ingin menunjukkan belang saudara di Sarawak??? Kalau nak buat pendedahan biarlah seluruh Malaysia. Dan yg membaca blog ini, kalau tiada permintaan, tiada penjualan. Malah, jika pengusaha filem dan drama tidak mementingkan untung sahaja, nak jadi artis demand, tak payah buat filem. Penonton akan tengok VCD & DVD hanya paling maksimapun 4 kali, lepas tu buang. Klu dh 1 DVD sampai RM49.90 pun, nenek saya pun nak jadi pengusaha filem. Rakyat takkan membazir duit. Ini semua berpunca dari sumber, iaitu "PENGUSAHA/PENGGIAT FILEM/DRAMA MALAYSIA". Klu murah, dh tentu org akan beli. Akhir sekali, nak pendedahan biarlah ADIL. Saya rasa klu Mazidul seorang wartawan yg ikhlas, blog saya ini akan dipaparkan. Salam 1 Malaysia (sambil tangan kanan melambai2)'
Berikut komen saya.
1. Saya ke lokasi terbabit untuk membeli ikan terubuk BUKAN membuat liputan untuk program 999. Bagaimanapun sewaktu tiba di pusat membeli-belah itu saya terlihat beberapa premis memasarkan cakera optik cetak rompak.
Ya, saya akui fakta premis lain di lokasi berbeza di seluruh negara turut menjalankan perniagaan serupa. Berhubung liputan, sebagai wartawan, sebelum ini saya dan kru berulangkali membuat liputan kes sama di pelbagai lokasi. Jadi, tuduhan Alan mengatakan tindakan saya kononnya berat sebelah, hanya membuat liputan di Miri ternyata tidak benar.
Seperkara lagi, kes itu dipaparkan di blog ini, TIDAK di televisyen. Secara kebetulan saya terlihat tindakan melampau peniaga meletakkan rak cakera optik cetak rompak di ruang luar premis perniagaan mereka lalu saya rakamkan gambar. Kita semua tahu, memasarkan cakera optik cetak rompak satu kesalahan biar di mana sekalipun tetapi hemat saya, tindakan peniaga terbabit sudah keterlaluan. Lalu menggunakan kapasiti sebagai blogger saya muatkan tampalan berhubung kes terbabit.
Itu inisiatif peribadi saya dan tiada hubungkait dengan kerjaya sebagai wartawan.
2. Gengster di Sabah dan Semenanjung? Barangkali Alan mengenali mereka, saya tidak. Justeru tidak timbul soal takut membikin liputan. Lagipun, dalam bidang kewartawanan, kami akur, jika tidak berani dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
3. Adakah tindakan saya menulis berhubung kes terbabit menunjukkan saya hanya berani menunjukkan belang di Sarawak seperti didakwa Alan?
Saya tiada belang untuk ditunjukkan, hanya sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia cuba membantu pihak berkuasa mencegah kegiatan bercanggah dengan undang-undang berlaku di depan mata.
4. Ya, saya paparkan komen Alan dalam tampalan khas untuk tatapan dan penilaian semua pembaca.
5. Peringatan saya kepada Alan, berfikir sebelum menulis bukan sebaliknya kerana catatan anda melambangkan corak pemikiran diri.
6. Apapun terima kasih kepada penduduk Miri sudi bertemu dan menyapa saya sewaktu berada di sana.
Antara mereka, peniaga sayur-sayuran ini.
Ibu dan anak, sudi bertanya khabar sekaligus merakamkan gambar bersama saya dan wartawan 999, Hazlin Hussain.
Peniaga warga emas di pasar berikut tersenyum sejurus melihat kelibat kru berhampiran gerainya.
... dan tidak lupa, 2 peniaga secara terbuka mengaku memasarkan rokok seludup majoriti jenama Indonesia di bandaraya Miri ini.
Fakta adalah fakta, bukan rekaan bertujuan menghina sesiapa.
"Kalau polis atau kastam mali, kita olang lali," ujar mereka.
Ops! Alan, sorry I've got to go, nak kencing (jalan laju sambil kepit).
hehehe ending entri ni best!
BalasPadamSempat cari tandas tak? ;-)
BalasPadamAs salam Tuan Mazidul,
BalasPadamsaya suka komen balas tuan kepada
Alan,Miri.Kepada Alan,"berfikir dahulu sebelum menulis"
T.Kasih
Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat
Salam...
