Ahad, Julai 31, 2011

Jika Pembaca Bermurah Hati ...

Salam buat semua.

Sejak paparan berhubung kes paranormal dikongsikan di blog ini, saya dapat melihat pertambahan bilangan pengunjung secara drastik.

Majoriti gemar membaca tampalan berhubung kes paranormal, hanya segelintir tidak.

Hakikatnya, untuk menyingkap fakta berhubung kes ditinjau, pelbagai usaha gigih dilaksanakan. 666 tidak menerjah lokasi sasaran secara semberono. Pada dasarnya, kami dituntut untuk berbincang, berkomunikasi dan membuat keputusan.

Secara peribadi, menghasilkan paparan berhubung kes paranormal di blog ini tidak ubah bak menerbitkan program dokumentari eksklusif, walhal hakikatnya hasil tinjauan hanya dimuatkan di blog ini. 

Jika dilihat, penerbitan program televisyen lebih enteng kerana keseluruhan perbelanjaan dibiayai menggunakan bajet diperuntukkan syarikat dan hasil sumbangan penaja. Elaun kru, kos pengangkutan, komunikasi dan penginapan, semuanya ditanggung beres.

Pembaca setia mengikuti blog ini secara konsisten pasti tahu, setakat ini hanya 2 syarikat bersetuju menghulurkan sumbangan. Pemilik Supremo Donuts & Coffee menyumbang wang tunai untuk pembelian alat bantu kajian manakala syarikat Aroma Cinta Enterprise dilaporkan berminat menaja pakaian bertujuan memantapkan lagi penampilan kru 666.

Untuk rekod, selain dianggotai kakitangan syarikat swasta dan kerajaan, kru 666 turut disertai pelajar kolej. Semangat dan keberanian kru terbabit, amat saya hargai. Mereka semua bukan golongan peminta, jauh sekali bertujuan meraih keuntungan peribadi. Namun fakta perlu dikongsikan di sini, dana untuk menanggung kos keseluruhan tinjauan dan kajian di pelbagai lokasi, amat terhad.

Berikutan kekangan itu, setakat ini kami hanya mampu melakukan tinjauan di Lembah Klang sahaja biarpun wujud permintaan menuntut 666 melebarkan sayap liputan ke negeri lain di Malaysia.

Hemat saya, setiap kru 666 tidak pernah berkira berhubung tenaga dan semangat mereka curah dan tampilkan sejak 2 bulan lalu. Keringat mengalir di dahi dan tubuh, bukti dan lambang komitmen sejati tanpa berbelah bagi.

"Bro, bilangan pembaca blog mazidulakmal.com purata lebih 10 ribu sehari. Kalaulah ada antara mereka sudi menyumbang RM1 setiap seorang, mesti kita boleh bergerak lebih mantap dan berupaya melakukan tinjauan dan kajian di lebih banyak lokasi," cadang Razali Harun.

"Tak perlu RM1 bro, banyak sangat rasanya. Lima puluh sen seorang pun sudah lebih daripada memadai untuk membantu menampung kos menggerakkan 13 kru 666 lebih aktif. Pembaca hanya perlu duduk selesa di rumah untuk menikmati hasil tinjauan kita kongsikan," balas saya secara gurauan.

Terfikir, ada logiknya cadangan tanpa paksaan itu. Jika sebilangan pembaca berasa tinjauan kami jalankan menarik untuk dikongsikan sebagai ilmu, tidak salah andai cadangan itu dilaksanakan. 

Kami memerlukan sumbangan ikhlas, bukan bertujuan menjadi peminta sedekah.

Justeru, kepada pembaca budiman bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan kepada kru 666 tanpa mengira nilainya, salurkan ke akaun Bank Islam 1204 7020 301196 ATAU Maybank 114106004713.

Jika sumbangan disalurkan ke akaun Maybank, sila nyatakan jumlahnya di bahagian komen tampalan ini, biar 10 sen sekalipun.

Terlebih dahulu, terima kasih kami ucapkan.

Pihak syarikat berhasrat menaja antaranya kos pengangkutan dan pembelian alat bantu kajian juga kami alu-alukan dan boleh berhubung dengan kami melalui emel mazidulakmal@yahoo.com.

Jika tiada sumbangan sekalipun, kami tetap merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan secara moral diberikan semua selama ini. Sila like Fan Page 666 sebagai tanda sokongan untuk terus membakar semangat kru 666.

