Sabtu, Julai 09, 2011

Tenang Ketika Perhimpunan Haram

Razali Harun bersama saya membuat tinjauan di Petaling Jaya, Selangor petang tadi.


Di sepanjang perjalanan, kami bertembung dengan pegawai dan anggota polis membuat sekatan jalanraya.


Jam 2 petang, kami ditegur penghantar gas berusia 20 tahun.


"Gas pun tak boleh hantar ooooo Shell habis, Petronas habis. Lagi customers marah sebab dia orang mahu masak, gas tak sampai. Kumpul ramai ramai, kasi susah sama orang," jelasnya.


Hampir jam 3 petang tadi, saya disapa ...

"Berniaga teruk sangat hari ni. Tadi masa pukul 1 tengah hari, masa orang datang nak makan, tak boleh masuk sebab polis buat road block," kata Zainul Abidin.


Zainul Abidin Kader Mydin, 40 tahun pemilik kedai Zainul Nasi Kandar di Kompleks C, Emporium Makan dan Tempat Letak Kereta di Petaling Jaya, Selangor.


"Semua kedai terpaksa tutup sebab tak ada orang. Makanan semua kena bungkus, nak bawa balik," tambah Zainul.

Perlahan, saya kemudian bergerak ke dalam kompleks merakamkan suasana sebenar.


"Ya, ini semua kerna orang berdemonstrasi," celah pekerja wanita dalam loghat Indonesia.

"Alah! Di Jakarta hampir setiap hari orang berdemo," balas saya.

Saya tidak bersetuju dengan perhimpunan haram tetapi pada masa sama terpaksa menyatakan kebenaran. 

Barangkali wanita itu tertekan kerana lauk pauk selama ini lazimnya habis dijadikan hidangan pelanggan, tidak berusik.


Sebelum itu, saya rakamkan tindakan polis membuat sekatan jalanraya sekaligus tidak membenarkan orang ramai memasuki kawasan Emporium berhampiran Kelab Syabas itu.


Di kawasan berhampiran, saya bertemu anggota polis, Kevin Ewadi Edward, 20 tahun. Dia antara anggota pihak berkuasa ditugaskan berkawal di Petaling Jaya.


Saya percaya, tidak terlintas langsung di fikiran Kevin, berketurunan Dusun berasal dari Tambunan, Kota Kinabalu, Sabah itu untuk melihat peniaga kerugian. 

"Ini semua sebab polis buat road block"

Itulah kenyataan acap kali dilontarkan orang ramai tanpa memahami fakta sebenar. Anggota polis seperti Kevin pastinya memilih untuk bercuti pada hari Sabtu, jika dia mempunyai pilihan. Namun berikutan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, BERSIH, dia diarahkan bertugas demi untuk memastikan keselamatan orang ramai sentiasa terjamin.


Saya dan rakan, Razali berpeluang mendengar secara langsung komunikasi polis Kuala Lumpur berhubung sambil memantau demonstrasi di bandaraya.

"Di Kuala Lumpur hujan bro, mesti ada bersurai tu," ujar Razali.

Dia mendapat maklumat disalurkan isterinya dari rumah menggunakan Whatsapp.

Saya difahamkan, pihak polis terpaksa menutup beberapa jalan sebagai langkah berjaga-jaga andai penyokong BERSIH bergerak ke Petaling Jaya menggunakan LRT dan turun di stesyen berhampiran Amcorp Mall. 


Sewaktu berada di lokasi, saya menerima maklumat, stesyen LRT KL Central terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Mujur tiada penyokong BERSIH muncul di Petaling Jaya. Ketika merayau-rayau di Amcorp Mall bersama Razali, cuma model berbaju kuning saya lihat berdiri kaku.

 


Tambahan pula, stadium terbabit dilaporkan dikawal ketat polis pada ketika tampalan ini ditulis.

Petang tadi, buat pertama kali sejak 17 tahun menetap di Petaling Jaya, saya dapat menikmati ketenangan teramat.

39 ulasan:

  1. bang mazidul. jgn ddk tengah jalan. hahahahahahaha. lawak la. sempat lagi tu

    BalasPadam
  2. sungguh bertuah sekali dapat bergambar diatas jalanraya yang selalunya sesak di hari sabtu...sangat cemburu sekali....lain kali tak dapatlah...hahaha!

    BalasPadam
  3. Takkan ber demo sorang2...mana ada kick?? hahaha..

    BalasPadam
  4. SMTI


    ...yoga di tengah jalan... best jugak... kan

    BalasPadam
  5. SMTI

    cemburu pula saya tengok gambar abg Mazidul duduk ditengah jalan itu.. sedangkan itulah laluan saya setiap hari..

    BalasPadam
  6. nice bro....mmg kat jalan bro duduk tuu hari2 sibuk tp kali sy sendiri terkejut bro siap leh duduk bertapa tgh jalan....hahahaha....

    Jangan KLIK sini

    BalasPadam
  7. Ahahahhaa...
    Suka gambar terakhir
    rasanya teringin nak kuar ambik gambar, tapi tak berani

    BalasPadam
  8. nasib baik gambar terakhir tu tak jadi kali terakhir you bergambar.

