Jumaat, Januari 15, 2010

Sempadan Negara Dibolosi Remaja 14 Tahun!

Hasil siasatan polis, pembantu rumah warga Indonesia, Fiona Maya Paksi, 14 tahun didakwa membakar rumah dan melarikan barang milik majikannya di Kuala Terengganu 16 Januari lalu pernah dilaporkan hilang pada Mei 2009 di negara asalnya.

Untuk rekod, nama tercatat dipaspotnya, Dinda Kiara Tiara, 22 tahun, dipercayai maklumat palsu.

Fiona kini ditempatkan di Sekolah Pemulihan Akhlak, Tunas Bakti Perempuan, Marang.

Jika difikir, bodoh gila.

Bagaimana remaja berusia 14 tahun mampu membolosi sempadan Malaysia dipantau Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen?

Diulang, dia berusia 14, bukan 41 tahun! Jika andaian Fiona dibantu pihak sindiket benar, kita harus akur dengan keberaniannya menempuh pelbagai cabaran.

Berani? Ya, itu terbukti. Jika tidak, masakan rumah majikan sendiri dibakarnya dan dia kemudian dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Dia juga berani mengelirukan semua pihak berkuasa Malaysia sewaktu membolosi sempadan Indonesia-Malaysia.

Pada masa sama, cuba fikirkan, bukankah dia remaja di bawah umur? Matangkah pemikiran, keputusan serta tindakan juvana berusia 14 tahun? Jika tidak, haruskah dia dipersalahkan sepenuhnya atas kesemua tindakan kurang matang dilakukannya?

Anda tolong jawab.

Apapun, satu hakikat tidak dapat disangkal dek semua, sempadan negara telah dibolosi remaja 14 tahun.

Bayangkan, kalau gadis 'dewasa' seperti di bawah ini, apa lagi mampu dilakukannya? Kan?

Oh! Yeaaaaaaaaaaaa hah!


Nota Temubual bersama gadis di atas dirakam di 'Fantasy Island' akan disiarkan dalam laporan khas '999', 21 Januari, jam 9 malam di TV3.

18 ulasan:

  1. bongkar, bongkar dan bongkar
    syabas bro!!

    BalasPadam
  2. kerajaan kena telus bila bagi statement, bukan hanya statement nak sedapkan hati rakyat saja bahawa sempadan negara selamat..sedangkan disempadan kelantan org boleh seludup barang siang2 ari depan mata

    BalasPadam
  3. tak heran langsung sempadan msia senang dibolosi,sebab agensi penguatkuasa di sempadan msia umpama "harapkan pagar, pagar makan padi"!

    BalasPadam
  4. En. Mazidul, perkara ini bukan asing di sini, dahulu saya berkerja dgn sykt pembinaan, kemasukkan pati sebegini memang tidak terkawal. Saya pernah bertanya bagaimana mereka boleh masuk dengan senang. Mereka cakap sebab ada sindiket, sorking hand in hand dgn pihak berkuasa, saperti, imigresen dan polis

    BalasPadam
  5. ape nak heran en mazidul..alah bisa tegal biasa.. :)

    berita utama ditv3 gempur pusat pelacuran dikeningau.ditawau takde operasi ke??

    sila-sila ke sana yer :p

    BalasPadam
  6. Usia remaja 14 tahun terlalu mentah & dangkal pemikirannya - Tak usahlah membazir wang menahannya di Sekolah Pemulihan Akhlak, Tunas Bakti Perempuan, Marang - kalau sahih perbuatannya terhadap majikannya, berikan hukuman yg setimpal.

    Selepas itu, jgn bertangguh serahkannya kepada Kedutaan Indonesia - hantar dia pulang ke tempat asal dgn kos kedutaan itu sendiri.

    Usah membazir lagi wang, WaNg, wAnG, waNG, WANG! - salurkan kepada yg sepatutnya - ramai asnaf di Malaysia ni. TOLONGLAH...

    Saya tak sabar menanti apa kesudahannya kelak :-
    "Mulai 1 Februari, Jabatan Imigresen akan buru pendatang asing tanpa izin (PATI) di mana sahaja termasuk di sektor perkhidmatan" - Datuk Abdul Rahman Othman, Ketua Pengarah Imigresen.

    Saya nak ucapkan SYABAS! kepada Datuk Ibrahim Ali, Presiden Perkasa kerana kata-katanya :-
    "Kebanjiran rakyat India, China dan Afrika yg menyalahgunakan VOA sehingga mencecah puluhan ribu dan menimbulkan byk masalah sosial dan jenayah berpunca drp kelemahan kerajaan sendiri".
    (Kedua-dua petikan drp Utusan Malaysia bth 14 Jan 2010)

    Pada pemikiran saya, kalau x berani berkata yg benar walaupun pahit, sampai bila2 pun kekhilafan x akan menyusut malah kebathilan akan membusut.

