Isnin, Julai 04, 2011

Pesanan Kepada Pegawai Dan Anggota PDRM

Setakat ini tiada petanda mengatakan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil, BERSIH akan dibatalkan biarpun tidak mendapat permit Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM. Maksudnya, dijangka ribuan penyokong perhimpunan bakal berada di lokasi dirancang pada 9 Julai ini, 5 hari lagi dari sekarang.

Saya berada di lokasi sewaktu perhimpunan membantah ISA berlangsung pada 1 Ogos 2009. Penyokong demonstrasi berhimpun di pelbagai lokasi selepas selesai solat Jumaat dan berulang kali diarahkan bersurai oleh pihak polis. Malangnya, arahan itu dipandang remeh. Pasukan Polis Simpanan Persekutuan, FRU kemudian terpaksa menggunakan kaedah semburan air untuk memastikan mereka bersurai.


Melalui pengamatan, sebelum ini kebanyakkan pihak dibenar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada pelbagai pihak. Lazimnya, mereka terbabit menyerahkan memorandum hadir dalam kumpulan kecil. Logik akal, sekeping kertas memorandum mampu dibawa dan diserahkan seorang individu namun ketegangan berlaku apabila polis cuba menghadkan bilangan mereka terbabit. Dalam proses itu, pertengkaran dan aksi tolak-menolak berlaku. Jika berlaku pergelutan, mungkin sebilangan penyokong mengalami cedera ringan. Pegawai dan anggota polis bertugas juga tidak terkecuali, berkebarangkalian  mengalami nasib sama.

Penganjur dan penyokong BERSIH berhujah, mereka merancang perhimpunan aman seperti hak diperuntukkan di dalam perlembagaan negara. Pada masa sama, pihak polis bertegas tidak mengeluarkan permit untuk perhimpunan dirancang dilangsungkan.

Andai kata, perhimpunan diteruskan Sabtu ini, siapakah mampu menjamin ribuan penyokong tidak bertindak di luar batasan sewaktu perhimpunan haram itu berlangsung? 

Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan? Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali? Pengerusi Silat Lincah, Pesaka dan Seni Bela Malaysia, Datuk Omar Din Mauju? Pengerusi Bersama Patriot, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim? 

Tidak mungkin kerana sebilangan daripada ribuan penyokong pasti akan bertindak mengikut hati dan terlupa pesanan orang tua 'ikut hati mati'.

Sila baca dan tonton klip video berhubung kesan perhimpunan tidak terkawal di sini sekaligus mencatatkan satu tragedi dan sejarah hitam negara kita pada tahun 1969.

Saya percaya pasukan keselamatan seperti FRU, Cawangan Khas dan polis tugas am akan berada di lokasi untuk melaksanakan tanggung jawab mereka seperti diarahkan pihak atasan. Tugas utama mereka, menyuraikan perhimpunan dan jika perlu, menahan mereka terbabit. Sebilangan penyokong, jika bertindak kasar akan digari sebelum dimasukkan ke dalam lori.

Peringatan saya kepada semua pegawai dan anggota polis terbabit melaksanakan tugas pada 9 Julai ini, berhati-hati kerana setiap tindakan mereka diperhatikan malah pasti akan dirakam menggunakan kamera telefon bimbit atau kamera video penyokong perhimpunan. Tindakan serupa itu telah acap kali dilakukan sebelum ini.

Jika dalam proses penahanan, penyokong BERSIH kelihatan dikasari, pastinya rakaman video itu akan dimuat naik ke You Tube untuk dijadikan bahan tontonan masyarakat tempatan dan dunia.

Antara tajuk dipilih 'Police brutality' atau keganasan polis di Malaysia.

Pada masa sama, saya juga yakin, pihak polis bakal bertindak bijak. Kakitangan Unit audio visual mereka juga akan berada di lokasi, bertujuan merakamkan kejadian sebenar serta bukti sahih jika penyokong perhimpunan bertindak ganas terhadap pihak berkuasa.

Begitulah antara kepentingan rakaman audio visual dalam kejadian seumpama itu.

Apapun, saya masih berharap perhimpunan terbabit dibatalkan demi menjaga imej dan memelihara kesejahteraan dan keselamatan rakyat negara ini. 

Tiada guna jika kita kelihatan gah di mata dunia kerana kononnya memperjuangkan hak kumpulan tertentu sedangkan ibu negara sendiri kucar-kacir.

