Mohd Ashraf Abd Aziz, 25 tahun menggemparkan negara, wajahnya terpampang di muka hadapan akhbar.
Perhatikan gambar Ashraf di Harian Metro.
Jika tidak mengetahui identiti sebenarnya, pasti kita menganggap dia perempuan sejati. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa menolak permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana.
Itu fakta.
Saya percaya lebih ramai lagi lelaki berperawakan bak perempuan di negara ini. Sebilangan mereka mendakwa telah menjalani pembedahan menukar jantina samada di Singapura atau Thailand. Jika pembaca melintasi Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur, pada waktu malam, golongan sama bersidaian di tepi rumah kedai, menjaja bentuk tubuh kekadang kelihatan lebih seksi berbanding perempuan sebenar.
Mereka berbangsa Melayu, India dan Cina. Malah kini pondan Indonesia atau digelar 'bencong' di negara asal juga didapati aktif menawarkan servis seks kepada pelanggan, baca di sini.
Mac 2010, sewaktu berada di Jakarta, saya bertembung bencong mabuk dan selamba cuba menggoda kru saya, klik di sini untuk membaca kisahnya.
Majoriti pondan bersifat pemalu pada waktu siang. Barangkali kerana solekan pada wajah telah dibasuh manakala coli dan g-string mereka telah dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Apapun, saya juga yakin bukan semua pondan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.
Apapun, saya juga yakin bukan semua pondan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.
Pada masa sama, tidak dapat dinafikan sebilangan pondan menyerlah dalam kerjaya sebagai mak andam dan bidang kerjaya lain. Namun bilangan mereka tidak begitu ketara.
Jika diperhatikan, pondan tidak gemar menggunakan nama sebenar. Mereka memilih nama kedengaran manis jika dipanggil.
Tasha, Shila dan Bella, antara nama panggilan dipilih.
"Nama I Tasha, I baru buat buah dada," ujar pondan.
Manis kedengaran ayat itu, berbanding ...
"Nama I Johari, I baru buat buah dada"
'Johari', sekadar nama dipilih secara rawak, tiada kena mengena dengan mana mana individu.
Tidak hairan jika pertukaran nama itu amat penting bagi majoriti pondan. Andai dibenarkan sekali, pasti selepas ini, mahkamah akan menerima lebih banyak permintaan sama.
Apapun jika berminat untuk mengikuti berita berhubung tinjauan dan kajian kes paranormal kru 666 sila klik Fan Page 666.
Sebagai BONUS kepada pembaca, tonton video tinjauan kru 666 di Highland Towers disediakan kumpulan Pengembaraan Alam Ghaib di Fan Page sama.
Apapun jika berminat untuk mengikuti berita berhubung tinjauan dan kajian kes paranormal kru 666 sila klik Fan Page 666.
Sebagai BONUS kepada pembaca, tonton video tinjauan kru 666 di Highland Towers disediakan kumpulan Pengembaraan Alam Ghaib di Fan Page sama.
yer laaa broo ....
BalasPadamkena sentiasa berwaspada ..... memacam sekarang ini ...
haha..tak tau bersyukur lagsg kan..npe la nk tukar kjadian ALLAH yng Maha AGUNG..:)
BalasPadamVirus Facebook - Tak Dapat Hack Kena Maki
Tips Blogging - Cara Meningkatkan Traffik Ke Blog Anda
Ibu Dan Anak Bersetubuh - Melekat Sampai Mati
ni kena hati-hati ni. sapa2 ada isteri kat rumah atau kekasih tu ce cek. manalah tahu kan. hahhaa. macam-macam.
BalasPadamSMTI
BalasPadamdia khunsakan... konflik.
BalasPadamSepemahaman saya, kalau khunsa ada 2 alat sulit - dibenarkan berperawakan/memilih jantina yg dirasakan sesuai dengan diri sendiri.
BalasPadamTetapi kalau dilahirkan cukup sifat sebagai seorang perempuan/lelaki, maka haram sekiranya menukar jantina.
Saya simpati dgn Mohd Ashraf - Masih muda, punyai cita-cita, punyai Ibu Bapa & keluarga yg menyayanginya. Walau apa pun alasan, impian & harapan, kembalilah ke asal kejadian mu Dik, matlamat mu tidak boleh menghalalkan cara.
Jabatan agama mainkan peranan anda - berikan bimbingan sewajarnya dgn penuh hikmah - usah biarkan Mohd Ashraf 'keseorangan'- Mohd Ashraf sedang berusaha mendapatkan haknya tetapi berada di dalam kekaburan - 'sambut tangannya' tunjukkan haknya yg sebenar. Islam itu indah...
sila jngan bagi muka dengan orang macam ni.ini bukan amerika.haha...
BalasPadamashraf ni salah seorang yang baik kot sebab dia nurse bukannya peniaga seks...
