Sewaktu tiba di Pulau Batam, Indonesia pada 14 Januari lalu, hati saya berdebar. Memasuki negara jiran tanpa memohon visa bekerja, satu risiko. Saya dan krew 999 berhadapan kebarangkalian dicekup pihak berkuasa Indonesia kerana membuat rakaman video tanpa permit.
Namun kerisauan itu saya pendamkan buat seketika. Misi ke Batam bertujuan membongkar kisah ‘Ranjang Persundalan’ kami teruskan.
“Bos, to tell you the truth, ramai orang kenal you di Batam sebab TV3 clear di sini,” ujar jurukamera, Zulhazri Abu Bakar.
“Saya pakai topi,” balas saya ringkas.
Hazri tersenyum biarpun saya tahu dia bimbang jika laporan tidak berhasil.
Pada hari pertama, 4 rumah pelacuran kami kunjungi. Di satu daripada premis karaoke, wajah saya dicam pelacur sedang melayan pelanggan dari Malaysia. Hazri memaklumkan perkara terbabit kepada saya.
Beberapa minit kemudian, dalam samar kegelapan, bapa ayam atau ‘papi’ menghampiri saya.
“Kamu bukan itu 999 ke?,” soalnya.
Saya membalas secara secara berseloroh.
“Bukan! Saya 666”
Samada dia percaya atau tidak, saya tidak pasti. Jelasnya tiada antara pelacur di premis terbabit sudi datang menghampiri saya biarpun beberapa daripada mereka kelihatan selesa dan gembira melayan pengunjung lain.

Kurang 20 minit kami beredar selepas Hazri mendendangkan beberapa lagu Indonesia.
Pada malam 16 Januari, Hazri menggunakan kamera ‘pin hole’ dilekat di lubang butang baju berjaya merakamkan visual ‘Cewek akuarium’, gadis dipamerkan secara berkumpulan untuk pilihan pelanggan. Majoriti mereka berusia di antara 22 dan 28 tahun berasal dari Jawa dan berstatus ibu tunggal. Sebilangan lagi, anak dara 'terpakai'.
“Saya pernah bekerja di Jakarta (sebagai ‘lonte’, pelacur) sewaktu berusia 16 tahun dan kemudian berhijrah ke Batam,” ujar ‘Jeny’, 22 tahun ketika ditemubual menggunakan kamera tersembunyi.
“Bagaimana kamu start?,” soal saya.

“Cemburu dong melihat teman sekampung sering mengirim jutaan rupiah kepada keluarga, hidup mewah. Dia mengajak saya ke bekerja, lalu saya ikut. Terlalu kasihan melihat ibu di kampung sudah tua tidak bekerja. Saya cuma kepingin membantu. Bagaimanapun apabila sudah bekerja, rupanya kerja ini tidak semanis digambarkan,” jelasnya kelihatan gusar.
“Pastinya kamu sudah bosan melayan lelaki?,” soal saya kepada rakannya, ‘Katy’, 28 tahun, duduk di sebelah.
“Ya. Bosan tetapi saya masih ada kontrak, hutang untuk dibayar,” kata lonte pernah dikecewakan beberapa lelaki sebelum ini.
‘Jeny’ dan ‘Katy’ berasal dari desa sama, Cirebon, Jawa Tengah.
“Kamu bekerja seperti ini kerana membalas dendam?,” soal saya kepada 'Jeny'.
Dia mendakwa ditinggalkan teman lelakinya pada usia 16 tahun.
“Ia,” jawabnya ringkas.
Setiap kali sebelum temubual, Hazri terlebih dahulu memasang mikrofon dan kamera tersembunyi di bilik hotel. Sesekali, dia dan pembantunya, Ezreen turut mencelah, bertanyakan beberapa soalan kepada lonte dibayar 500,000 rupiah bersamaan RM190 setiap seorang.
“Lelaki bagaimana menjadi pilihan kamu?,” soal Hazri kepada ‘Katy’.
“Dia semestinya baik dan jujur,” balas gadis agak pemalu itu.
“Jujur? Kerana kini kamu dijual lelaki tidak jujur?,” saya menyampuk.
‘Katy’ kelihatan tergamam lalu terdiam buat seketika.
Rakaman perbualan bersama ‘Jeny’ dan ‘Katy’ akan disiarkan di 999, pada Khamis, 21 Januari akan datang.
“Ayah ibu tahu kamu bekerja seperti ini?,” tanya Ezreen.
“Ya, tahu,” jawab mereka berdua serentak.
Ayah ‘Jeny’ dan ibu ‘Katy’ sudah meninggal dunia.
“Tahu daripada orang lain tetapi mereka tidak percaya,” sambung ‘Katy’.
Krew 999 turut berkunjung ke Kompleks 1001 Malam, di Tanjung Unjang, ‘One Stop Center’, pusat hiburan dan premis menawarkan khidmat seks lebih 700 lonte.
“Dahulu pemerintah berhasrat menjadikan kompleks ini premis pemulihan bagi lonte. Mereka sepatutnya tinggal di dormitories, diajar berhubung risiko HIV dan AIDS. Lonte diberi peluang belajar kemahiran diperlukan untuk mereka berhadapan tuntutan hidup di dunia luar tetapi kemudian kawasan seluas 9 ekar ini bertukar menjadi penempatan pelacur,” ujar Pengurus Harian Yayasan Mitra Kesehatan dan Kemanusiaan, Husaimi Tarmizi Diyanto
“Ada berapa banyak pusat hiburan di kawasan ini pak?,” soal saya kepada.
“Kesemuanya 38,” balasnya
Pada jam 8 malam, 999 berpeluang meninjau ratusan lonte ‘bersidaian’ di hadapan pusat hiburan juga dijadikan tempat memuaskan nafsu pelanggan, secara ‘short game’, dengan caj RM70.
“Bagaimana dengan kadar HIV/AIDS di sini?,” tanya saya lagi.
“Daripada 80 diuji, 48 positif,” balas pengurus pertubuhan bukan kerajaan terbabit.
Kepada pembaca, Pn. Liza, itu jawaban kepada soalan anda.