Jika saya pelancong asing, Kuala Lumpur tidak akan tercatat di dalam senarai destinasi ingin saya kunjungi Sabtu akan datang.

21 ulasan:

  1. SMTI...menakutkan dan merisaukan bagi saya yang dah berkeluarga.

    BalasPadam
  2. Bro

    Apalah dia orang ni, setakat nak hantar memorandum tu, gi Hantar guna email atau faximily atau courier service atau pos Malaysia atau guna despatch. Apa susah sangat. Technology terkini dah ada.

    Nak hantar memo pun susah sangat, apa lagi nak memerintah negara konon. Nampak kurang bijak. Saja je nak buang masa orang lain. Buang masa buang duit dan buang tenaga. Duk rumah lagi baik lah. Tak pun suruh depa ni pi duduk Myanmar. Buat BERSIH kat Nayphitaw sana tu, sah sah kena tembak sekor sekor.

    BalasPadam
  3. Huhh! Siapa yang sokong perhimpunan BERSIH ni memang tak panjang akal.. Tak tahu nak cakap ape dah.. Bila kita bantah dikatanya kita ni tak faham pasal 8 tuntutan tu.. Ceh! Peguam macam si Ambiga tu yang tak faham sebenarnya.. Belajar undang2 tapi perlembagaan pun suka dia je kata tak perlu lah ape lah.. Bongok!


    Entry Terbaru 1 : Titah Khas Agong Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai
    Entry Terbaru 2 : Sokong Bersih Tapi Tak pernah Mengundi

    BalasPadam
  4. sediiih sangat.

    melayu ngan melayu akhirnya bergaduh. masalah yang ada pun tak selesai lagi. dua-dua tu ada dalangnya. yg dah sedia ada ni dah pasti ada dalang yg kuat paksinya sampai memang dah takleh nak dibetulkan lagi... semuanya dah saling berkait...ibarat nak kopek kayap dari kulit...takkan ada yang sanggup menanggung sakit lalu... biarkan jer ler...kayap biar merebak, kulit jangan terkopak.

    yang nak menentang ni pun dah pasti ada dalangnya...lalu bila gajah sama gajah berjuang nak merebut tanah jajahan maka yang akan mati tersepit adalah pelanduk di tengah2 yang dijanjikan bermacam igauan...pelanduk cuma akan terus berbondong-bondong tak keharuan bak buih2 di lautan... dinyanyikan dan didendangkan..mati dalam lena...

    bila suasana dah hancur, kacau bilau, dalang2 ini akan naik tunjuk kuasa (samada yg sedia ada atau yang sedang berangan)... pelanduk tetap tak dapat apa-apa...
    hutan semakin terbakar dan tiada pucuk muda lagi yang boleh dipagut untuk mengalas perut anakk2 yg kelaparan...

    akhirnya pelanduk pulak sesama pelanduk bertanduk berebut lumut sedangkan gajah-gajah naik kapalterbang pi makan angin kat afrika, dijamu pokok2 pisang dan tebu yang merimbun...bersenang lenang ngan anak isteri serta cucu cicit...baik gajah yang sedia ada atau gajah yang sedang lalok diulit angan2..

    PUASlah hatinya...pelanduk pulak? PUASAlah sepanjang hayatnya...

    Janji Allah sememangnya benar... buatlah bagaimanapun...tapi kalau dah dikata olehNya ginilah keadaan akhir zaman, maka beginilah...

    makin banyak pusat perlindungan dibina makin banyak bayi2 luar nikah melambak...makin tebal poket ustaz/ustazah celebriti, makin membiak isteri derhaka pada suami...semua ni mmg dah tertulis demikian akan terjadinya.... sehinggalah sangkakala ditiup oleh Israfil as.

    lelaki itu dijadikan sebagai khalifah...tapi bila khalifah dah digomol ngan pelbagai khilafiah, ginilah jadinya...

    sejak kewafatan Rasulullah saw, kita telah hilang hero sebenar..tsk!

    BalasPadam
  5. Pada pendapat saya, perhimpunan bersih ini sepatutnya tidak dijalankan langsung. Keganasan senang berlaku dalam situasi sebegini.

