Jumaat, Julai 01, 2011

Komunis Membunuh Kawan Dan Ketua

Lihat wajah saya muat naik, ihsan akhbar The Malay Mail 1957.

Namanya Phang Soon Kow, bekas Home Guard. Home Guard, pasukan sukarela bertugas menjaga keselamatan di zaman pemerintahan British, sewaktu negara mendepani darurat. 

Pada Januari 1956, dia menyertai persatuan pengganas komunis. Menurut laporan akhbar terbabit, Pang menawan rakan Home Guard sedang bertugas, merampas 4 laras senapang dan 80 butir peluru milik mangsa.

April tahun sama, Phang menembak mati Komander Home Guard di Kampung Baru Senai, Johor, ketika komunis menyerang kampung terbabit.

Phang kemudian ditembak mati oleh tentera Gurkha di Senai. Melihat wajahnya, tiada siapa dapat menjangka kekejaman dan hati keringnya.

Klik keratan akhbar di bawah untuk membaca laporan sama dalam Bahasa Inggeris.


Komunis dan perkataan 'kejam' dan 'ganas' mustahil dapat dipisahkan. Persekutuan Tanah Melayu diistiharkan darurat pada tahun 1948 kerana ancaman komunis. Majoriti mereka berbangsa Cina dan sebilangan Melayu.

Berikut petikan akhbar Utusan Malaysia, laporan 26 Jun lalu.

KEPALA BATAS 26 Jun – Polis mengesan gerakan terancang pihak tertentu didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Gerakan itu juga didakwa sedang giat menyebarkan propaganda anti kerajaan termasuk melalui risalah yang secara terang-terangan menghasut rakyat menggulingkan pemerintah seperti berlaku di negara-negara Asia Barat.

Jika dakwaan itu benar, mereka terbabit harus tahu, komunis bukan sahaja sanggup membunuh rakan malah ketua mereka sendiri.

Saya jarang menulis berhubung politik tetapi tidak bermaksud saya tidak membaca blog berbaur politilk;

Sedang blog walking, saya terbaca ayat saya anggap dijadikan moto perjuangan dicatatkan pemilik blog.

'Taat kepada pakatan rakyat, Taat kepada PAS, Lebih taat kepada Islam, Paling taat kepada Allah swt'

Ini pula tampalan pendek ditulisnya berhubung keputusan Majlis Fatwa berhubung perhimpunan dirancang BERSIH.

'Ko gila apa neh? Janganlah tunjuk sangat bodoh piang ko kat sini woi. Jangan lah bagi orang alasan untuk maki ko segala bagai. Majlis fatwa apa nya? Ini ialah KEFACKAN yang nyata. Amek ko. Bodoh nak mampos. Bengap melampau. Bangang tak hengat donia. Woitt bangang, punya lah berlambak2 isu umat islam yang ko boleh tampil ke depan dan sepatutnya cari jalan penyelesaian dengan menegur kepimpinan kerajaan dan ko memilih untuk menampilkan diri dalam isu bersih yang mana rakyat gunakan ia sebagai medium untuk menuntut keadilan? Ini ialah FACK! Tak boleh di biarkan lagi. Ini sememangnya FACK! Ko faham tak? FACK!'

Suka sangat dia dengan perkataan 'FACK' ...

26 ulasan:

  1. Jadi jangan sekali-kali nak berkawan dengan komunis... betul?

    Sehingga petng tadi, saya masih tidak faham apa yang sebenarnya berlaku. Berkali kali dengar, baca, tapi saya masih tidak faham.

    Hari ini, saya tidak mahu faham.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum
    Nak runtuhkan negara, bukan payahpun...yang sukarnya nak bangunkan, nak majukan, nak kekalkan keamanan. Belajarlah dari catatan sejarah. Betulkah kejatuhan Melaka pada 1511 lampau itu sebab Portugis yang KUAT, atau sebenarnya kita yang berpecah, atau juga ada pengkhianat?