    BalasPadam
  9. Wah,hebat la dpt duduk bersila atas line tengah tu... terbaek..

    BalasPadam
  10. smti.. post ini bagus.. lebih seimbang, tidak terlalu berat sebelah.. pada pandangan saya.

    BalasPadam
  11. boleh rasa ketenangannya melalui gambar tersebut.

    BalasPadam
  12. Abdooss, bergantung kepada siapa membaca.

    Fakta adalah fakta, tiada siapa dapat menyanggahnya.

    Emma, yor lah tu!

    Afrohead, memang jalan lengang dan tidak memerlukan masa lam untuk merakamkan gambar itu.

    Zul, sentiasa berhati-hati di jalanraya.

    Luna, kalau nak baring bersama di jalanraya, bagi tahu.

    Sekarlangit, negara ini masih aman kecuali jika ada bercadang menghura-harakan keadaan.

    Nonon, bertapa menambahkan ilmu :)

    TQ all.

    BalasPadam
  13. smti...
    smlm nk pergi tgk ayah kat hospital selayang pun puas pusing2 cr jln...
    hampeh betul...

    BalasPadam
  14. Kalaulah perhimpunan itu dibenarkan di Stadium Merdeka mungkin suasana seperti seperti semalam dapat dikurangkan.
    Oleh kerana hipokrit oleh beberapa pemimpin ---> Najib Razak - “Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan,”

    BalasPadam
  15. Salam Bro,

    salah menyalahkan, itu perkara biasa.

    Ada yang kata polis, ada yang kata parti... macam-macam kata ada.

    tapi sebagai orang awam, rakyat yang dididik untuk aman damai, perkara sebegini ibarat satu calar yang merabikkan suatu ketenangan di hari Sabtu.

    Redha saja lah..

    Amboiii.. duduk bersila? Kenapa tak buat aksi makan nasi lemak sekali di situ.. hehehehehe

    BalasPadam
  16. mana x ruginya peniaga..
    spa suruh depa dok tahan orang ramai masuk?..
    klau depa biaq ja BERSIH tu bukannya dia nk jadi pa..lg xdak masalah..BERSIH tu pun orang,nk makan..silap hari bulan kaya terus peniaga2 kat kl sebab 1 hari ja..orang klu dh mai dari jauh msti nk wak balik apa2 kt ank2 ngn bini..paling dak pon baju selai..makan tu wajib..nk hidup bro..

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum Brader Mazidul,

    Ada berzikir ke tidak semasa duduk bertapa tengah tengah jalan tu?

    :P

    BalasPadam
  18. Jalan lengang di ibukota, diluar jem sangat teruk, di setiap negeri

    jem disebabkab BERSIH berarak menutup jalan atau...

    Polis membuat sekatan jalanraya???

    BalasPadam
  19. wowwwww cayalah en. mazidul siap boleh posing bersila lg kat tengah2jalan..kalau lah keadaan taffic kat KL camtu berterusan TANPA ada apa2 perhimpunan haram alangkah bagus & nikmatnya...confirm kita smua tak akan stresss....

    BalasPadam
  20. perhimpunan haram pon not good, polis overacting pon not good...

    BalasPadam
  21. satu lagi.. saya ada terima beberapa jemputan kenduri kawin on that day.. dan saya tak menghadirinya sebab takmo tersekat dlm jem.. malang betul kan... mesti ntah berapa kerat tetamu sgt yang datang...

    BalasPadam
  22. peniaga2 ni rugi hingga jumlah berjuta pada hari sabtu lepas. itu baru satu hari ye dak? lagi 30 hari tu untung ye dak? bayangkan kalau mereka2 membayar income tax untuk setahun keuntungan. satu amount yang cukup BESAR (tak terjangkau dek akalku). lepas tu plak, ada la persatuan yg nak membantu peniaga2 ni dari segi kewangan. Rasanya, orang2 miskin & susah kat luar sana lebih memerlukan bantuan sebegini berbanding peniaga2 yang memang dah sedia kaya-raya.

    BalasPadam
  23. waahh...tenangnya..xdak keta..mcm bermimpi ajee..

    BalasPadam
  24. http://saifulislam.com/?p=10158#more-10158

    Pandangan dari ilmuan agama

    BalasPadam
  25. huhuhu cayala leh siap buat aksi bersila di jalan raya

    BalasPadam
  26. Demo lo ni tok supo mulo..kate Demokrasi...ape salahnye sekali sekala. susah sangat ke nak layan tuntutan yg tak seberapa tu? klau layankan je, takdo la jadi DEMO2 ni..ye dok??? ke saloh?

    BalasPadam
  27. Tu bukan zainul abidin tp shahjahan bin zainul abidin.. Da juga bkn pemilik zainul nasi kandar.. Pemiliknya adalah nizamdin b zainul abidin abg kpd shahjahan.. And FYI zainul da mninggal skitar tahun 80's..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.