"Ada orang hilang kucing, sanggup cetak kertas macam tu, mesti dia sayang sangat dengan kucing tu. Lagipun, kucing tu memang cantik," ujar Mohd Farid Hamzah.
Ya, kucing pun ramai orang sayang tetapi sebilangan kita sanggup cuba memporak porandakan keamanan negara, itu kenyataan terlintas di benak fikiran saya. Ketika itu kami dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur.
Jam 3.20 petang, saya dan pelajar Kolej Segi itu tiba di Jalan Raja Laut, berhadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Spontan saya terpandang papan tanda dilarang masuk berikut.
Di sebalik gambar di atas, pihak berkuasa sedang bersiap siaga menyediakan barisan hadapan untuk mendepani penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, BERSIH 2.0, sekiranya mereka masih meneruskan niat berhimpun di sekitar bandaraya, jam 2 petang hari ini.
Pegawai dan anggota polis Pasukan Simpanan Persekutuan, Pasukan Gerakan Am, PGA, Cawangan Pencegahan Jenayah, trafik dan Unit Udara, berada di sekitar Dataran Merdeka.
"Excuse me! Which one is the Bangunan Sultan Abdul Samad?," tanya pelancong dari Mauritius kepada saya.
Dengan perasaan bangga, saya tunjukkan kepada dia dan keluarganya bangunan bersejarah itu.
"How would we go there?," tanyanya lagi.
Saya terdiam buat seketika sebelum melontarkan jawaban.
"I am really sorry, you can't because the road is closed"
"Is it because of the rally tomorrow?," soalnya lagi.
"The police are taking a preventive measure in order to control the crowd," balas saya.
Dia kemudian berbual ringakas dengan ahli keluarganya.
"So, it is not going to be safe for us to be here tomorrow?," tanyanya lagi.
Saya hanya mampu tersenyum sebelum dia dan keluarga beredar.
Saya lihat ramai pelancong asing, antara mereka berasal dari Poland, Perancis, Bangladesh dan Singapura kelihatan kecewa kerana tidak berpeluang mendekati Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka.
Sebilangan pelancong terbabit kelihatan mengajukan soalan kepada anggota polis bertugas manakala majoriti merakamkan gambar destinasi bersejarah terbabit dari jarak jauh sebelum beredar, kecewa.
Sebilangan mereka, warga emas, barangkali penat berjalan kaki semata-mata untuk menikmati keindahan bangunan dan padang bersejarah dari dekat namun terpaksa berlalu begitu sahaja.
"I thought that this country was peaceful," ujar pelancong dari Perancis.
"Yes it is," balas saya ringkas.
Dia mencemekkan muka, mengukirkan senyuman hambar dan kemudian beredar dengan peta Kuala Lumpur digenggam erat.
Biarpun berasa sedikit terkilan dengan reaksinya, saya tetap berbangga melihat Jalur Gemilang berkibar megah di padang.
Jam 5 petang, saya singgah minum di Restoran Jamek berhadapan stesyen LRT Masjid Jamek.
"Esok buka kedai ke?," soal saya kepada Nasir.
Nasir Abdul Razak, 28 tahun, pekerja restoran sejak 4 tahun lalu.
"Sekejap buka, sekejap tutup, buka, tutup," balasnya.
Jawaban itu diikuti hilai tawa 3 pekerja institusi perbankan sedang menjamu selera di sebelah meja saya.
"Kami bekerja di bahagian collection, esok office tutup. Sebelum ini tak pernah, kami memang kerja hari Sabtu," jelas Sobriey.
TM Sobriey, anak kelahiran Terengganu, antara follower Facebook saya.
Ketika duduk sambil berborak di kedai sama, saya lihat bilangan kenderaan polis menuju ke Dataran Merdeka semakin bertambah.
Selesai membasahkan tekak, makan nasi lemak dan mi goreng, saya dan Farid kembali ke lokasi polis berkawal, Jalan Raja.
Kurang 5 minit berdiri, saya menyapa anggota PGA berpangkat kopral.
"Saya dari Kem Bakri, Muar, Johor. Datang Kuala Lumpur Ahad lepas lagi. Tak tahu lagi bila akan balik, tunggu arahan," ujarnya.
Saya perhatikan polis berusia 48 tahun berasal dari Taiping, Perak, ayah 3 anak itu.
"Wow! Raja kawal Raja!," terpancul dari mulut saya.
Perhatikan gambar berikut, unik.
Menurut Raja, berdiri di Jalan Raja, dia menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia sejak 30 tahun lalu.
