Indahnya pemandangan saya rakamkan dari puncak bukit buatan manusia di Tanjung Rambutan, Perak.
Perhatikan burung bangau duduk bertenggek di atas pokok.
Nikmati pula keunikan gambar di bawah. Ratusan burung berterbangan bebas di udara.
Biarpun cantik pada pandangan mata, saya tidak fikir pembaca berasa selesa berada di lokasi 2 gambar terbabit saya rakamkan.
Mengapa?
Di kawasan sama saya abadikan beberapa gambar di bawah.
Tapak pelupusan sampah terbabit turut menjadi lokasi ratusan lembu mencari makan.
... anjing peneman haiwan terbabit
Saya dan kru ke tapak pelupusan sampah bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Perak, 26 Mac lalu.
7 lelaki disyaki penagih dadah bekerja di tapak pelupusan sampah terbabit diberkas. Enam daripada mereka didapati positif dadah jenis morfin setelah menjalani ujian saringan air kencing di Balai Polis Tanjung Rambutan.
Saya difahamkan, majoriti penduduk daerah terbabit, lebih gemar menggunakan nama 'Tanjung', bukan Tanjung Rambutan.
Saya difahamkan, majoriti penduduk daerah terbabit, lebih gemar menggunakan nama 'Tanjung', bukan Tanjung Rambutan.
Terima kasih kepada semua pegawai dan anggota membantu menjayakan Ops Tapis bersama kru 999.
Hasil rakaman penuh akan disiarkan pada Khamis ini, jam 9 malam di 999. Jangan lupa menyaksikan antara operasi paling unik pernah saya sertai dimuatkan dengan adengan kejar mengejar, tangisan dan jeritan.
Indahnya pemandangan dalam gambar pertama dan kedua, namun gambar seterusnya memang 'mengencatkan' selera! :(
BalasPadamDadah musuh nombor satu negara. Memang patut hukuman gantung sampai mati dikenakan kepada pesalah pengedar dadah. Perosak anak bangsa. Tengoklah hasil pengedaran dadah. Anak-anak melayu jugak yang menjadi penagih. Siapa yang pengedarnya? Hhmmm.. sama2 kita renungkan...
BalasPadamSihat-sihat lembu di situ.
BalasPadambaru nak layan gambo syok...terus terbantut selera...huhu...lembu dan anjing bets fren ek.
BalasPadamknp dibiarkan lembu2 tu disitu?dgn keadaan yg kotor pastu ntah2 lembu2 dijual kpd org ramai.erk! menakutkannye...
BalasPadamHewan pandai berkawan, inikan insan
BalasPadamnaseb aku tak mkn daging lembu huhuhu..
BalasPadam(gile gatai punyer anjing dok bwh ttk lembu)
hahaha..mmg dekat umah ila ...huhu..mmg area tu panaz skett..kes curik pon banyak..
BalasPadamWalaupun jauh tapi tu negeri teman...di kampung2 pun dadah ni berleluasa, terutama yg bekerja nelayan( berdekatan pantai )...orang kata la ( bukan saya kata hehehe )...tokeh yg sewakan bot kepada nelayan yg kenalkan nelayan dgn dadah2 ni...tak taulah..melayu gak yg jadi nelayan, bangsa lain gak yg jadi tokeh bot & tokeh dadah...
BalasPadamPatut pun mereka kerja kat tempat buang sampah sebab mereka pun sampah...sampah masyarakat.
BalasPadamcantiknye rambut hazlin...berkilat2..:)
BalasPadambtw,masalah dadah ni xkn selesai slg pembekalnya bermaharajalela..
Saya baru pulang dari Ipoh; telah tinggalkan bandar Ipoh sejak tahun 1977 zaman sekolah di sana memang banyak kenangannya.
BalasPadamKhabarnya Tambun serta Tanjung Rambutan sudah jauh pesat membangun mengalahkan Pusat Bandar Ipoh sibuknya;
Tidaklah saya sangka Burung Gagak yang amat sinonim dengan Klang sudah membiak di sana.
Adoi! orang kampung saya sebut Tanjung Rambutan dah teringat ke lain kalau dah begini keadaannya ish! lagi bertambah lainlah pandangan kami.