    Baguslah bersih nak pilihanraya yang bersih, namun bersih kah apa yang bakal berlaku? Atau sebenarnya, masing-masing ada kepentingan...

    BalasPadam
  3. kotor sungguh minda pelaung bersih tersebut. heh.

    BalasPadam
  4. walaupun sy bru menjejak 21 tahun,
    rasanya sy tahu jalan mana terbaik untuk menuntut sesuatu .
    yang pasti, dengan mngikuti perhimpunan haram yg ada kaitan dengan komunis ni,bukan jalan yg betul .

    walaupun sy tak merasai zaman komunis, sy tahu penderitaan org yg merasai zaman tu.

    BalasPadam
  5. betul tu azie...

    heran betul...

    saya pernah tanya pada salah seorang pemimpin..."betul ker kalau saya undi yang ni yang ni nanti saya masuk syurga?"

    jawabnya, "betuuul...tp dgn syaratlah"

    "apa syaratnya?"

    "mesti taat pada perintah Allah dan Rasul...jauhi maksiat bla bla"

    "kalau dah undi tp tak ikut syarat?"

    "tak masuk syurgalah..."

    "kalau camtu, camner kalau saya undi yang tu yang tu, tapi saya ikut semua syarat kemasukan syurga tu? saya masih tak layak ke syurga?"

    senyap sampai sekarang...

    'taknak jadikan diri sebagai alat utk org yg saya tak dapat tengok warna sebenar hatinya paling dalam untuk mencapai cita-citanya...ada mata tengok, ada telinga dengar, ada mulut diam kalau tak perlu...'

    BalasPadam
  6. selalunya begitulah..bertindak dan bercakap atas selera dan nafsu sendiri tanpa memikirkan hak orang lain serta implikasinya terhadap ummah keseluruhan..di pihak mereka apa yg halal boleh diharamkan n vice versa..
    hari ini di khabarkan akan berlaku demonstrasi ala bersih memprotes penamatan jawatan imam di masjid putra sendeng di ampangan, seremban..

    BalasPadam
  7. saya berharap, mereka-mereka ini memberi peluang saya merasa hidup di usia tua dengan aman damai ... amin.

    BalasPadam
  8. Tidak mahu lagi sejarah mengenai komunis tercatat sekali dlm buku sejarah generasi yg akan datang.
    cukuplah hanya sekali.yg mana suka sangat mengcetuskan huru-hara,ingatlah anak2 kita,mereka pewaris generasi yg akan datang.kita mahukan negara yg aman damai.berpolitik biar bertempat.

    BalasPadam
  9. En. Mazidul, dari tulisan mamat yang suka perkataan FACK, jelas menggambarkan peribadi mamat ni yang penuh dengan hasad dengki dan suka kan keganasan. Ini lah semangat yang diterapkan oleh pemimpin mereka...sedih betul.

    BalasPadam
  10. smti.....saya jadi menyampah bila tgok paper...asik2 citer pasal perhimpunan haram, citer pasal nak kuasa, citer pasal nak dulukan kepentingan peribadi...dunia nak kiamat gaknyer...suma berlumba2 nak kuasa...

    BalasPadam
  11. Bahasa menunjukkan bangsa. Dan daripada komen tersebut, ternyata dgn jelas peribadi manusia tersebut bagaimana. Org begitu dan yg sekumpulan dengannya yang beria-ia melaungkan keadilan? Bagus sangatkah mengeluarkan kata-kata kesat itu? Orang-orang sebegini nanti seperti meludah ke langit.

    BalasPadam
  12. Saya bukan pro kerajaan tp sy cintakan kedamaian.apa guna sibuk melaung reformasi dan berusaha nk jatuhkn kerajaan sedangkn masa dpn negara tak jelas dgn mslh dlman pbangkang?

    Sibuk kata SPR kotor, hati mereka tu sbnrnya yg kotor!

    BalasPadam
  13. Bukankah umat Islam dituntut untuk memanggil atau menggelarkan orang lain dengan panggilan yang baik dan diredhai oleh tuan punya badan? Sedih betul bilamana orang yang mengaku duduk di kalangan orang2 yang berjuang atas nama Islam tapi tak mengamalkannya.

