Menurut Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dalam ruangan ‘Bimbingan’, Harian Metro semalam, hukum menyertai Facebook, harus.
Berikut petikan beberapa kesimpulan dirumuskan beliau.
1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook, harus selagi Facebook tidak terbukti menggunakan pengaruh dan keuntungan untuk menyerang Islam melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.
2. Bagi mereka tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook dinasihatkan tidak membuka dan menyertai Facebook. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh pengguna Facebook melalakukan perkara haram.
3. Manfaatkan akaun Facebook untuk umat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang di Facebook wajar digunakan untuk mempromosikan kefahaman Islam melaui tulisan, video, audio dan sebagainya.
4. Had dan kurangkan perbincangan membuang masa berhubung soal remeh temeh.
5. Khusus bagi wanita, usah berkongsi terlalu banyak gambar peribadi sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana gambar terbabit bakal membawa mudarat berbanding manfaat.
Ulasan penuh beliau boleh dibaca di sini.
Berikut komen saya.
1. Saya telah menutup akaun Facebook dan tidak bercadang membukanya kembali. Pada masa sama saya tidak berhasrat mendorong sesiapa mengambil tindakan sama. Itu keputusan saya, anda mempunyai hak tersendiri.
2. Majoriti pengguna Facebook saya kenali kelihatan terlalu taksub 'melayan' laman sosial terbabit sehingga kelihatan tidak lengkap kehidupan harian andai tidak berinteraksi bersama rakan lain.
3. Bagi pengguna Facebook bertujuan mencari kenalan lama bertujuan mempereratkan hubungan, teruskan usaha itu.
4. Ramai pengguna Facebook berselindung di sebalik gambar dan nickname. Tindakan bijak untuk melindungi identiti tetapi sejauhmanakah mereka boleh dijadikan kawan?
5. Facebook antara laman sosial dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya pengguna mudah tertipu. Maka, berhati-hati sewaktu berinteraksi bersama kelompok tidak dikenali. Usah terlalu mudah jatuh hati dengan ayat-ayat cinta mampu mengundang bahana. Jangan sudah terantuk baharulah terngadah.
6. Usah terlalu kerap menggunakan Facebook untuk tujuan bersembang kosong sehingga mengganggu pekerjaan di pejabat. Kepada pengguna cuba menafikan kenyataan ini, 'those who are in denial', cuba jangan menggunakan Facebook sehari, anda faham maksud saya.

sesuai untuk manusia yang taksub facebook...
BalasPadammacam taksub dengan 3line
gyahhahaa~
same thing different issues~
komen peribadi saya:
BalasPadam1. saya menggunakan facebook sehari sekali atau terlebih dua kali sehari. [bukan untuk bermain game, semak update status rakan2, mesej atau melihat gambar rakan2, kadang2 rakan2 kita memberi nostalgia gambar2 lama]
2. sudah beberapa saya bertemu kembali rakan2 lama waima rakan sekolah rendah. sangat kagum dengan kawan2 saya yang mampu mengingat nama saya. Terima kasih teman!
3. 2 kali terjumpa kekasih lama. hehehehe.
4. Kumpulan relative saya semakin membesar, saudara mara semua berkumpul di facebook. lebih ramah berbanding bertemu setahun sekali sewaktu hari raya.
Antara taksub dan kepentingan. semua sudah dewasa dan ada pilihan.
BalasPadamAnak2 sahaja yang tiada pilihan dan guling2 menangis bila sudah minat nak ais krim.
"nak ais kerim"..
"nak eskrim"
sebab sifat kanak2 sahaja yang selalunya tiada pilihan.
tak demam pun jika selalu makan daging tak makan ikan,sebaliknya.
setakat ini (salahseorang) Khalifah Ummar yang berani cakap serupa bikin walaupun terkena HIDUNG, anak dan sendiri..(atau keluarga)..tiada unsur kepentingan peribadi.
BalasPadamGuna facebook ni tengok atas niat masing-masing la. Tapi jangan la salah guna pulak kemudahan yang ada dengan menyebarkan fitnah dan buat ancaman sehingga menganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam.
BalasPadamsalam,
BalasPadambagi pendapat saya abang, apa yang penting bagaimana kita mempergunakan ia, jika niat buruk maka buruk jadi, jika baik maka baik jadinya, macam saya gunakan ia untuk bisnes
as-salam MFAA,
BalasPadambergantung sesetengah orang,, NIAT menghalalkan cara/alat?
emmm!
BalasPadamsy pun ada FB ni tetapi tidaklah aktif. Barangkali seminggu dua tiga kali sahaja sy buka. Sy cukup serabut buka FB byk games byk animasi yg barangkali tidak sesuai dgn jiwa sy. Sewbab itu sy lebih suka berblog atau kalau nak tinggal pesanan sy lebih suka guna YM.
BalasPadamKadang kala sy heran macamana manusia dewasa boleh leka dgn games di FB!
bergantung pada niat memasing.. saya pun ada FB, tp tak lar xcited sangat tentang tu.. Game pun tak pernah buka.
BalasPadamKenal ICT/internet/lamansesawang/duniamaya sejak awal tahun 1990an lagi.
BalasPadamDari ruang cit cat MIRC/YM/Forum/Hi5/Tagged/MySpace/Kawanku entah apa wadah lagi, entah kenapa akhirnya bila telah semakin tua saya lebih tertarik dengan blog. Lebih ringkas, lebih senang tak sebanyak FB menunya.
Cerita tentang penyelewengan mereka di internet ini dah tak larat nak dengar. Ada yang jujur tapi tak ramai. Ada yang ambil kesempatan menang terlalu banyak. Saya benci orang kebanyakan ini.
Puncanya pada diri. Maka itu saya sering menulis tentang bahayanya berkenalan dalam internet jika tak jujur & hati-hati. Samalah SMS & talian hayat yang lain.
Terlalu kerap kita salah gunakan; maka itu saya bukan jenis org yang bergayut dengan telefon bimbit.
pernah dgr yang segala data yang kita letak dalam facebook tu,dihantar kepada CIA dan FBI untuk disimpan sebagai rekod mereka.padahal identiti kita adalah sesuatu yang private& confidential.tapi orang kita tanpa berpikir panjang letak segala gambar di facebook,segala detail,daripada nama tadika ,nama sekolah rendah bla bla bla,tempat tinggal,nama ahli keluarga,mak bapak....
BalasPadamsecara tak langsung kita telah menolong amerika mencabul sedikit privacy kita