Sabtu, Julai 16, 2011

Gunasegaran, Siti Nurhaliza Dan Mahathi

Sebelum membaca kandungan tampalan ini, saya syorkan pengunjung meneliti kes 'Usung mayat ke MBPJ'. Kita harus secara tegas menegur sikap dan tindakan sambil lewa pihak berkuasa tempatan itu.

Terima kasih.

L. Gunasegaran, berasal dari Terichi, India, mula menjadi tukang gunting sejak Februari 2004. Selain itu, dia juga berkebolehan memperbaiki komputer dan telefon bimbit.

"Saya sini duduk 3 tahun baru boleh cakap Melayu cantik cantik. Sebelum itu sikit sikit," jelasnya.


"Sebab apa you suka dia?," soal saya.

Sambil menggunting rambut anak saya, Muhamad Azard Faez, dia menjawab.

"Saya suka Siti Nurhaliza sebab dia punya suara banyak sedap"

Tidak hairanlah jika dinding kedai gunting dihiasi gambar artis pujaannya itu.


Pada masa sama, poster beberapa artis tempatan lain turut diabadikan.


"Kalau di India, siapa artis you suka?," tanya saya.

"Mahathi, dia singer dan main itu filem sekali," jawabnya.


Mahathi dan Siti ...


"Saya itu buku (majalah), gambar kasi ambil, tampal itu dinding," ujar tukang gunting bujang itu.

"Bila mahu kahwin?," soal saya.

"Tahun depanlah. Ingat sendiri mahu cari, umur dalam 23 tahun. Tapi kalau famili cari pun ok juga. Kalu sendiri cari, mungkin boleh seronok seronok sikitlah," jelasnya.


"Kalau mahu kahwin di India, lelaki biasa, berapa duit guna?," tanya saya.

"Malaysia punya duit, 20 ribu. Itu wang mahu beli makan punya barang, katil, kerusi, baju, itu lighting, semualah," ujarnya.

Tambahnya, antara hidangan utama majlis perkahwinan di India, kari kambing, sup kaki kambing,  sayur kobis, kentang dan pisang muda dimasak berkuah dipanggil 'walaka porial'. Kata Gunasegaran, warna kuah hidangan itu sama seperti kuah rendang. Ikan goreng dan ikan kari juga turut disajikan kepada tetemu.

"Orang ramai datang, ada kasi duit ke?," saya ingin tahu.

"Bila kita kahwin, nanti ada itu buku. Bila orang mari, dia nama itu buku ada tulis, sekali kasi duitlah. Itu duit berapa, kena tulis itu buku dalam juga. Biasa orang kasi RM50, Malaysia punya duit," katanya.

Wang sumbangan tetamu dipanggil 'moi'.

Terfikir, jika budak di bawah ini berkahwin, barangkali 17 tahun akan datang, berapa pula jumlah wang diperlukan?


Sekarang ini pun, ramai lelaki berkecamuk fikiran, resah dan gelisah kerana terpaksa membanting tulang empat kerat, cuba mengumpul puluhan ribu ringgit, semata-mata untuk bergelar suami. 

10 ulasan:

  1. ukur baju di badan sendiri je...tapi ukur2 baju pun, 20k mesti kene ada juga.

    boleh je nak jimatkan bajet kawen. bincang dgn parents, tapi biasalah, perkara yg lari dari kebiasaan ni susah sikit org tua-tua nak buat. :)

    BalasPadam
  2. Idea GB buat ayah belah lelaki,.ajar anak menipu pun ok juga,kahwin lari, keluarga sebelah lelaki buat2 tak tau.

    BalasPadam
  3. mas pun terpikir juga...
    macam mana keadaan pada masa akan datang.....

    BalasPadam
  4. berat betul nak jawab ni... tak lama lagi duit hantaran lagi banyak la kena bagi...

    BalasPadam
  5. saya tidak meletakkan harga dan barang hantaran...pd pendapat saya,saya hanya berhak meminta mas kahwin..
    sayang rasanya duit beribu2 dihabiskan untuk sehari...sedangkan saya dan pasangan bekerja keras untuk mengumpul duit..tidak harus dibazirkan kerana mengikut adat..lebih baik duit tu digunakan untuk belanja selepas kahwin..itu lebih afdal..

    BalasPadam
  6. Bro Dol

    Orang luar datang sini lepas 2-3 tahun dah pandai cakap Melayu, tapi Pendatang keturunan banduan Taiping dan keturunan gangster lombong bijih timah, dah berpuluh tahun pun masih mengaku "Malayi cakap taktau"...nyampah ai.

    BalasPadam
  7. Ikut kemampuan sendiri, dahulukan yang wajib....

    Tiada istilah hantaran dlm Islam, itu semua adat. Juga tiada goodies dlm kerja kahwin, klu duit berlebih takpelah nak sedekah.Memberi orang makan itu yg lebih utama. Ramai antara kita dibebani dgn tuntutan2 yg rasanya kalau xde pun takpe....terpulang...

    BalasPadam
  8. dulu2 i kahwin cuma kasik telur sebiji yg disimpul dalam sehelai tisu warna pink. zaman sekarang, kalau buat style ni, pasti kena kutuk kedekut taik idung masin mua ha..ha.. dulu, kenduri sekampung anggaran jemputan 1500 orang, menu nasik baryani resepi original lauk lembu sekor RM10 ribu pun tak habis. Cameraman: free ihsan kawan2 kaki fotografi, pelamin anak2 dara bikin sendiri, solek pun kengkawan tolong2. Itu la nilai gotong-royong, banyak meringankan keluarga & pasangan pengantin.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.