BalasPadamadoiii...
BalasPadamPagi tadi - sekitar jam 1.00 - 2.00 pagi, kakcik dan suami sengaja meronda (dalam kereta) sekitar KL. Melalui Bintang Walk dan melihat 'gadis-gadis ayu berjantina sebaliknya dalam kad pengenalan' berpakaian seksi dan sangat mencabar kejelitaan gadis sebenar...
BalasPadamwoow.. sekali nampak macam wanita melayu terakhir.
BalasPadamTerbaru di blog Aku "Ketahui Rahsia Buah Dada Wanita (18sx)"
SMTI
BalasPadamKadang-kadang kita asyik menyalahkan orang, mengutuk, menghina. Cuba selami perasaan ibu dan bapa Ashraf. Mereka juga tidak mahu anak mereka jadi begini. Namun apa usaha kita? Mana jabatan agama yang sepatutnya ke depan untuk menyelesaikan masalah ini. Menghukum bukan penyelesaiannya. Dan jika jabatan agama tidak boleh berbuat apa-apa, lebih baik letak sahaja jawatan mereka.
BalasPadamSMTI
BalasPadamNenek, saya pun tidak menulis mengatakan dia tidak baik.
BalasPadamMK, jabatan agama hanya boleh mengambil tindakan mendenda mereka kerana berpakaian menyerupai perempuan, itu sahaja.
Denda kurang RM3,000.
Itu jika ditangkap, lazimnya selepas itu mereka akan kembali semula menampilkan diri mengikut kehendak mereka.
Saya yakin pihak berkuasa tidak mampu memantau pergerakan dan kegiatan semua pondan di Malaysia ini.
Saya simpati kepada dia, keliru identiti tu.. Dia perlukan bimbingan drpd keluarga, sahabat dan masyarakat sndiri. Jgn cepat menghukum, kita pun kdg2 menyumbang kpda ketidakseimbangan sosial skrg ni.
BalasPadamAshraff... benar kita punyai hak utk menjadi siapa kita tp mestilah berlandaskan hukum Pencipta kita. Blm terlambat untuk pulang, mntalah keampunan ibu bapa dan Allah.
Yg lainnya... kita semua kena bantu dia, bkn sekadar jabatan agama shja.
ntah apa lah yg cuba dibuktikannya.
BalasPadamwallahu'alam...
smti
BalasPadamtruk kan..dah lah nisbah lelaki sikit..makin sikit lah lelaki..
BalasPadamUtk lelaki yang nak jadi perempuan macam ni, kita tanya diorang beberapa soalan:
BalasPadam1) Apa status kromosom? XX ke XY?
2) Alat kelamin tu sejak lahir mmg wujud macam tu kan?
3) Dalam perut tu, ada uterus dan ovari tak?
4) Tiap2 bulan ada menstrual cycle tak?
Kita tgk apa diorg nak jawab. Naluri saja tak cukup bai. Itu sama seperti hasutan Iblis dan syaitan yg sentiasa mahu menyesatkan manusia daripada jalan Allah.
Dan ada org yg pernah persoalkan, bagaimana dgn aurat? Dia dilahirkan 100% lelaki, kalo dia jd begini, katakanlah dia nak solat, dia masuk surau perempuan, habis semua perempuan yg bertudung dlm tu dah terdedah auratnya. Bila dia meninggal dunia nnt, takkan nak suruh orang perempuan mandikan jenazah? Mcm mana nak solat jenazah?
Sebab itulah Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. Sebab Allah Maha Mengetahui akibat-akibatnya.
Tak payah lah asik suruh Jabatan Agama je yg nak bimbing dia. Org sekeliling dia pun boleh bimbing dia. Yg penting kena la usaha. Bukan setakat pumpang2 je. Kalau parents dia dah tak mampu nak bimbing, imam2 dan ustaz2 di kawasan dia tinggal pun boleh bimbing.
Knowlee, saya suka membaca pelbagai soalan awak lontarkan.
BalasPadamIt makes alot of people to think further.
Knowlee, sy suka & setuju dgn point2 anda...vasss...
BalasPadamsmti.....pandangan knowlee mmg bernas.....tapi saya kasihan kat ashraf tu...saya doakan agar Allah membimbing dia dan kita semua ke jalan lurus
BalasPadamsetuju dgn knowlee... berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.
BalasPadammemang bukan tugas Jab Agama utk bimbing dia. Kalau Ashraf terbukti tak milikki semua senarai yg knowlee beri, JA kena tegas lah. Tak boleh katakan tak boleh.TEGAS.
BalasPadamKalau dah tak boleh buat apa lagi nak keluarkan kenyataan masih punya hak utk merayu lagi..ini bukan kes tukar-tukar cenderamata...
knowlee - gemar baca komen anda pasal aurat.. betul Allah yang menegtahui segaalnya
BalasPadam