Hampir jam 1.30 pagi tadi, saya dan 3 rakan berada di Hospital Alor Setar, Kedah.
Sebaik melihat kehadiran kami di luar kawasan pagar, pengawal keselamatan datang menghampiri.
"Wad gila itu kosong, sekarang tak ada orang tinggal," ujar pengawal berusia 49 tahun terbabit.
Lalu saya merakamkan gambar di kawasan sekitar. Sewaktu menghampiri bekas wad psikiatri itu terasa bulu roma meremang buat seketika.
Biarpun struktur terbabit diterangi cahaya lampu, kawasan di sekitar gelap.
"Guard kata, pernah ada orang tua datang meminta rokok waktu malam tetapi dia tak kenal orang tua itu siapa. Rasanya banyak kejadian berlaku tetapi dia orang sendiri seram nak bercerita," ujar Abdul Aziz.
Abdul Aziz Hassan, 47 tahun, kenalan saya. Terima kasih kepada dia kerana biarpun baru menamatkan tugas pada tengah malam, masih sanggup membantu saya membuat tinjauan di sekitar Alor Setar.
Turut sama berada di lokasi, wartawan pelatih, Izzul Izat Mohd Azman, 23 dan pemandu, Nik Abdul Rashid Abu Bakar, 34 tahun. Mereka sekadar menemankan saya setelah bertungkus-lumus menyelesaikan tugasan selama 4 hari di ibu negeri Kedah itu.
Tiada gambar atau kejadian menarik berlaku di lokasi itu.
"Di mana bilik mayat?," soal saya.
"Di belakang, sebelah penjara wanita," balas Aziz.
Tepat 1.40 pagi, kami beredar dari kawasan itu dan menuju ke bekas bilik mayat.
Dalam perjalanan menuju ke lokasi, saya perhatikan bapa kepada 2 anak, Nik, memandu tenang biarpun hati kecil saya mampu menjangkakan dia berasa sedikit gentar namun barang kali kerana atas dasar persahabatan, dia tetap bersama kami.
"Itu kawasan kubur lama," celah Aziz duduk di sebelah Nik.
Saya meminta Nik memberhentikan kenderaan sebelum turun dan merakamkan gambar kubur terletak berhampiran jalan itu.
Bekas rumah mayat terletak di sebelah kanan tembok batu, penjara bagi mereka didapati bersalah oleh mahkamah kerana terbabit dalam pelbagai kes jenayah.
Hampir jam 2 pagi, saya merakamkan gambar di sekitar struktur terbabit. Lazimnya dalam tinjauan sebelum ini, saya ditemani kru 666 lain.
Namun biarpun tanpa kru tetap 666, semangat mereka tetap bersama saya.
Ketika melangkah menghampiri bangunan pernah dijadikan tempat penyimpanan mayat itu, tiba-tiba saya berasa gerun dan seram. Hakikatnya, sebelum ini ratusan mayat manusia pelbagai bangsa pernah disimpan di dalam rumah mayat itu sebelum jenazah dikebumikan atau dibakar mengikut amalan agama berbeza.
"Bunyi apa itu?," soal saya.
"Bunyi enjin penyejuk kotak simpanan mayat," ujar pengawal keselamatan berdiri di sebelah saya.
Pantas saya memerhati sekaligus merakamkan bahagian atas bumbung bilik mayat terbabit.
Pada masa sama, saya terfikir, mengapakah sistem penyejuk masih beroperasi sedangkan tiada lagi mayat disimpan di ruangan dalam?
Namun persoalan itu saya pendamkan sahaja.
Melihat suasana di sekeliling, berbohong jika saya katakan tidak berasa seram. Mujur perasaan itu mampu saya ketepikan.
Jam 2.17 pagi, saya rakamkan gambar fire orb kelihatan bagaikan terapung berhampiran pokok besar saya anggarkan berusia ratusan tahun.
Seperti biasa, dalam rakaman seterusnya, orb terbabit tidak lagi kelihatan biarpun lokasi sama saya rakamkan berulang kali.
Kira-kira 12 minit kemudian, Izzul memberikan isyarat agar saya merakamkan gambar Infrared, IR Thermometer digenggam erat tangan kanannya.
Ketika itu kami berada berhampiran Blok I hospital sama.
"Suhu ini saya rekodkan di bahagian atas pokok besar itu bang," jelasnya.
Beberapa minit sebelum itu, saya perasan merakamkan entiti kelihatan menarik di skrin kamera Canon G12 saya. Lokasi sama IR Thermometer merekodkan penurunan suhu secara drastik.
Saya yakin ramai kakitangan hospital di seluruh negara banyak menyimpan kisah seram, topik hanya diperkatakan di kalangan mereka dan keluarga.
Kru 666 sekadar bertujuan cuba menyingkap fakta sebenar jika diberikan peluang. Bukan tujuan kami untuk menakutkan pembaca tetapi kita harus faham, manusia bukan satu-satunya kelompok menghuni alam maya ini.
KMTI :)
BalasPadamsalam bro..
BalasPadamnak tanya..
adakah orb itu boleh dilihat dengan mata kasar atau pun dengan peralatannya saja?
SMTI
BalasPadamIBUNDA DELIGHTS
sy yg bc ni pun rs seram bro... kagum dgn keberanian bro n the gang,..
BalasPadambanyak lagi yg menghuni di situ..menyeramkan je.
BalasPadam"Saya yakin ramai kakitangan hospital di seluruh negara banyak menyimpan kisah seram, topik hanya diperkatakan di kalangan mereka dan keluarga."
BalasPadamSaya percaya bukan kakitangan hospital sahaja yang mengalaminya, pesakit yang terpaksa tinggal lama di wad juga pasti pernah mengalami pengalaman yang serupa...
Boleh bertambah sakit dibuatnya...
Smti
BalasPadamsmti
BalasPadamsmti
BalasPadamhuhu terpikir ..mesti kat penjara wanita tu selalu kna kacau sbb sebelah bilik mayat..
BalasPadamhehe sy plak yg terasa seram baca ni...tp nak gak baca sbb suka...gd luck MAS & team...
BalasPadamSMTI
BalasPadam:)
SMTI ..dup dap ..dup dap jantung ini aihh..!!
BalasPadampengalaman yg menarik
BalasPadamkalaulah dapat ikut sekali
SMTI, Terima kasih.
BalasPadamSMTI...
BalasPadamsaya nak terus tido lepas baca entri ni..
SMTI
BalasPadamsmti.. :)
BalasPadamsy ingat dlm bilik mayat tu masih ada lg mayat yg belum dituntut apa.....
BalasPadamsram kot.. memang terbaik r.. harap2 ada lg cite2 seram cam ni
BalasPadam