Khamis, Januari 07, 2010

Kepala Mangsa Ditemui

Kepala mangsa bunuh 4 bersaudara di Kampung Batang Rokan, Gemenceh, Negeri Sembilan, Ismail Awang, 76 tahun ditemui Unit Forensik polis, berbungkus plastik putih di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor pada jam 12.50 malam tadi.

Suspek, Rashidi Ismail dipercayai membawa kepala ayahnya menaiki bas dari Perhentian Bas Tampin, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur. Kepala terbabit kemudian ditanam kira-kira 2 kaki, 300 meter dari pintu masuk ke tanah perkuburan.

Rashidi dilapor dibawa ke Tampin untuk mendapat perintah tahanan reman bagi polis menjalankan siasatan lebih terperinci. Saya yakin dia akan diarah menjalani ujian mental bagi mengenal pasti tahap kewarasannya sewaktu kejadian.

Nota Berikut antara paparan musim baharu '999' malam ini.

1. Tangkapan 29 pegawai perhubungan pelanggan Vietnam dan China di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

2. Serbuan dan rampasan mesin judi di Ampang, Kuala Lumpur.

3. Liputan kes bunuh di Gemenceh, Negeri Sembilan (sehingga suspek diberkas dan kepala mangsa dijumpai).

4. Kes mayat wanita ditemui di dalam almari.

5. Laporan khas, 'Salon pelacuran' di Kota Kinabalu, Sabah.

6. Laporan khas, pelacuran di Brickfields, Kuala Lumpur.

Jam 9 malam ini di TV3.

31 ulasan:

  1. Bro Mazidul...sy rase kalau tak sakit mental...mesti kes ajaran sesat ni.Sampai gitu skali dia sanggup bunuh...Masyaallah....

    BalasPadam
  2. Aduhai... sampainya hati. Tapi kalau orang waras takkan sanggung 'mengusung' kepala apatah lagi kepala ayah sendiri... :(

    BalasPadam
  3. salam,
    dari cara pembunuhan tue macam suspek kena rasuk sebab sanggup potong kepala bapa kandung, dunia makin tua, benda tidak masuk dek akal kian menjadi-jadi

    BalasPadam
  4. bas manalah yang menjadi mangsa pembawa kepala, lebih ngeri lagi siapalah yang duduk bersebelahan dengan suspek masa atas bas itu.... seremmm

    BalasPadam
  5. nak kata ajaran sesat, abg mazidul bagitau suspek dilaporkan bangun sembahyang subuh.pastu elok2 lagi blh sarapan sekali.camne plak tetiba jadi hilang kewarasan camtu.. ish, dunia2.saya x boleh bayangkan camna la kalau saya yang kena uruskan mayat tanpa kepala. x sanggup rasanya..

    BalasPadam
  6. Salam Bro Mazidul,

    Orang sewel cam ni biasanya akan diperiksa oleh pakar-pakar, kemudian akan dicadangkan di letak di bawah pengawasan Hospital Bahagian dalam tempoh tertentu.

    Antara skripnya, "Saya dengar bisikan Tuhan suruh bunuh ayah,", ataupun "Saya lihat mereka bukan manusia, tapi syaitan, tu sebab saya bunuh.."

    Akhirnya, mereka akan 'lepas' drp hukum dunia.

    Ikut saya, boh je racun, kasi mati dan pastu dunia ni aman tanpa org gila macm ni, sanggup bunuh maka ayah sendiri.

    Tapi dari segi kemanusiaan, mesti ada ramai yg bantah cadangan ni.

    BalasPadam
  7. ni namanya ketentuan. ntah, maybe mental yg biasa2 tu laa pasal rileks jer dieorang treat mamat tu. tak sangka pulak jadi camtuh. Apa2pun takziah utk si keluarga mati

    BalasPadam
  8. Jauh nyer dia bawak kepala tu berjalan... Fatihah ke atas kepada keluarga Allayarham Ismail Awang, ayah, mak dan anak nyer.

    BalasPadam
  9. salam
    abg.mazdl nnt folow up story ye,..
    sy nk tahu keadaan suspek. tq

    BalasPadam
  10. rasanya terlepas hukum berat mat ni..sebab akan di kait dgn kes mental problem... ketentuan yg sangat pedih dan menyakitkan

    BalasPadam
  11. Selama ni dok dengar:

    Sarapan di Milan
    Lunch di Tokyo
    Dinner di Bangkok

    now:
    Bunuh di Gemenchih
    Jumpa bukti di Shah Alam
    Tangkap di LRT Masjid Jamek..

    jauh tu... sejauh tu jugak ler polis dan reporter mengejarrr..

    dunia oh dunia..

    BalasPadam
  12. Tiada siapa pun meminta diri menjadi gila tetapi harus sedar jangan buat-buat gila takut benar-benar menjadi gila. Gila bayang itu bab lain!.

    Namun orang gila ini kita tidak seharusnya menghina mereka; mereka terlepas dari hisab di akhirat kelak; kita yang belum tentu.