    BalasPadam
  6. kenapalah agaknya kena ada perhimpuanan sebegini kan? kan elok jika tubuhkan satu pusat 'bersuara' utk menyuarakan apa saja bentuk "suara" tanpa ada diskriminasi....ermm.....jangan lah sampai ade terjadi sesuatu yang tidak elok kerana Malaysia sudah terkenal dgn keamanan dan sebagai negara yg membangun serta selamat......

    BalasPadam
  7. manusia bila dah terlalu obses dengan sesuatu, kewarasan dan iman tidak dipedulikan. Semoga keamanan negara kita terpelihara.

    BalasPadam
  8. Kesian anggota badan berunifom yg kena bertugas.cuti dibekukan.kena standby on call 24 jam.masa utk keluarga terpaksa dilupakan.Ini semua angkara BERSIH.kalau dipukul sedikit,melalak satu kampung.Apa pun,selamat bertugas buat semua anggota PDRM dan badan2 beruniform yg terlibat.

    BalasPadam
  9. Orang nakkan yang lebih adil (baik)tak dibantunye malah dihalangnye..apa semuanye nie...
    ÙˆَتَعَاوَÙ†ُواْ عَÙ„َÙ‰ ٱلۡبِرِّ ÙˆَٱلتَّÙ‚ۡÙˆَÙ‰ٰ‌ۖ ÙˆَÙ„َا تَعَاوَÙ†ُواْ عَÙ„َÙ‰ ٱلۡØ¥ِØ«ۡÙ…ِ ÙˆَٱلۡعُدۡÙˆَٲنِ‌ۚ ÙˆَٱتَّÙ‚ُواْ ٱللَّÙ‡َ‌ۖ Ø¥ِÙ†َّ ٱللَّÙ‡َ Ø´َدِيدُ ٱلۡعِÙ‚َابِ (Ù¢)
    hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)

    BalasPadam
  10. Satu kisah di zaman rasullah..
    seorang sahabat meletakkan barang2 rumahnya ditengah jalan didepan rumah ...jadi..orang nak jalan pun tak boleh...mereka bertanya kepada sahabat ni..apa yang telah berlaku...diceritakan jirannya menyakiti hatinya...INILAH PROTES...
    orang ramai pun menyumpah seranah,dan sebagainya yang membuatkan jirannya itu bersumpah tidak lagi menyakiti hati jirannya...INILAH PROTES...(lu pikir la sendiri)

    BalasPadam
  11. En Mazidul,

    Insyaallah tidak akan berlaku Perhimpunan Bersih ini.

    Kuala Lumpur ketika itu kemungkinan besar sudah di bawah Perintah Berkurung. Suasana sunyi sepi kecuali kelihatan kenderaan tentera dan pos kawalan keselamatan ATM.

    Ketua Turus ATM sudah bertitah semalam. Mungkin cuma mengeluarkan arahan untuk DARURAT sekiranya semua pihak masih berdegil terutamanya pihak penganjur BERSIH.

    Yang pasti, sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung (melalui sosial network dan blog) pasti akan ditahan di bawah Ordinans Darurat. Perlu diingatkan ketika darurat, tiada lagi ada undang-undang yang lain undang-undang tentera.

    Inilah langkah yang harus diambil untuk menggelakkan pertumpahan darah. Memang merugikan tetapi inilah cara untuk menggelakkan kematian dan kecederaan pada orang ramai.

    BalasPadam
  12. Wira, jika perhimpunan berlangsung, kita bersama saksikan kesannya.

    Itu peringatan saya kepada pihak berkuasa dan tidak lebih daripada itu.

    Hairan, Ambiga bukan Islam, itu diketahui umum. Penyokongnya orang Islam, macam lu?

    Nanti lu pula fikir sendiri!

    BalasPadam
  13. Kesian mereka yang meniaga di lokasi terlibat.

    BalasPadam
  14. Saya tak tahu sama ada pandangan saya ini berbentuk sulit atau tidak cuma apa yg diberitahu oleh salah sorg yg boleh dipercayai di dalam ATM, bahawa kini mereka sedang bekerjasama dengan pihak PDRM menjalankan risikan untuk memerangi perhimpunan ini. Tangkapan seperti yang disiarkan di media massa sblm ini merupakan hasil risikan.

    Seperkara lagi sekiranya himpunan ini dijalankan, pihak ATM akan berada di dalam keadaan siap sedia sekiranya pihak berkuasa iaitu PDRM tidak mampu mengawal keadaan pihak ATM akan mengambil alih di bawah perintah (ordinan) darurat...harap maklum..

