Selasa, Januari 12, 2010

Pak Pong! Pak Pong! Pak Pong!


Lelaki dan perempuan.

Bertentang mata, lalu jatuh bercinta.

Cinta berputik membawa pasangan bahagia ke jinjang pelamin.

Pak pong! Pak pong! Pak pong!

Riuh sekampung.

2 tahun berumahtangga, tiada cahaya mata biarpun berulangkali mencuba.

Justeru, suami mula bersuara.

“Saya hendak kahwin lagi. Kalau tidak, saya tiada zuriat”

Isteri terganggu emosi.

Apapun, ingatlah, zuriat itu rezeki kurnian Allah, bukan ketentuan manusia.

30 ulasan:

  1. cetusan nukilan pukul 3 pagi ni bang...hehehehe~
    *dok kelate lagi ko??? (kat kelantan lagi ke?)

    BalasPadam
  2. hehehe... lain macam je catatan kali ini.. ;-)

    (takkan baru 2 tahun dah cari alasan nak kahwin lagi?)

    BalasPadam
  3. tu ler lelaki sengaja cari alasan nak kawin lain. Sy dulu 12 tahun kawin tak ada anak..Alhamdulilah suami tak buat perangai.Pernah sy cadangkan ambil anak angkat dia tak nak, pernah bergurau cadang kawin lain dia jawab buat apa abang tidur atas tilam lain yg belum tentu empuk dan senyaman tilam yg ada...Akhirnya tahun ke13 kami dpt seorg putera tunggal.. sekarang dah masuk tahun 1.

    Lelaki ni kekadang nak kawin lain bukan sbb zuriat pun, sbb cabaran kawan selain nafsu..

    maaf iyer kaum lelaki...

    BalasPadam
  4. Salam,
    saya sokong kenyataan abang iaitu ajal maut,jodoh dan rezeki itu ketentuan Allah SWT, cuma lambat atau cepat jea, jika lambat dapat zuriat mungkin itu ujian dari Allah SWT dalam menguji keimanan dan kesabaran manusia. Dan di akhir ujian ini pasti kegembiraan mungkin dapat anak kembar tiga siapa tahu. Paling penting usaha dan berdoa kerana Allah SWT maha mendengar setiap doa hambanya

    BalasPadam
  5. Sebab tu Tuhan belum kasi dia anak, sebab dia belum matang menilai kehidupan. Ngok sungguh oghe jate ggini gak. Nyekeh atah ppalo baghu tau.

    BalasPadam
  6. Aikk... baru 2 tahun dah mensahihkan isteri yg x mengandung tu takkan mengandung-ngandung kelak?

    Dah sahih ke isteri tu mandul?

    Dah sahih ke sang suami tu TIDAK :-
    (1) Mengalami kandungan sperma yg lemah/air mani tanpa sperma langsung?
    (2) Cacat 'Senjatanya'?
    (3) Tahu bila waktu subur isteri?

    Saya pernah baca nasihat pakar Sakit Puan - Sekiranya di dalam tempoh 2 thn (jgn tunggu lagi!) sesudah berkahwin tetapi masih belum punyai tanda2 utk mempunyai zuriat, jgn segan berjumpa pakar - Kedua suami & isteri! Bkn salah seorang shj - Ingat, hakikat sesebuah perkahwinan itu adalah kebersamaan, penyatuan 2 gender yg berlainan - saling memberi & menerima.

    Perkahwinan adalah kelangsungan berpadunya 2 hati - menghalalkan hubungan badan (bkn tgn & kaki naik ke badan)- anak2 pula penyambung generasi, pengerat kasih & sayang - Jangan ada anak sayang, tak ada melayang - bukan pakai buang...

    BalasPadam
  7. Salam BRO MAZ..

    Buat yang berkenaan, selamat mencuba...

    walaupun cara mencuba tu adakala buat satu pihak rasa bengang...

    ehh apa salah kahwin lagi? Tak salah pun kan?

