Ahad, Januari 24, 2010

Ouk! Ouk! Ouk!

Orang zaman batu, pakaiannya diperbuat daripada bulu tebal binatang dan dia tinggal bersama keluarga di dalam gua sejuk dan tersorok untuk mengelak diserang haiwan ganas. Batu diasah menghasilkan senjata tajam, pisau, kapak dan lembing digunakan untuk berburu dan memotong bahan mentah sebelum dimakan.

Dia juga menggunakan bahasa tidak difahami masyarakat moden.

“Ouk! Ouk! Ouk!”

Begitu antara gambaran bahasanya mengikut tafsiran sebilangan kartunis dunia.

Jika dia dihidupkan kembali, apa bakal terjadi mengikut imaginasi anda sekiranya orang zaman batu itu diletakkan di tengah bandaraya Kuala Lumpur?

8 ulasan:

  1. agaknya intonasi ikut bunyi HON kereta.

    sebagaimana hon kancil rusa kenari

    'ONG ONG"

    BalasPadam
  2. apa msj entri ini ? adakah ingin menunjukkan masih ada org yang masih sprti babun di tgh jln ? xD

    BalasPadam
  3. bro...

    ada satu blog hina kemangkatan sultan johor~

    http://adukataruna.blogspot.com

    ~areque~

    BalasPadam
  4. assalammualaikum

    kalau dia ada, katanya ini zaman batu ke berapa ya?

    BalasPadam
  5. " ouch!ouch!ouch! " terpegun tengok klcc.hehe..

    tapi kan , itu hanya gambaran kartunis.hakikatnya mungkin tamadun dan peradaban manusia dahulu kala mungkin melebihi zaman sekarang.
    kalau tidak , masakan kaum maya dapat mencipta kalendar lengkap untuk 365 hari yang akan digunakan sampai 2012 neh.itu satu contoh , banyak contoh lain lagi kalau kita kaji :)

    BalasPadam
  6. Selagi difahami dan selagi tidak dianggap menghina, apa bahasa pun baik...

    BalasPadam
  7. bro mazidul,

    hmm~ ai x dapat nak bayamkan bagaimana perasaan mereka ('',) mei bi terpinga² melihat "gua" kini tinggi² dari zaman dowang...

    ai setuju ngan stetmen dari luqman hafifi atas ni...

    BalasPadam
  8. Agaknya (agakan yg merapu) :-
    (1) Mereka naik hairan "Aikk... zaman sains & teknologi ni, pakaian deme singkat mcm pakaian kita je..? Pokcik baca dlm tenet-tenet tu kat KAMDAR jual kain, kat Gulati's jual kain, kat situ, sana, sinun pun jual kain-eh..eh.., banggalah Pokcik... deme ikut zaman kita le.. yey! Ouk..Ouk.."

    (2) Siap buka kaunter tiket - "Meh masuk... meh masuk... Dewasa RM5.99, Kanak2 free-Pokcik sodokah yo... Meh lawat seluruh perkampungan Pokcik ni takdo mat rempit, penyamun, pendengki, pengotor. Yg ado selain yg mudo2 ni ha, wargo omeh, wargo tuo - wargo asing takdo aiihhh... Sori yo, Pokcik x izin..! Ouk...Ouk..."
    (Org nogori, den minta mahap yo... den suko donga org ckp nogori tp bilo den tulih dah caca-marba ni ha...)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.