Saya tidak akan membuat tanggapan atau telahan di setiap tampalan berhubung kajian paranormal telah atau akan dijalankan. Itu janji saya kepada semua pembaca setia blog ini.
Maksudnya, jika saya tidak nampak kelibat entiti paranormal maka saya katakan tidak. Jika sebaliknya, saya katakan ya sekaligus fakta kongsikan bersama semua pembaca.
Barangkali, majoriti pengunjung blog ini telah membaca tampalan Laungan panjang dan sayu di Highland Towers, saya catatkan semalam.
Petang sebelum tinjauan di Highland Towers dilaksanakan, kru 666 sempat singgah di rumah banglo tinggal terletak kurang 200 meter dari tapak runtuhan Blok A, kawasan 48 mangsa maut ditemui pada tahun 1993.
Melalui pengamatan saya, struktur rumah terbabit masih kukuh dan boleh diduduki cuma bahagian dalamnya telah dicemari pelbagai graffiti, barangkali perbuatan remaja nakal,
Jika diperhatikan gambar di bawah ini, ternyata mereka bukan sahaja nakal tetapi terbabit merosakkan harta milik peribadi.
Selain daripada remaja, penagih dadah juga mungkin pernah berada di banglo sama. Saya juga percaya ruang dan bilik di banglo terbabit juga pernah dijadikan sarang maksiat berdasarkan beberapa gambar saya rakamkan tetapi tidak dapat disiarkan di sini.
7 tahun lalu, ketika saya membuat rakaman berhubung Highland Towers, banglo itu masih dihuni. Kini rumah dua tingkat itu mula usang berikutan tidak dijaga.
Saya percaya, setiap orang lalu di kawasan sama akan bertanyakan soalan sama. Mengapa banglo itu ditinggalkan?
Hemat saya, andai 2 kondominium Highland Tower itu tumbang sekalipun, banglo terbabit masih berada dalam jarak selamat.
"Mei tahun lalu, masa kami buat tinjauan berhubung penagih dadah, kawan wartawan kita rakam gambar objek macam batu nisan terapung-apung di luar tingkap sedangkan masa itu kami berada di tingkat dua," kata blogger, ondscene 2 hari lalu.
Baca kisahnya di sini.
2 malam lalu, selesai menjalankan kajian di Highland Towers, Muhammad Zaki Muhammad dan Rahmat Mokhtar meninjau banglo sama pada jam 3.26 pagi.
Di kawasan tangga, Zaki menggunakan alat pengesan bunyi, electronic voice phenomena kelihatan terpaku. Saya kemudian menghampirinya.
"Nah! Cuba abang dengar pula," bisiknya.
Saya kemudian memakai earphone dihulurkan Zaki.
"Ya, ada macam bunyi tapak kaki dan objek digerakkan di atas," kata saya.
Pantas Zaki mendapatkan alat untuk merakamkan bunyi kami dengar. Malangnya sebaik kami kembali ke lokasi sama, bunyi itu tidak kedengaran lagi.
Amat ganjil di Taman Hillview, Hulu Klang, kawasan hartanah bernilai tinggi, banglo sebegitu dibiarkan usang.
SMTI
BalasPadamsmti
BalasPadamSMTI!
BalasPadambiar mahal, tapi keselamatan dan keharmonian lebih utama.
BalasPadamsmti
BalasPadamsmti
BalasPadamSmti
BalasPadamsmti..
BalasPadamsmti
BalasPadamsmti tu apa ?
BalasPadamsmti
BalasPadam