    BalasPadam
  8. wah, en maz, balik jer dr kelate, dh reti kecek kelate... satu perkembangan baik... haha..

    maaf ckp kdg2 orang lelaki tidak dpt terima kelemahan diri, ada kemungkinan tidak dpt anak sebab lelaki itu sendiri tidak subur- banyak kes begini tejadi, pasangan tidak dpt anak bercerai (selepas suami mengugut mahu kawin lain untuk dapat anak), suami masih tidak dpt anak, isteri beranak pinak.
    Tipikal masyarakat kita, asal tak dpt anak, perempuan shj bermasalah sedangkan hakikatnya lelaki juga berkebarangkalian tidak subur. Byk air 'duit' tak semestinya subur. Oleh itu, pasangan yg tidak dpt anak, buatlah pemeriksaan agar diketahui status masing2

    BalasPadam
  9. Baru 2 tahun menikah dah nak kawin lagi just because isteri belum dapat nak mengandung? Itu ikut nafsu namanya.. kalau betul nak anak, sepatutnya berusaha dengan isteri tu sendiri, jumpa pakar, perbaiki tahap kesihatan dan sebagainya.. bukannya menikah lagi satu!

    Dibuatnyalah, dah menikah lagi satu, tapi isteri kedua tu tetap jugak tak mengandung.. salah siapa?

    Ini tindakan lelaki yang ego tak bertempat dan berasa diri tidak ada kelemahan, sedangkan... ??

    BalasPadam
  10. heee leh sambung cerita tak....

    maka kawin la si suami dengan seorang lagi wanita pilihan hati....

    pak pong pak pong meriah satu kampung...

    1 tahun... 2 tahun...3 tahun..... 4 tahun...masih belum di kurniakan anak...

    si suami pun berkata lagi....
    "saya hendak kawin lagi, kalau tidak , saya tiada zuriat"

    hmmm maka benarlah zuriat ketentuan Allah bukan ketentuan manusia... kita hanya usaha dn tawakal....

    sekian.....

    hehehehehe

    BalasPadam
  11. dah konfirm ker isteri yang tak boleh bagi zuriat? cepat sungguh jatuh hukuman....

    apa akan jadi sekiranya sang suami sebenarnya yang tidak boleh memberi zuriat?

    mengomel sikit
    1. tak ada anak lelaki, nak kahwin lagi satu sebab nak anak pompuan

    2. tak ada anak pompuan, pun kahwin lagi satu sebab nak anak lelaki

    3. dah ada dua2 gender, pun still gak nak kahwin lagi satu

    cemana tu?

    BalasPadam
  12. kalaulah saya dapat suami seperti MrsNor tu... syukur alhamdulillah....

    BalasPadam
  13. klu tanya kemampuan fizikal semua mengaku dia yg terhebat.. cuba2 renung amanah dan tanggungjawab yg bakal dipikul nanti..

    tak ada beban batu jgn digalas..

    BalasPadam
  14. pak pong!! pak pong!! taktau nak komen apa tapi memang tak patot baru kawen 2 tahun dah nak tambah cawangan lagi 1 atas alasan tak dapat zuriat

    BalasPadam
  15. wah... ramai golonga wanita komen disini. dan ini bermakna mereka begitu sesitif dengan isu kawin lain. hehe. "tentang habisan"

    BalasPadam
  16. Bro, sebab tu saya tak suka lelaki. Lelaki hipokrit. Sebab tu saya suka perempuan. I am a lesbian in a man's body. Lols.

    Kekadang, manusia yang bergelar lelaki ni lupa, Allah SWT berikan rezeki pada keadaan yang kita tak sedar. Mungkin rezeki zuriat kita tak dapat, tetapi Allah SWT berikan rezeki lain dan nak nengok kita bersyukur atau tidak akan pemberiannya.

    I know because I am a living example.

    Maka, sekali lagi, saya tak suka lelaki. hahahah..

    p/s: Apa cerita? Jadik ke tak ni? Baju dah pack ni. Sarung tangan dah dibungkus. Kamera SLR dah disediakan.

    BalasPadam
  17. masa bercinta dulu..berjanji sehidup semati,gunung kan ku daki,lurah sama turuni,lautan api pun sanggup direnangi,kau ibarat bulan aku ibarat matahari,jika kau bunga aku tangkainyer.

    SUSAH SENANG BERSAMA.amboiii indahnyer waktu itu.
    tak bole berpisah walau sesaat.rindu sehingga makan tak kenyang,mandi tak basah tidor tak lena..cewahhh :)

    baru berkahwin 2 tahun dah berubah hati??

    anak?? kompem ke kalau kawin wanita lain bole dapat anak??

    ermmm...

    BalasPadam
  18. Lelaki kalau dia nak kahwin lagi... dia akan bagi 1001 alasan... tapi alasan yang paling kuat... nak anak.