    BalasPadam
  7. diket halal dan sindiket haram..sama-sama cari untung..biasanya yang bawah umur sindiket haram

    BalasPadam
  8. Salam Bro MAZ...

    kadang2 kesempitan hidup boleh buatkan orang jadi nekad dan berani. Tak fikir 2 kali lagi.

    Kalu kita, anak umur 14 tahun, masak air pun lum tentu pandai... (anak saya laaa)

    BalasPadam
  9. Laaaaaaaaaaaaaa.. ni bukan perkara baru saudara Mazidul. Memang dah lama dipraktikkan pun bab tipu nama, tipu umur, latarbelakang ni.

    Saya dulu mengambil PRA dari Indonesia. Nama PRA saya yang pertama dicatat di passport adalah Siti, tapi bila saya panggil, dia susah betul nak menyahut. Rupa-rupanya nama sebenarnya amat berlainan sekali.

    Umur PRA saya yang kedua yang dicatat di dalam pasport adalah 36 tahun sedangkan dia sendiri mengaku dia sudah 46 tahun bila saya tanya dia bertubi-tubi kerana syak dia lebih tua dari biodata yang diberi pada saya.

    Majikan sebenarnya tidak bersalah kerana majikan dah bagi kriteria-kriteria yang mereka mahukan dalam mengambil PRA. Ini adalah masalah antara agensi di sini dan juga agen di Indonesia kerana nak mengejar keuntungan.

    BalasPadam
  10. salam,
    itulah hakikat sebenarnya tentang sempadan negara yang bernama Malaysia, betapa rapuhnya benteng negara sehingga remaja bawah umur boleh menembusi sempadan malahan menipu penguatkuasa, walaupun kita banyak penguatkuasa tapi kalau kerja tak jalan apa cerita?sendiri mau ingat bila dapat gaji beri makan anak bini tapi kerja tidak sepenuh hati

    BalasPadam
  11. Nak kata penguatkuasaan dan pemantauan kat sempadan negara ketat, macam tak je...memalukan betul. Huh..

    BalasPadam
  12. mmg agensi kita lemah..tapi perlu juga ditekankan bhw kerajaan seberang juga amat lemah..
    bro..saya setuju sgt pembongkaran ini dan mendedahakan kelemahan agensi kita..tapi bila membabitkan negara merah putih yg tak reti adab dan tak reti bersyukur ni saya rasa media perlu ambil pendekatan mencari kelemahan mereka..tonjolkan betapa baiknya kerajaan kita dan betapa 'hampeh'nya negara diaorang ni kepada rakyat-rakyat mereka disana..
    ganyang diaorg je nak kira...

    BalasPadam
  13. ni kes maybe byk dh terlepas tp baru sorang terkantoi. malaysia kan kaya raya. semua nk mai datang.

    kalau dia 14 tahun, buat kerja2 tu sorang 2 mmg aku respeck. 14thn aku baru ber'mimpi' nk jadi dewasa

    BalasPadam
  14. Pihak berkuasa kita yang sedikit kurang matang sebenarnya. Tak baik menuding sesiapa tapi memang menjadi persoalan misteri sejak berzaman kenapa mudah sangat sempadan kita dibolosi.

    1. Mudah bolos tanpa kawalan sepadu.

    2. Setelah bolos tak siapa (kita) ambil tahu PATI ini milik siapa? Jagaan siapa, permitnya mana. Kecuali ketika operasi. Seharusnya majikan PATI ini lebih tahu & rapat.

    3. Terus berlaku jenayah angkara PATI, penipuan maklumat, persundalan namun kita tak pun ambil iktibar sesungguh pun sepenuhnya. ♥

    Memang biasa maklumat di passport PATI ini tidak pernah tepat. Maknanya di Seberang sana memang cara passport dikeluarkan amat diragukan.

    BalasPadam
  15. Saya punya anak buah (perempuan) kerja di PUSAT PEMULIHAN AKHLAK (JPM) BATU GAJAH, banyak ceritera menarik tentang gadis di sini.

    Katanya nak masuk ke asrama secara senyap pun risau; dah perangai tak betul. Lain kerja anak-anak gadis ini.

    Ada yang tak mengaku identiti diri, yang sedihnya ramai kalangan anak bangsa kita dirosakkan oleh kaum asing. Silap siapa?.

    Belanja pusat ini jangan ceritalah, makanan, pakai, sabun shampoo, ubat gigi, semua kerajaan kita tanggung.

    Cuba Sdr Mazidul sesekali menyelami sehari kehidupan di pusat ini; pasti menarik & mengejutkan.

    BalasPadam
  16. lawa gak amah 14 tahun ni..
    meh jadi bini aku je la..
    lepas harta aku dibolot..tros lari mcm manohara..muahahhaa

    BalasPadam
  17. Dowang tatau nak buat apa, lagi dikorek lagi banyak yang terbongkar. Lagi banyak yang terbongkar lagi terburailah betapa 'buta' dan 'leleh' kerajaan Malaysia.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.