    Dalam kes pemuda ini yang pasti sememangnya syaitan telah merasuk dirinya. Kerasukan ini boleh menjadi pelbagai. Malahan mereka yang bunuh diri jua sering lantaran dirasuk. Amat malang keluarga ini lantaran zuriat sendiri yang telah membunuh mereka.

    Jauhilah kita akan bala sebegini. Sesungguhnya syaitan itu sentiasa di sisi kita & mencari peluang menyesatkan kita.

    BalasPadam
  13. tak terjangkau dek akal perbuatan sebegini.tp tiada yg mustahil dlm dunia sekarang

    BalasPadam
  14. Kalau betul disahkan gila silap2 terlepas dari sebarang dakwaan.. orang mcm ni memang sukar diramal.. boleh berubah sifat sekelip mata..

    BalasPadam
  15. bagus juga jika ada info tentang mental..berapa mental peratus yang membolehkan terlepas dari hukuman.

    jika ada 20% sewel 80% ok..macam mana..
    ..macammana jika 10% sewel itu muncul sesekali serta ada masa dan ketikanya akan muncul kesesewelannya..

    andaian terlepas hukuman,kemudian bila SAAT sewel 10% akan muncul pada tahun lain..siapa pula akan menjadi mangsa bila duduk bersebelahan..
    seolah-olah ada lesen BESAR untuk membunuh.

    BalasPadam
  16. kompem ada masalah gangguan mental sbb org yg waras tak mungkin sanggup utk lakukan perkara begini terutama kpd famili sendiri.

    BalasPadam
  17. masyaAllah... pembunuhan mcm ni pun boleh terjadi. aku rasa dia ni dah tak siuman la..

    BalasPadam
  18. Bagaimana agaknya situasi jika kepala yang di bawa dalam bas tergolek keluar. Suasana pasti panik. Memang hilang akal si pembunuh tu. Bro, entah2si pembunuh ni menuntut ilmu salah kot..

    BalasPadam
  19. Errr...kepala dah jumpa nak tanam camne ek..?

    BalasPadam
  20. assalamualaikum bro...
    saya baru saje selesai menonton 999.
    i rarely miss watching 999 cuma hari ini, hos nye agak 'mood killer'. mungkin orang baru yg belum biasa mengacara tapi saya percaya dgn praktis she'll be better. sebab tadi, yang saya perasan, dia kerap 'pausing at the wrong places'. harapan saya dia boleh memperbaiki kesilapan teknikal di situ. apapun, dari segi pengisian, 999 hari ni mantain bagus... tahniah

    BalasPadam
  21. Agaknya dia ni Schizophrenia kot? - Kecelaruan pemikiran/pertuturan/tingkahlaku - nampak normal tetapi kadangkala berhalusinasi/delusi - Mungkin faktor masalah pekerjaan & cinta menjadi punca utama membuatkan jiwanya tertekan.

    En. Mazidul, Tahniah! Buah tangan (999) malam ini menarik dgn pendekatan baru. Pengacara nampak yakin spt sudah lama mengacara, bicara jelas - Boleh dimantapkan lagi.

    Syabas buat wartawan yg berani menyamar! We want more...!

    31/2 Bintang!

    BalasPadam
  22. tak boleh bayangkan camne dia boleh bawak kepala tu sorang2 sampai masuk dalam bas....huhu

    BalasPadam
  23. naudzubillah...macam-macam dh sekarang..
    ni mesti kes pemujaan...
    manusia hilang akal,kepala lutut dijadikan otak..

    BalasPadam
  24. saya rasa Rashidi ada loose screw somewhere... tak ada org yg waras sanggup menggalas kepala manusia berjalan ke sini sana. Apa2pun semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka2 angkara perbuatan Rashidi. Allah jualah yg maha mengetahui. Kasihan emak Rashidi.

    BalasPadam
  25. Bro Mazidul, kejadian ni adalah satu tragedi yang sungguh kejam dan menyayat hati. Walau apapun, saya ingin sekali tahu motif sebenar perbuatan suspek ni. Nanti bro Mazidul update ye. Al-fatihah buat semua mangsa. Moga roh-roh mereka dicucuri rahmat Allah dan diberi kerehatan yang kekal abadi. Aminnn!

    BalasPadam
  26. En Mazidul..kenapa 999 tu tukar pengacara? Tak best ler... Coz, cara dia tu lembek dan tak tegas! Tak sesuai untuk 999. Mungkin sesuai untuk nona ker... majalah 3 ker...

    * pandangan sebagai seorang penonton

    BalasPadam
  27. Selalu penjenayah yang melakukan jenayah paling kejam dan brutal dilepaskan hanya kerana mereka disahkan gila.... Ada sesetengahnya memang gila betul, ada sesetengah hanya buat2 gila, ada yang gila kerana ketagihan dadah, tapi ada yang kegilaan dibawah kawalan tapi bila commit jenayah berat terus gila betul...

    Bila kita tau ahli keluarga kita gila dan berpotensi untuk melakukan keganasan, patutnya kita terus hantar ke tg rambutan tapi....

    kalau dihantar ke sana.. karang kata tak berperi kemanusian... ntah la.. pening2...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.