Buat kesekian kalinya, kru 666 akan membuat tinjauan menyingkap fakta berhubung kes paranormal dimuatkan di You Tube dan kisah seram disebarkan.
Rakaman entiti kelihatan seperti wanita berjalan menembusi dinding, satu daripada klip video didakwa dirakamkan di Putrajaya.
Malangnya, setelah meneliti informasi di You Tube, kejadian itu bukan direkodkan di Putrajaya, Malaysia tetapi di Putrajaya, Jakarta, Indonesia.
Mei lalu, visual buai bergerak didakwa dirakamkan di Putrajaya tetapi tidak pula dinyatakan lokasi sebenar.
Dipercayai kejadian itu dipalsukan.
12 Mei 2011, klip video didakwa memaparkan kelibat toyol atau entiti tidak dikenal pasti dirakamkan di Pasar Precint 15 atau 16, Putrajaya. Maklumat dipaparkan tidak jelas.
Secara peribadi saya tidak dapat mengesahkan ketulenan semua rakamana dan lokasi sebenar.
Bagaimanapun sebentar tadi saya meminta ketua kumpulan Pengembaraan Alam Ghaib, Azree Ja'afar, untuk melakukan tinjauan awal kerana dia bekerja di Putrajaya.
"Ada batu besar, banyak kali cuba dialihkan oleh kontraktor tetapi tak berjaya. Orang kata tempat itu keras," jelasnya.
"Baguslah, boleh kru 666 pergi sendiri untuk membuat tinjauan dan kemudian kita kongsikan penemuan dengan orang ramai," balas saya.
InsyaAllah, kru 666 akan berada di Putrajaya pada jam 12 malam Sabtu minggu ini.
Sekiranya pembaca mempunyai maklumat tepat berhubung lokasi dikaitkan dengan kes paranormal di Putrajaya, sila kongsikan di sini.
SMTI
BalasPadamLATEST ENTRIES
1. Menu Mee Kari terbaik Di Kuantan! Perghhh!!! Mabeles!
SMTI~
BalasPadamMembaca artikel tentang batu besar tu, saya teringat kes pembangunan perumahan di kawasan berdekatan rumah saya. Hutan nipah perlu di bersihkan.
BalasPadamBanyak pemandu jentolak terpaksa lari meninggalkan jentolak kerana ketika mereka sedang menjalankan kerja di dlm hutan tersebut, tiba2 muncul kepala tanpa badan terbang mengelilingi mereka.
Akhirnya, kerja2 tersebut berjaya di lakukan oleh pekerja dari indonesia. Bila di tanya, tak takut ker terserempak dgn hantu, kata mereka, itu adalah perkara yang biasa di lihat di negara mereka.
Saya pernah mendngar cerita bahawa kawasan di air terjun buatan di Wisma Tani presint 4 tu pak guard pernah terserempak dengan mahluk halus..malah dikatakan dirakam melalui CCTV.malah ada juga beberapa kes dialami oleh pak guard di kawasan parkir di basement.
BalasPadamMiey, terima kasih kerana memberikan info.
BalasPadamSMTI
BalasPadamsatu lagi tempat yg patut tuan pergi ialah di Presint 20, kat area situ pun ade byk jugak kisahnya.
BalasPadamTokan, bahagian mana?
BalasPadamkebiasaannya...pergi ramai-ramai.....sukar untuk bertembung dengan hantu-hantu ini....
BalasPadammungkin kalau pergi sorang-sorang lg real...hehehe
berdekatan dgn batu besar tu iaitu belakang Picc. tp bukan saya yg alami
BalasPadamTingkat 8, blok tengah MOF. kat situ terdapat hotel. Katanya ada benda yg mengganggu..
BalasPadamkat opis saya tingkat 4 pun ada. saya pernah alami tapi buat tak tahu je..
alamak sori terlambat bace..
BalasPadambyk juge kejadian2 di blok2 opis yg didengor.. bunyi bdk2 main lps wktu opis, bunyi brg2 jatuh, yg menyerupai pegawai yg tak hadir hr tu pon ade juge..
yg pernah tgk dgn mate kepale sendiri - sorang pegawai tu nak melangkah masuk bilik punchkad tiba2 jatuh ke belakang seolah2 kne tarik waktu azan asar.. mmg sgt2 terkejut! wallahu'alam..
bangunan blok c2 kompleks c, JPA..sy berkerja di sini..pernah mengalami..tp tak tunjuk wajah..juga di Minlon Serdang dan bangunan SApura Jalan Tasik The Mines. rakan serumah mengalami sendiri...fobia..tak buat ot sampai skang..
BalasPadamDi dalam kawasan Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan kerap kali berlaku kejadian aneh dan penampakan identiti paranormal
BalasPadamsaya penah keje pak gat(siang keje dgn gov) malam kat komplek D x de pape mlm2, kalo kat p20 pun sama sbb de kerani kat situ n batu bsr yg dimksudkn x leh pecah sbb takut struktur bangunan yg kat sebelah rosak..
BalasPadam