"Kalau esok dia orang (penyokong perhimpunan BERSIH) buat kacau, kita tangkaplah," ujarnya bersemangat.
Raja, seorang daripada ribuan anggota polis berkawal mengikut jadual ditetapkan untuk memastikan keselamatan orang ramai di ibu negara Malaysia itu terjamin.
Saya berasa amat bangga melihat anak bekas penjaga stor Hospital Besar Ipoh itu berdiri segak biarpun cuaca agak panas.
Lazimnya, Jalan Raja Laut sentiasa sibuk setiap hari, terutama pada jam 6 petang. Namun semalam, keadaan trafik jauh berbeza. Gambar dirakamkan oleh Farid menerangkan keadaan sebenar.
Blogger Lawyer Garang mencatatkan kebarangkalian perhimpunan BERSIH 2.0 bakal berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam dan Batu Caves.
Baca perinciannya di sini.
Saya baru terjaga dari tidur sebelum menulis tampalan ini. Igauan mimpi saya memberikan gambaran tambahan.
Entah mengapa berulang kali, jelas saya terlihat gambar berwarna Stadium di Kelana Jaya muncul dalam mimpi..
Untuk rekod, pada ketika ini dilaporkan kira-kira 800 pegawai dan anggota polis sedang berkawal di seluruh Petaling Jaya, melaksanakan Ops Padam.
Apapun, saya tidak begitu gusar kerana percaya, majoriti mereka bersemangat tinggi seperti Raja. Tujuan mereka jelas, mempertahankan kedaulatan sekaligus memelihara keamanan negara kita cintai, Malaysia.
risau pulak memikirkan perhimpunan bersih 9/7 ni. takut jadi macam mesir 25 januari dulu.. saya merasa bagaimana keadaan tu di sini.
BalasPadamsangat berharap rakyat Malaysia masih waras dalam menuntut keadilan dalam pilihan raya, semoga dengan kewarasan itu tidak menggugat keamanan dan keharmonian tanah air.
Semoga tidak timbul sebarang kekecohan atau pergaduhan... Sesungguhnya saya amat bencikan perhimpunan berbaur demonstrasi sebegini...
BalasPadamRisau jugak sbb keluarga abang saya berada di ibukota utk tujuan merisik bakal menantu.. Semoga Allah lindungi perjalanan mereka sekeluarga.. Amin..
hari yang bersejarah
BalasPadamYang jelas, kewarasan seorang manusia membezakan tindakan yang dilakukan oleh individu tersebut.
BalasPadamYang jelas, Datuk Seri Anwar sudah kehilangan kewarasannya untuk meneruskan perhimpunan ini. Dato' Ambiga itu sekadae seorang kader yang mengikur telunjuk ketuanya yang sudah hilang kewarasan.
Ternyata nafsu sudah menguasai kewarasan, bukan sahaja DSAI sahaja, tetapi ribuan pengikutnya yang meneruskan hasrat mereka tanpa mampu berfikir dengan waras.
DSAI itu sememangnya sudah hilang kewarasannya ,,, sudah tiada kesiumannya.
Yg tutup jalan raja, yg buat sekatan jalanraya, ialah PDRM, bukan orang lain.
BalasPadamSmti...
BalasPadamKerana ikut hati dan pentingkan diri sendiri sampai menyusahkan ramai orang.. Harap sangat tak ada perkara buruk yg berlaku..
Masih ramai yang waras dan sayangkan keamanan negara. Masih ramai yang fikirkan perubahan datang daripada proses pengundian daripada demonstrasi.
BalasPadamSaya mempunyai hak untuk berasa selamat di negara sendiri. Jangan huru harakan negara saya.
zulkifli,
BalasPadamsila gunakan akal kamu, itu pun jika masih waras.
PDRM menjalankan tugas dan salah satunya adalah untuk mengawal pergerakan masuk anasir subversif ke dalam bandaraya.
pernahkah bertanya pada diri sendiri atau kawan-kawan kamu kenapa tindakan ini diambil? di dalam angkara ini, siapakah yang bersikap degil dan tidak mematuhi undang-undang?
saya berpendapat kamu tidak tahu atau tidak mahu tahu tentang pihak BERSIH yang menjadi punca untuk memulakan untuk menimbulkan suasana kacau bilau ini.
saya sedar setiap manusia mempunyai daya pemikiran berbeza dan tidak semua penulis komen yang berfikiran waras bila memikirkan tentang siapa pihak yang sebenarnya bertanggung jawab memulakan usaha-usaha jahat ini.
oleh itu zulkifli, saya memaafkan kamu disebabkan komen yang anda berikan kerana saya sedar bukan semua mampu berfikiran jauh dan rasional. maaflah jika saya mengganggap kamu adalah salah seorang dari golongan perfikiran singkat itu. noktah!