Apapun, pandangan pembaca berhubung hal ini kami perlukan.

19 ulasan:

  1. salam. tahniah kerana aroma cinta enterprise pengeluar produk haruman kasturi syifaa' menaja baju kepada kru 666. semoga tuan mazidul dan kru mencapai apa yang dihajati...

    BalasPadam
  2. Salam Bang, salam Ramadhan. Jika ada maybank akaun lagi cantik. Mungkin satu hari nanti saya juga berminat untuk join kru 666.

    BalasPadam
  3. Mari berpantun Team 666 :-
    Naik bukit, turun bukit
    Peluh menitik, meleleh dari dahi ke tapak kaki
    Kalaupun tidak banyak, biarlah sedikit
    Kalau bukan duit-ringgit, buah Kurma sedia menanti.

    InsyaAllah.

    BalasPadam
  4. salam....akaun bank perlu ditulis atas nama siapa?? klu guna mesin atm, mungkin tidak diperlukan nama akaun. tetapi, sekiranya pembayaran menggunakan online banking ia memerlukan nama akaun.

    BalasPadam
  5. smti...betul kata blaze..klu ada akaun maybank lagi cantik...letak sekali nama tuan punya akaun...saya rasa kebanyakan dari pembaca ada akaun maybank, termasuk saya.... :)

    BalasPadam
  6. betul tu bang..ada akaun maybank mungkin lebih mudah

    BalasPadam
  7. saya suka membaca kisah mistik dari 666 maka saya seikhlas hati memberi sumbangan agar dapat terus membaca kisah2 begini.

    Status: Successful
    Reference number:1530132246
    Transaction date:02 Aug 2011 15:57:01
    Amount: RM10.00
    To Open 3rd Party Account : 114106004713
    Account Holder Name : MAZIDULAKMAL BIN SID

    BalasPadam
  8. Sweet, mewakili kru 666, saya mengucapkan terima kasih di atas sumbangan anda.

    Kami amat menghargainya.

    Untuk rekod, kami dalam proses membeli beberapa peralatan saintifik untuk memantapkan lagi kajian dan tinjauan bebas kami jalankan.

    Thanks again.

    BalasPadam
  9. Salam Bang, ini bahagian saya. Semoga berjaya.

    Amount: RM50.00
    To 3rd Party Account Number: 114106004713
    Account Holder Name: MAZIDULAKMAL BIN SID
    Recipient email: mazidulakmal@yahoo.com
    Effective date: Today
    Status: Successful
    Reference number: 1530195674
    Transaction date: 02 Aug 2011
    Transaction time: 18:25:55

    BalasPadam
  10. Blaze, whoever you are Sir, thanks from all of us.

    Really appreciate it.

    BalasPadam
  11. Salam bang...this is from me...moga terus success.. :)

    Reference Number : IBGRIBMBB20110803666
    Transaction Status : Accepted for Processing
    From Account : 114-50-05461-2 Savings Account

    Beneficiary Details
    Beneficiary Account Number : 114106004713
    Beneficiary Name : Mazidul Akmal

    Receiving Bank : MAYBANK BERHAD

    Transfer Details
    Amount (RM) : 20.00
    Transfer/ Payment Description : IBG Transfer fr HLBB
    Transfer Reference No :

    Transaction Date, Time : 03-Aug-2011 10:52:20 AM

    BalasPadam
  12. Lynn, on behalf of 666, kami ucapkan terima kasih.

    BalasPadam
  13. Abg MAS, perlu bgtau ke kalau nak derma? Abg perlukan detail transaction ker?

    BalasPadam
  14. Opocot, detail transaction boleh dihantar ke emel saya mazidulakmal@yahoo.com.my

    BalasPadam
  15. pihak sykat kami nk mnaja tshirt utk crew 666 leh x???

    BalasPadam
  16. Sam, tshirt sudah ada penaja.

    Sila berhubung dengan saya melalui email atau like page 666 dan kongsikan maklumat.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  17. sham, kalau anda menaja beberapa peralatan atau pun wang tunai untuk kami bergerak menjalankan kajian pun boleh juga jika tidak keberatan.

    BalasPadam
  18. bro... apa kata kita buat jek rm singgit sorang... tiap2 bulan... bleh buat modal... mntak2 la semua setuju...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.