Jumaat, Januari 29, 2010

Diurut Jemari Lembut

Saya baca isu rumah urut di Selangor dilaporkan semakin bertambah bilangannya.

Lesen rumah urut dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, PBT mengikut Undang-Undang Kecil Negeri. Di Selangor lesen dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007. Di negeri lain, mungkin berbeza namanya.

Selain PBT, Jabatan Imigresen juga berkuasa memeriksa dokumen pekerja pusat urut. Jika pekerja warga asing menyalahgunakan pas lawatan sosial, mereka boleh didakwa mengikut Akta Imigresen 1959/1963. Polis pula berkuasa memberkas pelanggan ‘wanted’, tersenarai penjenayah dikehendaki polis. Tidak mustahil, penjenayah juga mungkin lenguh tubuh badan dan bernafsu, justeru menagih perkhidmatan sebilangan pusat urut menawarkan khidmat seks. Manakala Jabatan Agama menggunakan Enakmen Syariah berhak menahan lelaki dan perempuan berdua-duaan dalam keadaan meragukan.

Maksudnya, jika semua pihak berkuasa memeriksa operasi rumah urut secara bersepadu dan konsisten, nama pusat urut refleksologi menjalankan perniagaan mengikut undang-undang tidak akan tercemar.

Melalui pengalaman menyertai operasi pusat urut, majoriti pelanggan, golongan muda tetapi kelompok lelaki bergelar suami juga tidak terkecuali. Mereka berkunjung berulang kali untuk membetulkan urat badan terseliuh dan ‘banyak angin’.

Mungkin isteri kurang arif, suami sewaktu diurut bukan berpakaian lengkap seperti ke pejabat. Mereka hanya bertuala didampingi tukang urut berusia awal 20 an di dalam bilik (ingat perumpamaan kucing dan ikan?). Urutan jari jemari lembut tidak kematu mesti jauh nikmatnya berbanding picitan Wak Jongos berketurunan Jawa di Kelang, Selangor.

Jadi, kepada semua isteri, cubalah urut suami sendiri. Jangan malas andai enggan suami dibelai dek tukang urut sudi menawarkan ‘urutan batin’ dengan bayaran tambahan hanya RM30!

15 ulasan:

  1. salam, bukan isteri jer yg kena urut suami ...suami pun kena buat benda yg sama. suami isteri dua2 bekerja sama2 carik nafkah utk keluarga adakala pendapatan isteri lebih dari suami dan x kisah pun bantu suami jadi bila isteri penat dan x dapat urut suami bukan maksudnya isteri malas kan en mazidul...apa pun harap2 tolak ansur dan ikhlas dari kedua2 suami dan isteri....
    sangat suka baca artikel en mazidul tiap hari terlalu byk manfaat....

    BalasPadam
  2. Suami yg takut Allah tak akan pergi berurut di tempat begitu dan rela diraba, diramas oleh tangan perempuan yang haram bagi mereka. Masalahnya ramai suami yg "miang" merasa tangan perempuan yg halal bagi mereka tak seenak tangan yang haram mengurut mereka! So salah pompuan bernama isteri juga ke dalam hal ini??

    BalasPadam
  3. Urut RM30.00

    Urut dan Urut Tikan mungkin RM300.00


    Perempuan pun satu, mahu wang banyak, kerja senang dan syok..nie lah jawatannya...


    http://pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Salam Jumaat BRO MAZ..

    benar tu. Saya sendiri pernah dengar pengakuan seorang lelaki, yang pergi urut badan ditawarkan “urut batin” tambah RM30..

    pertama kali memang sahut ler tawaran, lama-lama mesti rasa tercabar kan?

    akhirnya yang di rumah sudah dianggap tidak pandai mengurut bersekali tidak pandai masak.. hmmm

    BalasPadam
  5. emosi betul puan ogy...sure puan ogy nih bjawatan besar kat pejabat, n suami tak setanding ngan puan ogy...hehehe....

    BalasPadam
  6. Salam angkel mazidul,

    Si isteri patut urut suami nye...ai pun slalo jugak minta mai waif urutkan tang belakam ni ha...lengoh urat belakam setelah seharian dok di pejabat...badan ai dah lah x besar mana pun, skali kene tekan kat belakam ni, fuhhh~ memam meletop!!! koh koh koh('',)

    BalasPadam
  7. en mazidul...semalam mmg sesi urut mengurut dgn huby maklum ler mlm jemahat kan ha ha ha :D

    disebabkan saranan en mazidul mlm ni berkobar-kobar lagi nak urut & kena urut ha ha ha ha ha ha :DD

    double gelak setan si alid nih :p

    *lama tak nmpk dak alid ni..ermmm takan asik mengeram jek :)

    BalasPadam
  8. Urut-urut ini saya memang kurang percaya; saya selalu pakai minyak angin sahaja; beli di MyDin baru RM3:50 sen. Sebulan tak habis.

    Cubalah urut bini sendiri apa jadinya?. Ini kan pula perempuan wangi urut lelaki! Huh?!.

    BalasPadam
  9. bukan hanya di selangor, di Kuching dan Miri pun semakin banyak rumah urut sedemikian...

    BalasPadam
  10. agagagagagagaga

    kna la bljr urut lps ni
    muahahah

    BalasPadam
  11. kesimpulannya, laki bini kena sama-sama pandai mengurut..hehe :p

    BalasPadam
  12. kalau dekat dgn rumah ada gak yang minat PAU,
    mana tau dapat 3jam servis FREE sehari..

    tetapi ada yang BAIK tak minat PAU..
    cukup duit gaji jerr..

    BalasPadam
  13. Kepada semua isteri, mengurut suami tidak sama seperti rutin lain, memasak, membasuh baju dan menjaga anak.

    Saya tidak fikir, suami menuntut untuk diurut setiap hari. Jadi, alasan ketiadaan masa akibat isteri bekerja seperti suami, tidak boleh diterima sepenuhnya.

    Buatlah sesuatu perkara dengan ikhlas dan rela hati. Sentuhan isteri dikatakan satu belaian kasih sayang kepada suami.

    Jika berterusan memberi alasan kekurangan masa, usah berasa hati jika suami ke pusat urut. Biarpun pada awalnya berniat lurus, pengaruh persekitaran mungkin menarik minatnya mendapatkan perkhidmatan 'lain'.

    Urut suami sebelum terlambat. Bukan semua suami nakal tetapi sebilangan mereka.

    BalasPadam
  14. lelaki yag pergi urutan batin tu bodoh..wife ade,tak nak suruh urut.padahal gadis yg urut tu pom xtau skill2 nk mngurut..jz tau pegang je..and if i not mistaken,gadis urutan batin ni mungkin hanya jadi mek turut,mek sanggup..pelangan soh urut situ,urut sini,urut macam ni..yela..gadis tu ne tau skill2 ngurut nih..

    "diriku pemuas nafsu jantan tu"

    "diriku pengurut jantan tu"

    mungkin ugkapan gadis tersebut membuatkan mereka bangga,dan berkongsi dgn teman2.

    klu saya,malu nk ngaku...............

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.