SMTI
BalasPadamapa yg pasti BERSIH ini dah menyusahkan ramai orang
tahniah kepada pihak berkuasa...
BalasPadamramai dok blame dorang sebab jalan sesak semalam sampai harini... kalu x lagi dasyat la dorang2 yang x belajar hubungan etknik ni... melayu sendiri plak tu..hurmmm. good jobs PDRM dan seangkatannye
SMTI,
BalasPadamhmm kecewa melihat pelancong-pelancong tu.
Semoga Malaysia tidak hancur lumat seperti yang berlaku di luar sana akibat kebodohan orang kita sendiri.
BalasPadamMohon kebenaran untuk copy & paste bulat2 entri ini ke blog saya: http://fadzrulhisyam.blogspot.com
Entri ini ringkas dan padat dengan isi untuk menyedarkan orang waras menilai semula BERSIH ini.
SMTI
BalasPadamjanganlah hancurkan keamanan negara ini, bertindaklah mengikut akal
Yang kacau bila ada provokasi melampau ...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSMTI :: mohon share entry ini
BalasPadamGara2 perkara macam inilah yang boleh menyebabkan ekonomi negara terjejas ekoran para pelancong asing takut untuk bercuti di negara kita...
BalasPadamIBUNDA DELIGHTS
SMTI
BalasPadambuat malu Malaysia di mata pelancong asing jer... sgt2 mcalarkn imej malaysia sbg negara yg aman. cissss!!! bedebousshhhhhhh!!!
BalasPadamEntri best la ni, pilih je mana yang korang nak baca:
1. Sweet Escape Brunei Darussalam Part 2 - Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
2. Sweet Escape Brunei Darussalam Part 1 - Bandar Seri Begawan
3. Kenyataan Rasmi Pengarah Operasi Restoran KFC Malaysia Berkaitan Isu Penyebaran Video Pencemaran Makanan oleh Pekerja KFC
4. Unsur "JANGAN DIBUAT" Pada Blog Untuk Menjadi "BLOG MESRA PENGUNJUNG"
5. 5 Kebiasaan Blogger Yang Perlu Dihentikan
by LUNA LANUN
Menitik airmata membaca n3 ini,semoga semuanya dipermudahkan
BalasPadamkesian pelancong asing....disangkakan malaysia ni aman, sebab perkara-perkara macam nie...mengubah fikiran diaorang tentang Malaysia nie...sedih...sangat besar impak nie kepada negara
BalasPadamTahniah kepada Koperal S.T.Raja!
BalasPadamSeorang pegawai polis yang patut dicontohi!
Terimakasih pada Brader Mazidul sudi menceritakan pada kami akan suasana disana.
smti
BalasPadamsesampainya saya di Amsterdam suatu ketika dulu, hari pertama je dah jumpa dengan tunjuk perasaan, isunya menuntut hak bagi perkhidmatan awam. semua kenaikan awam spt tram, keretapi, teksi, bot, all public services diberhentikan buat sementara waktu. mereka keluar beramai2 ke tempat2 lapang dengan baju yang ada warna oren & memakai clog (terompah Belanda). kelihatan beberapa polis berdiri di laluan utama meninjau keadaan. suasana meriah, mereka bersuka-ria di jalanan tanpa mengusik pelancong, peniaga2 berganda2 keuntungan & perniagaan laris, sampah pun tiada bersepahan tak tentu hala. Amsterdam lumpuh seketika. Tiada pula kelihatan trak/FRU/yang seumpama dengannya berkawal macam nak darurat/ada rusuhan. bila times up, mereka buat kerja balik macam seperti sebelum demonstrasi. jika dibanding situasi di Amsterdam ini dengan situasi di KL pada sabtu lepas, ianya terlalu jauh berbeza. mungkin ada yang akan berkata, mana boleh disamakan antara demonstrasi politik dan demonstrasi perkhidmatan awam. Pada hemat saya, semua demonstrasi adalah sama, yang berbeza cuma isu. Apa pun, daku bersyukur sebab bukan penduduk KL, jauh sekali penduduk Belanda.
BalasPadam"lihat dunia dari mata burung, atau lihat dari dalam tempurung, yang mana satu engkau pilih?"
BalasPadam