Jumaat, Januari 22, 2010

Desas Desus

Desas-desus kemangkatan pembesar negara di selatan tanah air bertiup kencang. Wartawan dan jurugambar sejak pagi lagi berada di hospital menunggu perkembangan terkini.

Namun setakat ini tiada pihak mengesahkan berita terbabit. Maksudnya, baginda dianggap gering.

Update Setakat jam 5.22 petang, masih tiada pengesahan resmi dilakukan. Saya dimaklumkan hanya Ketua Pengelola Diraja atau Menteri Besar berhak membuat pengesahan.

Update 5:38 petang, majlis mengangkat sumpah perlantikan Pemangku Raja difahamkan sedang berlangsung ketika ini.

Update Berita Harian : Di Johor Bahru, Johor, Jemaah Majlis Diraja Johor sebentar tadi melantik Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.

Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata pelantikan itu berikutan kegeringan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

"Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan.

Update Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim, mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada jam 7.15 malam tadi. Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada 11.20 malam di sidang media di Bukit Timbalan, Johor Bahru.

18 ulasan:

  1. wah...laju je berita tu ye...stkt ni ( 4.00 ptg) apa yg saya tau, masih lg nazak dan belum mangkat septi yg diwar-warkan..usaha olh pihak hospital, mash di jalankan....doakan kesejahteraan "dia"...

    notakaki:saya gunakan "dia" sbb takut ada yg mnegatakan saya buat laporan palsu pulak..he he heh

    BalasPadam
  2. heboh dah kat forum cari ...kat baginda mangkat...

    BalasPadam
  3. dah mangkat...johor cuti esok...ganti isnin lah..

    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Dulu masa Sultan Selangor jadi Agong, nazak di Gleneagles Ampang, khabarnya meninggalnya sudah beberapa jam, tapi mengambil masa yang lama untuk dihebahkan kepada rakyat. Kenapa mcm tu agaknya tak tahu plak. Kata kawan sy yg juga org dalam istana... bukan senang bila seseorang pembesar negara meninggal, perlu buat persiapan macam2 sebelum mengumumkan kemangkatannya kepada umum. Sebab tu kalau kita perasan, bila seseorang Sultan mangkat... semua persiapan seolah2 seperti sudah ready. Tak kelam kabut.

    BalasPadam
  5. belum mangkat ah...baca kat web brita harian..info terkini baginda gering dan dimasukkan ke hospital jer...

    BalasPadam
  6. Adee, seperti saya catatkan, tiada pengesahan resmi dibuat sehingga ke saat ini. So, tunggulah.

    BalasPadam
  7. Salam BRO MAZ..

    agaknya kerana hint datang seorang wartawan yang diyakini, wpun cuma pemberitahuan awal, ramai pula yang yakin...

    apapun, biarlah kita baca dulu dengan jelas.. baru leh nak wish ker nak cuti kerr... Sdr MAZ pun tak sebut secara rasmi lagi..

    tadi berita RTM Jam 5... tak sebut apa pun...

    BalasPadam
  8. Aziezah, ramai orang mendengar khabar angin. Apapun, sesuatu perkara penting sebegini wajib disahkan mereka berhak. Bukan disahkan rakyat jelata.

    BalasPadam
  9. Moga apa yang terbaiklah dari Allah ketentuan itu.

    BalasPadam
  10. MB dah umumkan Sultan Johor mangkat maghrib tadi.. Al-Fatihah

    BalasPadam
  11. Alfatihah..

    maklumat dan sebaran...terlalu awal,yang ragu ragu.

    sehingga saya mendapat info lewat 9pm..baru boleh dipercayai.
    mcam2 perangai insan di dunia...yang meguntungkan TELCO.

    BalasPadam
  12. Al-Fatihah...semoga roh Almarhum dicucuri rahmat-Nya...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.