Rabu, Januari 27, 2010

Marahkan Pengguna Facebook Bukan Agama Mereka Anuti

Saya tertarik dengan komen ‘ged’ di tempelan 'Budak Hingusan Hina Nabi' (di bawah). Malangnya setelah diperiksa 'ged' tidak mempunyai profile lengkap untuk pembaca blog ini mengenalinya.

Jadi saya menganggap, catatan saya petik dari komen 'ged' sekadar tindakan melontar batu sembunyi tangan. Apapun, bagi saya itu tindakan normal bagi kelompok 'tin kosong', bunyi kuat tanpa isi.

Komen 'ged':

‘Salam bro Maz, saya kurang bersetuju dengan posting bro kali ni, tapi saya faham itu tanggungjawab bro sebagai seorang Muslim untuk mempertahankan dan memperjuangkan agama dan kepercayaan bro Maz. Cuma realiti di Malaysia bukan hanya agama Islam yang selalu dihina, agama lain LEBIH kerap atau MUNGKIN SENTIASA menerima nasib yang sama'

Komen saya:

Ya 'ged', tepat kenyataan awak. Sebagai penganut agama Islam saya bertanggungjawab mempertahankan dan memperjuangkan agama saya. Untuk pengetahuan awak, jarang saya berjumpa orang Islam menghina ugama lain seadainya mereka tidak diprovokasi. Awak boleh mengemukakan bukti sekiranya terjumpa orang Islam menghina agama lain TANPA sebab. Saya dan pembaca lain pasti akan mengutuk tindakan bercanggah dengan tuntutan Islam itu. Jika tiada bukti sahih, saya menganggap komen awak sekadar tanggapan atau ‘pure assumption’ semata-mata. Kenyataan awak mengatakan 'agama lain LEBIH kerap atau MUNGKIN SENTIASA menerima nasib yang sama', cukup subjektif. Justeru saya menganggap itu juga tanggapan awak sahaja.

Komen 'ged':

‘Pelik gak kan sebab rasanya lagi BANYAK muslim di Malaysia yang mengutuk/menghina bangsa lain. So kalau orang lain pun buat benda yang sama jangan la pulak nak terasa sebab kamu pun buat benda yang sama jugak kan. Kalau tak percaya pegi la buka kat youtube atau mana2 blog, cuba tengok ayat "seorang muslim" yang digunakan, tidak mencerminkan keIslamam langsung. Jadi janganlah cepat terasa, dunia ini bukan untuk umat Islam sahaja, perhatikan dahulu sekeliling, jangan perasan diri sendiri baguih sangat noh’

Komen saya.

Kenyataan berulang awak, juga satu tanggapan. 'Pelik gak kan sebab rasanya lagi BANYAK muslim ... '. Perkataan 'rasa', justifikasi jelas, catatatan terbabit sekadar telahan sahaja. Saya yakin 100%, tidak semua perkara awak 'rasa' itu ternyata benar. Andai awak yakin benar, sila kemukakan secara spesifik bukti nyata.

Komen 'ged':

‘Muslim di Malaysia boleh kira beruntung sebab boleh berbicara perkara sensitif tentang agama lain tanpa teragak2, tapi klu bangsa lain mulakan dulu, lu fikir la sendiri, buka mata dan jangan hipokrit, saya percara ajaran Islam tidak mengajar begitu bukan?’

"Kalau kamu boleh buat kami juga boleh" '

Komen saya:

Islam, agama rasmi Malaysia. Itu hakikat dan tercatat di dalam Perlembagaan Negara. Saya tidak pasti samada awak beragama Islam atau tidak tetapi berdasarkan kenyataan terakhir awak ‘kalau kamu boleh buat kami juga boleh’, tidak menggambarkan awak beragama Islam. Namun itu tidak salah, umat Islam di negara ini khususnya sentiasa menghormati penganut agama lain.

