Sabtu, Januari 30, 2010

Ingat! Jangan Cuba Bermain Api!

Tajuk tempelan ini 'amaran' blogger ‘66Lyn99’ dilontarkan kepada saya di ruangan komen tempelan ‘Read And You Decide' sekiranya tempelan 'Budak Hingusan Hina Nabi' tidak dipadam seperti disarankannya.

Saya telah mencatatkan respon saya di bawah komennya.

Menulis tempelan ‘Read And You Decide', tindakan saya fikirkan adil untuk semua. Saya catatkan secara jelas, 100 komen pertama pembaca blog ini akan diambil kira. Jika majoriti pembaca bersetuju tempelan terbabit dipadamkan, itu akan berlaku. Andai sebaliknya, tempelan sama akan kekal di blog ini. Bayangkan jika peghinaan itu dihebohkan keseluruh negara, pasti 2 pemilik akaun Facebook itu akan lebih tertekan 'psychology' mereka.

Hemat saya, 66Lyn99 tidak perlu memberi amaran sebegitu keras. Saya mempraktikkan amalan demokrasi, biarpun dihubungkaitkan dengan penghinaan besar dan kurang ajar.

Perbuatan 2 remaja mengecam di Facebook (sebelum akaun mereka dipadamkan) dengan kenyataan ‘babi Muhammad’ merujuk kepada Nabi junjungan umat Islam, Muhammad, perbuatan ‘bermain dengan api’. Namun, berikutan tiada laporan polis dibuat, satu gambaran jelas majoriti pembaca blog ini bertindak memadamkan api itu sekaligus mengelakkan keberangan ramai.

Lihat, pemilik blog Aduka Taruna didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, dituduh dan akan dibicarakan pada 31 Mac akan datang. Dia juga memadamkan tempelan mengakibatkan dirinya dikecam masyarakat pelbagai bangsa dan kepercayaan politik.

Inikan pula apabila rasul terakhir dihina. Namun, penganut agama Islam di negara ini memang penyabar. Buktinya, tiada laporan polis dibuat, majoriti sekadar inginkan tempelan tidak dipadamkan agar menjadi pengajaran kepada kelompok berhasrat melakukan perbuatan sama di masa akan datang.

Barangkali pandangan 66Lyn99 berbeza. Justeru, dia berhak menjelaskan kepercayaannya, saya bersedia memuatkan komen 66Lyn99 di blog ini sekiranya dia sudi melontarkan komen seterusnya.

20 ulasan:

  1. betul tu. berani buat berani tanggung. mereka ni tak pernah nak ambil tau isu semasa ke apa? sudah beberapa tangkapan dibuat, masih ada lagi yg tidak mahu mengambil teladan. apa nak jadi, tatau.

    BalasPadam
  2. Bro MAS,
    hal 2 minah fesbuk ini memang tidak boleh di sebar ke? Saya cuba google memang tiada satu pun pasal ini di tulis oleh sesiapa kecuali Bro Mas.

    Nampaknya Bro Mas menulisnya secara ekslusif.

    Bro Mas,
    Izin saya menulis di blog saya mengenai ini.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Apa yang saya nampak siapa yang bermain api sekarang adalah budak hingusan tersebut....menghina Nabi Muhammad s.a.w adalah suatu perkara yang tak boleh dimaafkan...

    Yup...mungkin 2 budak hingusan tu mungkin tertekan dari psikologi tapi bagaimana dengan perasaan umat Islam lain bila Rasulullah dihina??

    66Lyn99, tak perlu memberi amaran sebegitu...

    BalasPadam
  4. Salam bro...
    mungkin minah tuh tak faham kot maksud demokrasi...

    psst**** lama tak singgah sini..

    BalasPadam
  5. bersifat Kemanusiaan yang tinggi lihat pada lokasi, masa dan zaman..

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Salam 1 Malaysia ,

    Budak ini merupakan antara manusia yang tidak mendapat ajaran agama dan pendidikan yang sempurna , mungkin juga budak ini sesat .

    Manusia terlalu ikut emosi ,remaja terutamanya kanak2 perlu dididik sejak kecil lagi hormat- menghormati, rasional ,dan nilai-nilai murni yang lain .

    Saya yang patut dipersalahkan ? bagi saya orang dewasa yang patut dipersalahkan kerana menjadi teladan yang baik . Ibu bapa , ahli agama , dan segelntir masyarakat . Hal ini kerana terdapat ibu bapa dan ahli agama yang anti agama dan menghina agama lain , mungkin ini menyebabkan mereka (kanak-kanak & remaja) mempunyai sikap sedmikian .....susah nak jelaskan kat sini ...

    Contoh :
    Pak Iman @ Paderi ketika mereka memberi ceramah agama , ada segentir mereka yang menghina agama lain .Yang mengeluarkan kata kesat ....


    pengalaman kawan saya, lecturer tersebut menghina agama kami di depan semua pelajar ...(kalau saya kat sana saya akan tegur lecturer tersebut , tak kisah lah klu saya kena buang atau gantung )

    Manusia , x pandai fikir akibat dan kesan .

    saya juga tak sempurna , tapi klu melibatkan keamanan dan salah faham saya akan fikir dahulu seblum mengeluarkan kata .

    peace

    BalasPadam
  8. en mazidul..
    sy x phm perkara ini. masa penyanyi hattan melagukan Negaraku ikut stail dia, ada MP nk humban dia ke laut. bila nawamee buat lagu negarakuku yg turut menghina islam x ada sapa nk humban dia ke laut. aduka taruna hina sltn jhr, didakwa. bdk hingusan hina nabi muhammad, sapa pun x buat laporan polis

    BalasPadam
  9. Interpretasi manusia terhadap setiap perkara memang berbeza.

