Kepada pengunjung kurang berpuas hati kerana kisah tinjauan kru 666 terpaksa disambung, sepuluh jari saya susun, permohonan maaf saya hulurkan.
Usah marah kepada pengembara seperti saya, kini berada di Pulau Pinang.
Kepada pengunjung belum berpeluang membaca kisah awal, klik di sini terlebih dahulu sebelum terus membaca.
Sambungan ...
Jam 12.28 malam, Adam meluru ke lokasi Zulkarnain dan Rahmat ditinggalkan.
"Jom! Jom! Dia orang kena serang!," jerit pelajar jurusan Psikologi itu.
Sambil merakamkan gambar, saya mengekori kru 666 dari belakang. Badan dibasahi peluh, akibat penat berjalan, barangkali kerana tubuh mula dimamah usia.
Adam lenyap dalam kegelapan malam, berlari pantas bersama Zaki.
Saya mengikut Agus dari belakang sambil berjalan di dalam gelap.
Sebaik tiba di kawasan pokok besar itu, saya lihat kru 666 lain sedang mendengar klip rakaman audio, perbualan di antara Rahmat dan Zulkarnain sewaktu mereka ditinggalkan bersendirian.
"Nampak tak entiti cerah?," soal Rahmat.
"Macam bola api terbang," balas Zulkarnain.
"Ya," ujar Rahmat.
Mereka juga mendakwa terdengar bunyi bak orang berjalan sambil menyeret kaki di atas dedaun kering bertaburan di atas tanah di dalam hutan berhampiran.
Adam dan Razali kelihatan keliru dan cuba meneliti kawasan terbabit naman gagal mengesan sebarang kejadian ganjil.
Jam 1.13 pagi, Adam dan Zaki bersetuju mengambil alih tempat Rahmat dan Zulkarnain.
Kru lain kemudian beredar ke tempat lain meninggalkan mereka berdua di lokasi pernah dijadikan kawasan larangan oleh pihak polis pada tahun 2006 itu.
"Kalau ada entiiti tidak nampak di kawasan ini, tunjukkan diri. Kami hanya sekadar datang untuk merakamkan gambar," kata Adam.
Berulang kali mereka melaungkan ayat sama namun kecewa.
"Tak ada apa," ujar Adam.
Hampir jam 1.15 pagi, keadaan masih tenang tetapi bahang cuaca panas amat terasa.
"Jomlah!," kata Agus.
Sehari sebelum tinjauan, kru 666 difahamkan oleh Rozali dan Daud, terdapat bekas rumah kongsi pekerja balak terletak kira-kira 10 minit perjalanan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda dari lokasi kami berdiri. Atas persetujuan semua, kami meneruskan perjalanan meredah jalan tanah merah menuju ke lokasi itu.
"Tunduk! Tunduk!," jerit Rahmat berdiri di sebelah saya.
Berulang kali, dia, saya, Adam dan Zaki terpaksa menundukkan kepala, mengelak daun dan ranting pokok sewaktu duduk di bahagian belakang kenderaan.
Saksikan reaksi mereka saya rakamkan.
"Alah! Tutuplah. Dia orang dah pagar jalan masuk," ujar Rahmat kecewa.
Gagal meneruskan perjalanan, kru 666 berhenti berehat seketika. Perlahan Azhari menghulurkan donut kepada kami kemudian menjamu selera di dalam hutan terbabit.
Jam tangan saya pada ketika itu menunjukkan pukul 2 pagi.
"Apa kata kita minta bekas komando Sungai Udang untuk duduk seorang diri di bawah pokok?," soal saya.
Semua kru bersetuju termasuk Daud.
Jam 2.21 pagi, Razali bersuara ketika menghalakan sinaran laser dipancarkan Infrared Thermometer ke arah pokok dimaksudkan.
"Suhu turun ke 57!," ujarnya.
Barangkali wujud entiti paranormal di kawasan itu cuma tidak kelihatan pada pandangan mata kasar.
Jam 2.30 pagi, Daud bersedia untuk ditinggalkan berseorangan di lokasi kejadian jenayah pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu dan kini hampir dilupakan rakyat negara ini.
Kru lain kemudian bergerak ke lokasi terletak kira-kira 150 meter dari tempat Daud duduk di dalam gelap.
"Kita bagi dia 20 minit," ujar saya.
Tamat tempoh dipersetujui, kami kembali bertemu Daud.
"Ada kejadian menarik?," soal saya.
"Ada sikit-sikit," balasnya ringkas sambil tersenyum.
Gambar kru 666 membuat tinjauan selama kira-kira 3 jam di lokasi itu kemudian dirakamkan oleh Farid.
Sebelum itu dia sempat berbisik kepada saya.
"Tadi saya sempat risik risik dengan abang Daud, dia cakap dia terdengar bunyi macam orang berjalan sambil menyeret kaki di dalam hutan di depan dia. Peliknya, tadi dia duduk jauh dan memang tak tahu kisah Zulkarnain dan Rahmat mendengar bunyi sama," katanya.
Apapun, hanya Allah maha mengetahui setiap kejadian di langit dan di bumi.
uish..x seram ke bro ??bulu remang sy ni dah tegak dah..
BalasPadamTips Blogging - Cara Meningkatkan Traffik Ke Blog Anda
Ibu Dan Anak Bersetubuh - Melekat Sampai Mati
Kekasih Lama Meminta Seks pada Malam Nikahku
Bahagian seram ialah bila dahan pokok nak cecah hinggap di kepala sewaktu didalam jeep.
BalasPadamsmti. hehe.. wohh seram jugak kalau jadi komando tu. ddk sorang2.. tahniah la korang mmg berani.
BalasPadamyan seret kaki tu memang agak menyeramkan.. dah la baca entri ni pukul 1 lebih... hehehehehhe..
BalasPadamramainya kru yang ikut serta,bising ngan bunyi kenderaan kot,tu pasal la hantu tu tak nak kluor...mengganggu privasi hantu,hantu tu mesti bengang...kan??
BalasPadamsmti
BalasPadamsmti..
BalasPadamserammm
Seram, kalu sorang2, maunya tercirit..
BalasPadamwahhh serammm..sapa la yang menyeret kaki dlm hutan tgh2 malam tu????? hanay Allah yang tau
BalasPadammakan donut juga yg sedap. mengubat sikit rasa seram...
BalasPadamDonut tu nampak sedap.
BalasPadamTerima kasih dgn cerita yang bernoktah.
smti..
BalasPadammemang nampak sedap donut tu.... cerita pun memang seram....
smti....errrr.....seram seh...
BalasPadamSMTI
BalasPadamtakut.....!!!
BalasPadam