Untuk pengetahuan kamu, kenyataan Lynette Lincoln ‘not nabi muhammad’ tapi ‘babi muhammad’, penghinaan besar kepada penganut agama Islam. Lynette dan rakannya dilihat 'berbicara perkara sensitif tentang agama lain tanpa teragak-agak' (seperti komen awak) melalui komen mereka di Facebook. Itu kenyataan berbukti (tulisan dan gambar), bukan sekadar tanggapan seperti kebanyakkan daripada komen awak lontarkan.

Muhammad, rasul terakhir utusan Allah, itu kepercayaan umat Islam di seluruh dunia. Pastinya tidak bagi kamu, jika kamu mempunyai kepercayaan berbeza berbanding Islam. Apapun, saya dan pembaca lain tidak bermaksud untuk mencerca agama lain. Buktinya, lihat sahaja SEMUA komen mereka di tempelan sama. Majoriti mereka ternyata marah kepada 2 pengguna Facebook terbabit berhubung kenyataan menghina nabi tetapi tidak sesekali mereka menghina agama anutan 2 pengguna Facebook terbabit.

Jelas?

Bro 'ged', izinkan saya berkongsi cerita pendek bersama awak dan pembaca lain.

Suatu ketika dahulu saya berjalan berhampiran ibu dan ayah beranak 2 berbangsa Melayu melintasi gerai peniaga berbangsa lain.

Daging babi salai tergantung menarik perhatian anak mereka, saya anggarkan berusia 6 tahun.

"Yuks! Babi," kata anak itu.

Pantas ayahnya menegur, marah.

"Jangan cakap macam itu, tidak baik, itu makanan mereka"

Ya 'ged', babi itu haram di sisi Islam tetapi memandang hina terhadap makanan bangsa lain dilarang Islam, inikan pula agama mereka.

17 ulasan:

  1. berapa banyak umat Islam menghina agama lain di lokasi terbuka?..

    kenapa pada masa ini timbul kepanasan??

    agaknya suasana politik yang terasa teguh..

    BalasPadam
  2. kerja yang baik abg mazidul...sayer sokong 1oo% kenyataan abg diatas..:)

    BalasPadam
  3. Sampai bila bila pun isu ini tidak akan selesai selagi rakyat Malaysia tidak faham dan menghayati "Pakatan Murni" yang dicapai oleh pemimpin2 awal kemerdekaan dahulu.

    BalasPadam
  4. Sokong Bro Mazidul...
    Weh Ged...
    ko dah berak kat tengah jalan... ko buat muka bodoh je ye?? Pengecut!
    Islam kata, berani kerana benar!!
    Jadi pengecut mcm ko ni aku anggap org yg bercakap tanpa berfikir... lepas tu takut dengan statement sendiri.

    BalasPadam
  5. en mazidul..smlm combi mmg prasan komen ged ni.dan combi mmg berharap reply dari en mazidul kerana combi tahu en mazidul mmg peka dgn komen yg ditulis disini.

    semoga ged juga 'beruntung' menjadi warga malaysia seperti combi ya.. :p

    BalasPadam
  6. Jangan hanya duduk dalam kelambu or tempurung sendiri sahaja...

    bila banyak bergaul dgn bangsa lain yg beragama berbeza kita, belajar hormati apa sahaja tentang mereka...

    dan mereka akan juga menghormati kita

    Percayalah..

    dan aman sentosa seronok berbual bergurau tanpa prejudis bila menghormati berada di atas sekali dalam bermasyarakat...

    BalasPadam
  7. kalau setakat nak komen tapi nyorok - nyorok..
    tak usahlah jadi pejuang nak pertahankan agama mereka..

    kalau katekan kita sbg umt islam ade membuat silap tegurlah secara elok..

    baru betul..

    ok..seharusnya isu sensitif tidak patut dibincangkan ecara terbuka seperti di FB

    BalasPadam
  8. selama ini saya tak pernah lagi nampak ada orang Islam memberi komen menghina agama lain... saya setuju dgn Bro Maz, kalau benar iya wujud, sila berikan bukti sahih!

    BalasPadam
  9. setuju 100% Bro MAS..

