Sabtu, Januari 02, 2010

Bila Nenek Menari

“Welcome to Tamparuli,” kata Datuk Jahid Jahim.

Saya disambut mesra beliau dan keluarga pengantin diraikan di Kampung Bontoi semalam. Untuk rekod, Datuk Jahid, wakil rakyat Tamparuli masuk penggal kedua.

Saya kemudian diperkenalkan kepada lelaki murah senyuman, Robert Ugau.

“Ini keluarga satu Malaysia, semua ada,” kata Ketua Kampung berusia 50 tahun itu kemudian meneguk beer di dalam tin, Skol Super.

“In this family, Islam ada, Kristian ada, pagan (warga tanpa agama) pun ada juga,” sambut Datuk Jahid.

Menurut beliau lagi, kampung terbabit dihuni lebih 5,000 penduduk, majoriti suku kaum Kadazan dan Dusun.

Saya berkesempatan mengabadikan gambar bersama pengantin berketurunan Dusun, Charlebe dan Bibiana, keduanya berusia 25 tahun kira-kira setengah jam sebelum acara memotong kek bermula. Pasangan suami isteri berkahwin pada 1.1.2010 itu kelihatan segak dan manis berpakaian tradisional masyarakat Dusun. Mereka berjalan sambil bersalaman, mesra melayan dan merakamkan gambar bersama sanak saudara dan tetamu sambil diringi lagu Awie, ‘Iris’ didendangkan pancaragam ‘3-piece’ tempatan.

Sewaktu berehat sebentar, saya disapa nenek pengantin, Laen, 73 tahun, berkebaya lama sedang duduk di meja hadapan.

“Sila makan, ini semua orang Islam masak,” dia mempelawa saya sambil tersenyum.

“Terima kasih,” balas saya.

Ingin benar saya menjamah udang tumis kelihatan menyelerakan terhidang di atas meja tetapi perut terasa kenyang selepas makan tengah hari awal di Kota Kinabalu sebelum berkunjung ke majlis terbabit.

Pada jam 3.30 petang, 5 wanita warga emas mula memalu gong berirama tradisional. Wajah unik dan selamba mereka menarik perhatian saya. Ketika itu Laen mula menari di antara meja dipenuhi tetamu.

“Itu tarian Sumayau,” celah Robert.

“Sumayau atau Sumazau?,” tanya saya untuk kepastian.

“Sumazau tarian orang Kadazan, Sumayau, orang Dusun,” jelasnya.

Nenek kemudian disertai beberapa lagi kaum keluarga lain, menari dalam bentuk bulatan sambil mengepak-ngepakkan tangan mereka, lebih kurang sama berbanding tarian Sumazau, cuma kaki tidak dijengketkan.

“Ikuti persembahan Akademi Fantasia musim ke 8, langsung dari Kampung Bontoi!,” ujar saya menggunakan mikrofon dihulurkan Robert.

Tetamu tertawa, terusik dengan pengumuman spontan itu, barangkali.

“Macam anak dara menari,” saya mengusik Laen.

Dia juga tertawa sambil meneruskan tarian pertama kali saya saksikan itu. Di Semenanjung Malaysia, jarang benar saya dapat melihat wanita seusia itu menampilkan bakat di majlis keraian. Benar kata pepatah Melayu, lain padang, lain belalang.

15 ulasan:

  1. lagi bagus jika abg mazidul ada gambar..

    lagi menarik..

    BalasPadam
  2. itulah perbezaan masyarakat Malaysia Borneo. aramaiti!

    BalasPadam
  3. Benar juga kata pepatah. "jauh perjalanan, luas pemandangan".. hehe.. Setakat hari ni, baru tau ada 'sumazau' dan ada 'sumayau'.

    BalasPadam
  4. salam,
    Satu perkataan yang saya terfikir iaitu uniknya Malaysia

    BalasPadam
  5. Pengalaman saya di majlis perkahwinan adik dgn org Kg. Biau, papar Sabah. Slps majlis marhaban yang bergema menaikkan bulu roma telah berlansung acara joget lambak yang melibatkan warga veteran hingga kanak-kanak. hadiah disediakan untuk penari yang menari tanpa henti dan mesti sentiasa ada yang sudi menjadi pasangannya. Juara dalam majlis tersebut perlu mempertahankan kejuaraannya dalam majlis perkahwinan yang akan datang. May be bro mazidul blh buat doku khas untuk adat unik ini.

    BalasPadam
  6. jauh berjalan luas pandangan. lain padang LAIN rasanya....baru tau ada 'sumayau'
    terima kasih info

    BalasPadam
  7. Salam BO MAZ..
    kerana lain padang lain belalang lah, saya sentiasa berminat dan teruja ingin melihat-lihat negeri orang, dan budaya orang sepertimana yg Sdr dapat peluang lakukan..
    Mesti best kan? Pengalaman yang sukar dinilai dengan apa pun...

    BalasPadam
  8. uik...kena pergi melancong ke Sabah ni...budayanya memang unik :)

    BalasPadam
  9. bagaimana bagaimana masyarakat sabah & sarawak, kelantan & terengganu hidup harmoni? bagi saya jawapan yg jelas adalah disebabkan bahasa melayu yg dituturkan. Di tempat lain contohnya KL pelbagai bangsa bersekolah mengikut aliran bangsa masing2 - bahasa melayu tidak dikuasai dgn baik, berkawan pun hanya dgn sebangsa lalu bagaimana nak hidup dgn harmoni?

    BalasPadam
  10. Tambah kuah:

    " Tarian Sumayau, juga dikenali sebagai Madsayau, ialah tarian asli suku kaum Dusun dari daerah Tuaran. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau.

    Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.

    BalasPadam
  11. bravo ZZ..!

    clap 1000 x

    dah dekat sgt dgn tuaran en mazidul.tapi masa en mazidul ke sana combi masih di KL.

    en mazidul dah pandai nyanyi lagu jambatan tamparuli?? hehe :)

    BalasPadam
  12. Salam Mazidul,

    Betul tu asrol,

    Harmonis hubugan antara budaya dapat mencegah gegar budaya penyebab konflik antara etnik.

    Bagaimana hendak hidup harmoni....jika berkawan satu bangsa....yakni Etnosentrisme cenderung memandang rendah orang-orang yang dianggap asing, etnosentrisme memandang dan mengukur budaya asing dengan budayanya sendiri.

    Kerana...dengan bekal pemahaman dan luasnya pengetahuan tentang komunikasi antara budaya kita mampu menempatkan diri dalam posisi budaya orang lain dengan tetap menjaga jatidiri budaya sendiri (adaptasi, toleransi, harmoni dan sinergi budaya).

    Perbezaan tradisi, budaya dan berbagai perilaku subkultur tertentu dalam kelompok masyarakat seharusnya dijadikan alat perekat bagi membangun bersama (togetherness) untuk tujuan dan mencapai kepentingan bersama atas dasar saling menghormati dan saling mempercayai.

    Berkenaan ...bahasa melayu tidak dikuasai dgn baik ...saya rasa Mazidul pun dah letih menulis pasal tu. Anyway...thanks for the advise Mazidul.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.