mahalnya..eksclusif
BalasPadamagaknya Badan itu, guna camera 'HOLE' hheee.
salam,
BalasPadamlain macam bunyi en zeq2, itulah manusia akhir zaman, alasan mencari wang segala hukum hakam dilupakan
bukankah dulu ada seorang ustazah yg juga menteri menyatakan melacur dibolehkan jika keadaan terdesak?? ish ishh tak tahu ler nak ulas panjang2 sbb sy pun bukan pandai bab bab agama cuma yg sy tetap berpegang teguh, matlamat tidak menghalalkan cara dan melacur aka berzina tetap haram dan berdosa besar!
BalasPadamkat mana2 pun sama aje..baik di Indonesia mahupun di Malaysia...
BalasPadamEn. Mazidul,
BalasPadamTerbaca sahaja jawapan kadar HIV/AIDS di sana : "Daripada 80 diuji, 48 positif" - hanya "MasyaAllah... Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" yg mampu saya ungkapkan - bergetar rasa jantung...
Wahai si hidung belang mahupun teruna suci yg kepingin melanggan pelacur walau dimana ceruk rantaunya, matikanlah niat anda - kesedapan beberapa minit itu akhirnya akan menyakitkan anda dgn seksa dunia (terjangkit HIV/AIDS)& seksa Allah swt (janji Allah swt itu pasti).
Wahai wanita yg memperdagangkan tubuh, takkan nak menunggu sehingga tiada pelanggan baru mahu berhenti? Tdk gerunkah kamu akan janji Allah swt? Bersihkanlah hati kamu, nescaya akan mendapat rahmat dari maha pencipta.
Terima Kasih En. Mazidul. Anda & krew yg lain cukup berani mengupas isu sosial. Terima Kasih daun keladi...
kerana duit badan jadi taruhan...
BalasPadamhuhu...memang esklusif pendedahan kali ni....
BalasPadamLebih dari separuh sah HIV? Scary nyer... bermakna kalau suami2 kita ke Batam untuk "menyundal" kemungkinan besar dia bawak balik AIDS untuk anda 50-50...
BalasPadamARGHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!
Sakitnya hati. Perempuan juga yang malang masuk tv, tak pun buat aduan ke BIRO MCA... minta belas ehsan.
selagi lelaki punya nafsu serakah bisnes mcm gini takan mati dek telan zaman.. :(
BalasPadamdan selagi wanita materialistik rasa malu akan hilang ditelan nafsu.
Walaupun berisiko tinggi, tapi hasil kerja sungguh lumayan.. kerana sangat ekslusif.
BalasPadamSyabas... semoga menjadi pengajaran buat penonton..
Reminder pada diri sendiri:
BalasPadamJgn sesekali biarkan en somi menerima ajkan Hazrey ke Batam ,never.
Mazidul nak jadikan Pulau Batam sebagai pusat pelancongan terkemuka ke?
BalasPadampkrpasdap.blogspot.com
alasan kesempitan hidup memang tidak boleh diterima. kalau kau btul2 miskin, hidup dgn cara miskin. kau melacur sebab ko nk hidup mewah. bertaubatlah
BalasPadampasal komen pn.liza tu mmg aku sokong. Apa cerita pakai kondom 2 lapis, nampak sangat takut AIDS. kan dah hilang nikmat. kulit kasi gesel sama kulit laa.
macam nak gelak pun ada takde sorang berani approach mazidul. mmg muka garang abang kita ni. garang lagi terkenal.
Selepas 21 Januari (siaran '999), apabila suami meluahkan hasrat ingin ke Batam, pasti SEMUA isteri tidak akan membenarkannya.
BalasPadamPercayalah. Pada masa sama ramailah lelaki hidung belang marahkan saya.
Dah tentu salah satu dialognya "Ape Bang?.. Abg ada kursus kat Batam minggu depan? Hah...!, Ba..Ba..tam..? BATAM Bang!?" Uish, saya x kira, ape nak jadi, jadilah, saya tetap nak ikut!!!!
BalasPadamBetul, memang ramai le si hidung belang yg gerrrrramm... dgn En. Mazidul-menelanjangi sisi gelap mereka. Tapi yg anehnya, ada pula yg tetiba aje memasang angan2 nak merasai gemerlap bintang hingga terbuntang kat sana. "Rentikanlah Mannn...." (sedutan dialog sebuah iklan-Terima kasih).
Kejujuran & kesetiaan itu yang menjamin rumah tangga. Jika iman tak kuat pulak tu tak jujur lagi setia.. nah! pergilah ke Batam.
BalasPadamTak siapa nak pantau jejak kita di sana!.
Di mana-mana pun begitu, cumanya di negara kita agak terbatas lantaran selalu ada operasi pencegahan. Tapi jika memang pelacuran itu sebagai bahan tawaran perlancongan pasti dunia ini akan ujud 1001 Batam.