    Alo ged...
    ko tu duduk kat Malaysia, Negara Islam...
    Bukan duduk kat Amerika....hampeh...

    BalasPadam
  10. mcm nie la cara yang sebenar utk mempertahankan agama.. bkn menyimbah dgn minyak lg.. semoga ged sedar.. cari bukti sblum menuduh... tahniah!!~ :)

    BalasPadam
  11. betul tu encik mazidul...
    ged,kalau nak buat kenyataan yang dasar nya seteguh istana pasir di tepi pantai,baik tak payah lah.. sekadar meludah ke langit,akhirnya kena muka awak balik..

    BalasPadam
  12. tahniah bro..kta sokong kenyataan bro tu..
    saya merasa brsyukur dpt hidup aman n damai kat swk ni..wlaupun kita bergaul dgn pelbagai bangsa,agama dan budaya..

    BalasPadam
  13. Tak ada amannya jika sesama kita menghina agama orang lain.

    Tak ada ruginya jika kita menghormati agama orang lain.

    Tak ada bangganya kita meruntuhkan rumah ibadat agama orang lain.

    Kewarasan manusia mahukan hidup ini aman damai. Agama ini adalah anugerah Tuhan. Tidak seorang pun dapat pertunjuk jika tanpa Tuhan yang Satu memberi kesedaran. Nasihat bagaimana pun tak masuk akal; amat samar & kelabu. Memang mereka itu umat yang rugi.

    Ada orang sanggup bermati-matian untuk menghina agama orang lain. Sedangkan ciri orang yang beragama bukan sedemikian.

    Baik Islam pun agama lain mana mungkin menyarankan kekerasan atau peperangan hanya bilamana agama itu sendiri dicabar & diaibkan malahan diprovokasikan sebagai agama sesat lagi pengganas. Diperangi hingga mencabar martabat agama itu sendiri.

    Jalan terbaik adalah bersemuka & saling mencari jalan penyelesaian. Bermusyawarah. Bukan menyebarkan fitnah mahu pun gambar-gambar porno melibatkan Nabi atau ketua agama masing-masing!.

    BalasPadam
  14. Kes hina Islam..
    Kes bakar gereja..
    Kes hina Sultan..
    Kes baling kepala babi..

    Ini semua kerja rakyat Malaysia yang 'hedonisme'

    Kenapa mereka hedonist ?
    Sebab mereka rasa puas dab seronok melihat kemusnahan, kesakitan dan huru-hara.

    Setelah negara ini kacau-bila.
    Maka mereka akan berasa seronok..

    Mereka adalah VIRUSSSSSS..!!

    Setuju ?


    http://manis18.blogspot.com

    BalasPadam
  15. Salam sejahtera semua, Ini pertama kali saya ingin meninggalkan komen dalam blog Abg. Maz.
    Saya non-muslim asal Sarawak dan sangat berbangga dan bersyukur menjadi warga Malaysia yang berbilang kaum ini.
    Saya sejak kecik sampai besar termasuk adik2 saya diterapkan budaya menghormati kaum,bangsa dan agama lain oleh ibubapa dan di sekolah.
    Saya sangat selesa bergaul dengan rakan2 Melayu, which is of coz mereka ini Muslim (correct me if any Melayu yang non-Muslim?). Dan untuk menambah lagi pengetahuan tentang budaya mereka ini, saya rajin bertanya dan membaca dari sumber2 yang dipercayai. Saya juga suka membaca ruangan hal ehwal agama Islam mengenai hukum2 dan perkara harus dan haram supaya ianya menyenangkan saya dalam pergaulan bersama mereka. (Maaflah jika ada perkataan saya yang silap)
    Kenapa mesti nak ungkit mengenai hak setiap agama/kaum sehingga menimbulkan kekecohan? Pendapat saya, kerana mereka2 yg kurang arif tentang peradaban kaum lain dan sewenang2nya menuduh.
    Saya percaya jika kita berusaha belajar/mendalami bangsa/kaum/agama lain pasti tercapai hasrat kerajaan ke arah 1-Malaysia.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.