    Siapa pun kita, apa pun ideologi kita.. hormatilah sesama sendiri. Bersyukur dengan apa yang kita nikmati kini, jangan nanti apa yang kita impikan hancur berkecai dek kerana kerakusan nafsu sendiri!

    BalasPadam
  14. Sorry off topic...nk tanya SMTI tu ape benda...byk kali tgk org komen pakai ayat tu...

    BalasPadam
  15. Faiz : smti itu singkatan utk "saya membaca tampalan ini"..

    abg mazidul, saya menjwb bagi pihak yer.. :)

    BalasPadam
  16. bersih kena 'bersih' dahulu...
    http://drmaza.com/home/?p=1436

    BalasPadam
  17. sokong sangat2 komen dari Jumaat, 1 ~anyss~

    BalasPadam
  18. Bro, , komunism satu hal, tapi paling takut, Malaysia jadi macam Singapura di langgar todak, Pulau Pinang dilanggar roket, Melaka dilanggar Candu, Selangor dilanggar pelacur!. Kemana perginya orang Melayu? Makin terpinggir di tanah sendiri.

    BalasPadam
  19. FaiZ:utk makna SMTI, klik sini:-
    http://www.mazidulakmal.com/2011/05/saya-membaca-tampalan-ini.html

    BalasPadam
  20. S aya
    M embaca
    T ampalan
    I ni

    BalasPadam
  21. betul tu quinee.. masuk syurga n neraka semua ketentuan Allah s.w.t. kita tahu Allah maha adil. Tugas kita mengikuti segala yg Allah perintahkan.. ape2 pun Islam harus diutamakan. dari semua aspek kehidupan. semuanya ade dlm islamkan.

    BalasPadam
  22. "dengan mngikuti perhimpunan haram yg ada kaitan dengan komunis ni"

    dear cik diya & rakan-rakan

    setahu saya di negara komunis yang rakyatnya tidak boleh berdemonstrasi, manakala di negara demokrasi demonstrasi dibenarkan untuk luahkan rasa tidak puas hati.

    sebagai contoh :
    1. Lokasi - Tanah Besar Cina (parti komunis)
    masa - sukan olimpik beijing
    isu - tibet
    situasi - tengok x berita macam mana pendemonstrasi dihambat oleh pihak berkuasa, ramai ditahan termasuk pihak media bebas dan media asing.

    2. Lokasi - Perancis (demokrasi)
    masa - oktober 2010
    isu - kerajaan lanjutkan tempoh bekerja, pendek kata bersara lewat 60 ke 62 tahun
    situasi - dekat seminggu kot demonstrasi, universiti tutup beberapa hari (x pasti semua atau sebahagian), media french kata jumlah pendemonstrasi 1.1 million , penganalisa bebas kata 3.5 million. takde pon polis diorang sepak terajang pendemonstrasi2 tu sume. selagi takde yg bakar harta awam & terbalikkan kereta ke, selamat je diorang

    3. Lokasi - jerman
    masa - awal tahun 2011, lebih kurang selepas gempa bumi kat jepun
    isu - lanjutan tempoh operasi stesen janakuasa nuklear
    situasi - puluh ribuan (kalau x jutaan) berdemonstrasi seluruh negara, antara kemuncak di berlin - tema warna kuning-hitam, ramai yg bwk belon, tong yg di cat simbol nuklear - berdemo dari stesen keretapi berlin hingga ke depan pejabat kanzler(eja macam ni kot).ade yg terjun sungai, dengan belon2 ngan tong2 tu. takde pon kes pendemonstrasi kene pukul ngan polis/pihak berkuasa.

    banyak lagi demonstrasi kat negara2 demokrasi saban tahun. tengoklah macam mana kawalan pihak berkuasa kat sana.berbeza sekali antara negara demokrasi ngan komunis.

    "lihat dunia dari mata burung, atau lihat dari dalam tempurung, yang mana satu engkau pilih?"

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.