Ahad, Julai 10, 2011

Maafkan Patek Ku, Patek Terlupa ...

"Masa kali pertama sampai di Residensi, umur Kak Miah, 16 tahun. Sebaik sampai, pekerja lain bagi tahu, nanti Tunku akan panggil. Bila bercakap dengan Tunku, jangan duduk, bangun," ujar Salmiah.

Salmiah Md Isa, 60 tahun, bekas pengasuh anak Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mula bertugas di kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia pertama itu pada tahun 1968.


"Masa itu, gaji Kak Miah 50 ringgit, Tunku bayar sendiri. Kak Miah duduk di Residendi 3 tahun sampai masa Tunku bersara jadi Perdana Menteri pada tahun 1970. Lepas tu Kak Miah pindah ke Alor Star bersama Tunku dan keluarga," tambahnya.

Ibu 3 anak itu kemudian berkhidmat sebagai tukang masak keluarga Tunku selama 30 tahun.


"Tunku suka makan kari ikan, ikan jenis besar, senangin dan jenahak, sambal belacan, ulam dan ikan masin," jelasnya.

Saya bertemu Salmiah sewaktu menemubualnya di Residensi, Off Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur tengah hari tadi. 


"Kahwin dulu umur berapa Kak Miah?," soal saya.

"Umur 20 tahun, itu pun Tunku pilih. Kak Miah kahwin dengan anak pekerja dulu biasa kemas bilik Tunku. Kami kahwin di rumah Tunku di No 16, Jalan Tunku Abdul Rahman, Georgetown, Pulau Pinang," ujarnya.

Suaminya, Razak Ahmad, pesara Tenaga Nasional Berhad, kini berusia 72 tahun, kini menetap bersama Salmiah di Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor.

"Masa jadi tukang masak, kira Kak Miah kakitangan kerajaanlah, gaji masa tu 170 sebulan. Kak Miah bersara umur 45 tahun selepas, isteri Tunku, Tun Sharifah Rodziah meninggal dunia tahun 2000," kongsinya.

Untuk rekod, Tunku menghembuskan nafas terakhir pada Disember 1990.


"Kak Miah lahir di Kampung Sebarang Kota, Kuala Kedah, Kedah. Kakak saudara Tun Rodziah, kawan kepada emak Kak Miah. Dia bawa Kak Miah bekerja di Residensi tahun 1968. Sebelum itu Kak Miah memang tak pernah berjalan keluar. Bila dengar kata nak ke Kuala Lumpur, perasaan seronok sangatlah," katanya.

"Masa mula berjumpa denga Tunku, macam mana?," soal saya.

"Masa Kak Miah sampai, ada orang bagi tahu, nanti Tunku akan jumpa sebab Tunku ada tanya, mana budak baru sampai tu? Bila berjumpa kali pertama, Kak Miah cakap, Ku ... nama patek Salmiah," balasnya.

Sewaktu melihat bilik tidur Almarhum Tunku, pelbagai kenangan lalu diimbau kembali.


"Arwah Tunku suka minum teh. Orangnya lemah lembut. Katalah Kak Miah terlupa untuk masak makanan dia suruh. Tunku panggil Kak Miah, jumpa dia. Nanti Tunku tanya,  Miah, sebab apa tak masak? Kak Miah jawab, maafkan patek Ku, patek terlupa, lepas tu ok lah," kata Salmiah.

Terima kasih kepada Kak Miah kerana sudi ditemubual.

Sewaktu berada di Residensi, Salmaih ditemani anaknya, Fatimahd dan anak saudara Nor Amirah Amran.


Terima kasih juga keapda wartawan pelatih, Mohd Izzul Iswat Mohd Azman, pelajar Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor (berbaju belang) kerana banyak membantu.

16 ulasan:

  1. Pengalaman mahal beliau, sangat bernilai...

    BalasPadam
  2. smti..

    terima kasih berkongsi info yang tak ada dalam buku... syabas cik Mazidul

    BalasPadam
  3. terimakasih kongsi info...pasti ada yg lebih menarik selepas ini...

    BalasPadam
  4. Bertuah betul kak Miah dapat berkhidmat dengan Tunku...

    IBUNDA DELIGHTS

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    SMTI...tak akan jumpa info ni dalam buku sejarah. Syabas! dan terima kasih kerana berkongsi semaya alam

    BalasPadam
  6. banyak perkara yang saya dapat tahu hari ini. kalau boleh nak dengar lagi makcik 'awet muda' ni bercerita jika ada peluang.

    BalasPadam
  7. smti..bkn suma org bertuah mkn kak miah...

    BalasPadam
  8. Datang umah..ambil gambaq mak masa kawin di rumah tunku @ 16, jalan tunku abd rahman, penang & gamabr semua pekerja bersama almarhum di Residensi...

    BalasPadam
  9. seronok baca. x silap saya ada pekerja Tunku lain yang berkahwin di rumah Tunku ni termasuk bapa mertua saya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.