    Apa yg pasti pemimpin2 besar di sebalik perhimpunan ini pasti tidak ada bersama...

    BalasPadam
  15. Apapun alasan sy tetap tak bersetuju perhimpunan ini dilaksanakan..risau akan kesannya..byk lg cara lain.. tolonglah berfikir secara rasional.. sekiranya pertumpahan darah berlaku bagaimana? jangan dh terjadi baru nak disesali..

    *saat ini sy cuma risaukan ibu sy yg akan berkursus dikawasan sekitar .. huhu..Ya Allah..Kau lindungilah ibu dan bapaku dr segala kemusnahan dan kemalangan..amin yarabbal'alamin ;((

    BalasPadam
  16. En Mazidul,

    Jika kamu bingung dengan Ambiga ini, saya lebih bingung dengan orang-orang PAS ini.

    Jika dulu mereka bersama-sama dengan YB Zulkifli Nordin berdemonstrasi untuk menghalang satu majlis yang dikelolakan oleh Ambiga di Bangunan Bar Council, kini sudah lain ceritanya.

    Disebabkan sikap YB Zulkifli yang cuba mempertahankan kesucian Islam itu, akhirnya dia disingkirkan dari PKR.

    Tetapi kini, penunjuk-penunjuk perasaan PAS yang dulu menentang Ambiga sudah berubah angin. Sekarang menerimanya sebagai ketua "perarakan' 9 Julai pula.

    Bingung sungguh, begitu mudah hati mereka berubah .....

    BalasPadam
  17. Salam semua,,
    Perhimpunan Bersih.. Ada menyokong dan ada yang menentang... Di sini Adam bersikap neutral.. Melihat melalui kedua-dua pihak.. Adam menyokong tuntutan mereka tetapi tidak menyokong jalan yang disalurkan mereka... Tuntutan adalah mahukan demokrasi yang bersih.. Baru-baru ini saya telah melihat 1 laman blog yang memaparkan senarai nama 88 pengundi dalam satu rumah kecil.. Saya check satu persatu.. Ternyata tuduhan berasas.. Namun selepas itu format untuk check daftar pemilih telah diubah.. Alamat lengkap sudah tidak boleh diperoleh... Pelik bukan???

    Lagi satu adalah mereka mahukan hak sama rata dalam media... Contoh paling mudah adalah sewaktu berita media sering menyebut kerajaan pakatan rakyat selangor, kerajaan pakatan rakyat kedah dan sebagainya.. Seolah2 tidak diiktiraf kemenangan mereka.. Kenapa pula tidak menyebut kerajaan Barisan Nasional Malaysia... Kerajaan BN pahang atau sebagainya... Alangkah bagus jika setiap tohmahan si a dapat dibalas secara terus oleh si B di dalam media yang sama... Tapi tunggu kucing bertanduk dulu.. Rasanya mazidul lebih arif soal ini..

    Ini sekadar pendapat saya sebagai non-partisan tetapi rakyat yang cintakan negara.. BN buat salah gua bantai, PAS buat salah gua bantai jugak...

    BalasPadam
  18. "Apa salahnya menyokong pembangkang kalau pembangkang itu hendakkan sesuatu yang baik? MEREKA bukannya pembangkang bawah tanah, MEREKA bukan pembangkang yang bergerak secara haram."

    SALAM BRADER MAZIDUL...

    "MEREKA adalah pembangkang yang didaftarkan secara sah dan MEREKA hendakkan perkara yang baik dan rakyat tidak salah kalau menyokong dan memberikan restu kepada MEREKA berbanding dengan parti yang hendak mengekalkan kelemahan, mengekalkan kekotoran dalam sistem pilihan raya,"

    (Profesor Dr Abdul Aziz Bari)(UIA)

    BalasPadam
  19. kalau setakat nk htr memorandum, encik2 posmen pun boleh melakukannya bagi pihak Ambiga. sebetulnya mereka ingin menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka ini kepada dunia (bukan takat Msia saja). so, kena la yg berkenaan tu settlekan apa benda yg geng2 Bersih ni tak puas hati. back tu basic, kalau kedua2 pihak (UMNO & Pembangkang) mengamalkan sikap hormat-menghormati, adil dlm apa jua tindakan, mengenepikan sifat2 mazmumah masing2, Msia mmg boleh aman-damai. Kerajaan campuran baru bagus kot.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.