    Itu kalau dia nak kahwin lagi..
    kalau dia ada anak 10 org pun tapi semua pmpn... dia akan gunakan alasan... dia nak kahwin lagi sbb nak anak lelaki... begitulah sebaliknya.

    Jadi soal balik kepada semua lelaki yang berwibawa (Sebab ustaz Asri kata hanya lelaki yg berwibawa sahaja yang boleh berpoligami), kalau anda ada anak lelaki dan perempuan tapi anda masih berpoligami, itu atas alasan apa pula?

    Macam yg saya kata... kalau lelaki nak kahwin lagi... mereka akan cari 1001 alasan dan alasan yang paling mudah ialah mahu anak (kalau rumahtangganya tak dikurniakan anak).

    Tapi kalau seseorang lelaki tu memang takde hati nak kahwin, isteri yang ada memang dikasihi sepenuh jiwa... tak ada terfikir untuk menambah kuota.... maka biarpun 30 tahun hidup bersama tanpa anak... tak akan pernah rasa kekurangan. Malah sanggup ambil anak angkat... tp hendak memadukan isteri jauh sekali. Ini baru lelaki sejati!

    BalasPadam
  19. Saya tujuh tahun baru dapat anak! memang rasa panas telinga tiap kali balik kampung ketika 7 tahun itu!

    Cabaran!.

    BalasPadam
  20. kadang2 tanpa apa2 reason pun,tetap gak lelaki nak kawin lagi satu...

    BalasPadam
  21. salam bro maz, rata2 komen mengatakan itu sekadar alasan. sy pun berpendapat yg sama. 2thn tu nothing la...ada yang smp 10thn..tp ada rezeki jugak. berkat kesabaran. kawin lagi satu bukan solution, itu ikut nafsu.

    BalasPadam
  22. awesome story buat yg tabah hadapi dugaan xde anak tp akihrnya berjaya. fuiyyyo 13thn. seriyes hebat cinta korang.
    aku alhamdulillah baru 4 bulan dh lekat. dh lahir sorang org dh tak tanya2 dh.
    btul anak tu kurniaan Allah.
    kawin lain tu maybe penyelasaian tp mmg isteri yg gagal mengandung tu mesti kecewa gak

    BalasPadam
  23. ada yang nak kwin lagi sbb isteri yang tak pandai mlayan suami(berdasar pengalaman org sekeliling)tp tak sampai hati nak ckp kat isteri dia layan tak bgus...huhuhuhhu.ada yang tak pernah pun nk msk tuk suami...sedangkan kata org tua.....air tangan isteri yg mengikat suami.ada plak ngan suami main tengking-tengking ajer....tp kalu isteri tu mmang dah sebaik umat,suami nk jugak kwin lagi....sendiri mau ingat lar...ajal,maut, rezeki dan jodoh tuhan yang tentukan.......jgn marah

    BalasPadam
  24. Isu ini sangat hangat dan di gemari oleh setiap lapisan masyarakat yang bergelar lelaki dan di benci oleh perempuan..akn tetapi kepada kaum hawa yang mahu kan payung emas di syurga..izin kan lah suami anda berkahwin lagi jika dia masih mampu...

    BalasPadam
  25. terpulang pada budi bicara masing-masing..=)

    BalasPadam
  26. salam bro..cuma nak cite cket..ade lah sorang kwn saya tu..dah 12 taun x dpt pewaris..pas tu ade kwn yg sorang lagi tu introduce dia penapis air bio aura..lbih kurang cam tu la bunyi nye hehe...ala..yg slalu iklan kat tv tu.tak tau la..dah kuasa DIA kot..isteri dia pun mengandung slpas dia org amalkan minum air dari penapis bio aura tu..mungkin dah rzki dia org kot..so..utk pasangan yg susah nak dpt zuriat tu..boleh try le..mne la tao..hehe ni satu cadangan je..bkan nak promot penapis bio aura tu..hehehe

    BalasPadam
  27. hhhmmm...nak kawen?...kawen je la ..ade aku kisah??????!!!

    BalasPadam
  28. Percayalah dengan qada' dan qadar ALLAH S.W.T. jangan salahkan manusia yang tidak berdosa.

    BalasPadam
  29. Kami dah 4 tahun kawin. Tiada cahayamata lagi. Pemeriksaan di Hospital pun dah dibuat. Kata doktor, suami isteri tiada masalah.

    Isteri saya risau, takut saya cari lain. Kata saya kpd isteri,"Seorang ni pun susah nak jaga. Buat apa cari susah yg lain pula?" :-)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.