    Kematangan setiap pendapat yg dilontarkan mencerminkan pengalaman & kebijaksanaan seseorang.

    Memahami setiap pendapat, fakta mahupun idea seseorang pun memerlukan pengalaman & kebijaksanaan.

    Berpengalaman tetapi x bijak - biasa
    Bijak tetapi x berpengalaman - biasa
    Berpengalaman & bijak - luarbiasa (tapi x ramai...)

    BalasPadam
  10. ooooooooo stress la konon.masa dia menulis tu sukati jek.

    combi rasa dorang ni sengaja chat secara terbuka mcm gitu seolah mencabar kesabaran kita.

    mcm takde benda lain nak chat selain menunjukkan kebodohan diri sendiri.

    BalasPadam
  11. Si Tedi, saya tidak pasti samada hanya blog ini sahaja memuatkan kes terbabit atau tidak.

    Apapun, saya pasti, screenshot itu dihantar dek pembaca blog ini ke emel saya.

    Jika ingin menulis di blig awak, silakan tetapi tulislah secara beretika. Kita bukan berdendam tetapi ingin mendidik golongan masyarakat tidak matang sewaktu mengeluarkan kenyataan. Mereka tidak sensitif menyentuh perkara hal mampu mencetuskan kemarahan ramai.

    BalasPadam
  12. ..salam Winter..

    menghina lokasi terbuka dan ruang tertutup ada perbezaannya..(dalam dewan atau surau)

    tulisan disimpan di bawah bantal pun tetap ada kesannya berbanding tulisan yang boleh dibaca seluruh dunia.

    BalasPadam
  13. tulisan yang terbuka seolah2 membuka ruang untuk bermain API serta meletakkan minyak disebelahnya.

    tulisan yang berunsur perkauman, tension dan stress serta 'keras' elok masukkan ke dalam sesebuah organisasi Private..bukannya terbuka..

    BalasPadam
  14. Sebagai warganegara kita memang ada hak untuk bersuara. Tetapi suara kita juga terbatas kepada suasana tertentu. Kita boleh menghina, mengata dan mengutuk sesiapa yg kita mahu. Kita boleh bermain api. Tetapi adalah ruang untuk mengutuk dan bermain api kenalah dibataskan. Jika kutukan dilakuan secara terbuka pasti menimbulkan kemarahan org. Jika bermain api di tempat terbuka mestilah parah kesannya.

    Jadi berani buat beranilah tanggung..kepada blogger 66Lyb99, tak payahlah anda menjadi jurucakap kepada budak hingusan yg menulis tanpa guna akal. Bila sudah dipulaukan baru menyesal

    BalasPadam
  15. siapa yang bermain api..?? apa masalahnya mempertahankan Junjungan kita dr dihina sedemikian rupa..?? sensitif..?? siapa yang mulakan..??
    jgn fikir dan melihat dr sudut yg sempit.. cuba lihat dlm perspektif yg luas..

    BalasPadam
  16. Bro MAS,
    saya sudah menulis. nampaknya ada yg tidak setuju dengan tulisan saya.

    mungkin saya bukan golongan profesional yang pandai mengatur ayat. mungkin golongan yg tidak bersetuju itu golongan bijak pandai.

    Walaupun ada yg kata itu perkara remeh yg tak perlu di tulis dan di hebah kerana ada perkara lebih penting dr itu tapi bagi saya itu adalah perkara penting yg perlu di ambil perhatian!

    BalasPadam
  17. salam maz & komentar,

    tkasih kerana menyiar & highlight komen saya.

    saya melihat perkara ini tidak perlu di 'panjangkan' lagi. maaf, saya tidak kenal mereka, jauh sekali mewakili, tetapi beranggapan itu hasil kerja budak2 yg belum waras.

    hendak tak hendak dalam nasi ada antah, dalam daging ada duri, bila dah buang baru sedap dimakan.

    dalam malaysia, bangsa melayu islam terunggul, tetapi bukan mengungguli. banyak bangsa lain yg hidup bersama termasuk bangsa 2 budak hingusan itu.

    bentuk tindakan kita mungkin mengubah pandangan & pendirian mereka terhadap keunggulan keperibadian bangsa & ugama kita, insyallah.

    justeru, sebagai peringatan kepada mereka, JANGAN CUBA ....!

    BalasPadam
  18. Saya jarang jumpa india atau cina melatah; orang kita yang kuat melatah!.

    Amok pun begitu (sekarang ejaannya Amuk) kamus dedulu pun mengatakan amok itu dari perkataan Melayu jati. Mungkin diambil dari serpihan sejarah di mana orang kita Melayu dalam satu ketika boleh mengamok. Terutana ketika mahu menuntut kemerdekaan lalu.

    Jangan cepat melatah & jangan sampai mengamok.

    Kena berhati-hati dalam masalah melihatkan maruah agama. Tak kiralah Islam, Hindu, Kristian, Buddha atau ajaran sesat sekali pun.

    Kesannya kita telah lihat amat buruk & tragis. Maka itu bila kita tersasul memercikkan api; ada yang menegur cepat hentikan.

    Penulis blog pun begitu, jika ada pihak yang menegur tulisan kita apalah salahnya kita akur diri. Baiki tulisan tersebut atau padamkan & pohon maaf. Tak ada ruginya jika memang perkara itu mengelirukan apatah lagi menyinggung hati orang ramai.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.