BalasPadamSikap...?
Tak terkomen....
Think positif.
mungkin en mazidul ada belang tarung cuma tak nampak jer.. macam komik pendekar laut.. hehehehe
BalasPadamNak kencing, lainkali spare Pamper dewasa. Kembara je pakai.
BalasPadamAda kelas apa masuk Tv, blog..glemer U.org kenal. Ujud dalam peta..
uiks...pose ala2 model gitu..hahahaa
BalasPadamMungkin utk seketika kita boleh abaikan segala sebab dan alasan...
BalasPadamkecuali
TANGGUNGJAWAB SOSIAL sebagai rakyat Malaysia.!
setuju, BRO?
Azie, itulah phrasa tepat, tanggungjawab sosial.
BalasPadamCuma saya antara mereka ingin melaksanakannnya dalam hal ini.
mgkn dia rasa malu sebab itu daerah kawasan dia, mgkn masa dia cipta entry tu dalam keadaan sedang jadi dlm blog abg maz jd mgsa... takpun dia mmg nak glam. tp biarlah dia... bak kata kak azieazah:
BalasPadamTANGGUNGJAWAB SOSIAL sebagai rakyat Malaysia.!
hmm...tak puas atilah dgn si ALAN nie...mmg komen berdasarkan pemikiran dia je.....i pun dr miri gak...i tak malu...walaupun berita jenayah dr miri nie mmg teruk .....tapi..itulah kenyatannya....cuma..pihak berkuasa sambil lewa nak ambik tindakan yg berkaitan..kesaal sgt2...
BalasPadamsalam. saya berharap pembaca dan Mazidul sendiri akan dapat membaca ulasan saya di www.tahirnisa@blogspot.com berkenaan penjualan vcd/dvd cetak rompak.
BalasPadamoh Alan : kamu memalukan sy sebagai org Miri. knp nak marah Encik Mazidul? tu kan kerja dia. bkannya dia menghina orang pun.Kamu ada baca ke the entire blog? dari post paling awal smpai yg akhir? Encik Mazidul cakap ttng kat Miri sja kah? tolonglah. "Berfikir dulu sebelum menulis" . or rakan kamu ke yg kena tangkap tu sbb tu mengamuk? Please la, jgn nak memalukan kami. He's doing his job, berterima kasih la sikit.
BalasPadammemang benar lah tu tulisan nya mencerminkan tahap pemikiran nya..lawak,sempat lagi saudara mazidul perli Alan dgn adegan kaki kepit tahan kencing....
BalasPadamassalamualaikum, saudara mazidul saya rasa anda benar2 berani kerana terjah di sarawak tu, saya rasa si alan tu tak ada otak.......
BalasPadamMungkin dia tak baca tempelan Bro sebelum ni yg bukan hanya tertumpu di Miri....Yg ending tu, Bro kalu nak terkencing pun jangan la tunjuk gambar terkepit tu kat sini, malu auuuuww...hehehhe...
BalasPadamMischelle, terima kasih kerana memahami tujuan nukilan saya.
BalasPadamAjak, saya rakamkan gambar kepit di depan kedai menjual cakera optik cetak rompak terbabit setelah pekerja menarik shutter dan mengunci pintu.
Novelgals, thanks. Miri bagi saya bandaraya cukup menarik.
BalasPadamSaya menetap di Imperial Hotel, no problem at all dan secara kebetulan pekerja restorannya, Fergie, pembaca blog ini.
terima kasih kepada saudara kerana telah melawat bandar raya myy..dan liputan yang telah anda buat di sini..keep up the good work bro..
BalasPadamTayry, saya gembira berada di sana biarpun dalam waktu singkat.
BalasPadamMakan di Restoran Lelapan dan Muara, sedap.
Thanks.
u do a good job...berani, confident, peramah... all the best for u... regard,fergie...
BalasPadambro mazidul...perhebatkan lagi pendedahan jenayah2 yg berlaku di miri....byak lagi yg blom di dedahkan..
BalasPadamdari cara Alan berfikir mengenai untung rugi membuat filem dah nampak Alan seorang yang cepat melatah and tidak berfikir panjang.. bak kata orang sarawak.... "iboh merik malu kedirik jak eh"
BalasPadam